Berbuka Puasa Dimana? Disini Ada Buffet Ramadan yang Hebat

ASSALAMUALAIKUM...


Sape orang Kelantan mesti kenal dengan Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu. Sebab hotel ni dah dekat sangat dah dengan pasar besar Wakaf Che Yeh yang menjadi tempat pelancongan utama di Kelantan. No need to ride vehicle, just walk in je dari hotel ni terus ke pasar. Apa yang menariknya adalah hotel ini menawarkan buffet Ramadan dan harga mampu bayar bagi sesiapa yang ingin menempah bilik sempena bulan Ramadan nanti.

Ingat betul-betul pada tarikh 18 Mei hingga 14 Jun 2018 Holiday Villa amat mengalu-alukan kedatangan anda untuk berbuka puasa bersama. Antara menu istimewa yang dihidangkan sepanjang Buffet Ramadan tahun ini adalah Sup Gear Box dan Kuzi Rusuk Kambing bersama Roti Pitta yang akan turut dihidangkan bersama dengan 98 jenis hidangan tradisi nostalgia Kelantan yang akan ditukar menu setiap hari. Ohh ye, oleh kerana orang Kelantan memang suka makan kuih, jadi kat sini juga disediakan pelbagai juadah kuih-muih seperti Cek Mek Molek dan Jala Mas beserta pencuci mulut iaitu aiskrim, cincau dan cendol. Uihhh.. buat air liur meleleh je la diorang ni.
Sup Gear Box

Cek Mek Molek dan Jala Mas

 Ayam Percik. Memang merecik la tengok ni.

Kuih Lapis

Tapai

Harga: RM59 bersih (dewasa) | RM28 bersih (kanak-kanak) – normal
 RM64 bersih(dewasa) | RM32 bersih (kanak-kanak) – hari minggu
 RM45 bersih(dewasa) | RM23 bersih (kanak-kanak) – early bird

Aneka minuman 

Servis Penghantaran dan 'Drive-thru'
Kalau korang tak sempat nak masak kat rumah, jangan bimbang sebab pihak hotel juga menawarkan servis penghantaran terus kepada korang dengan minimum 10 bungkusan nasi berlauk yang dijual dengan RM10 sebungkus. Selain itu, pihak hotel juga ada buat jualan “food pax” pandu lalu berhampiran dengan hotel.


Masak 'live' depan pengunjung
Yang menariknya tahun ini adalah Holiday Villa hotel menyajikan masakan secara ‘live’ di depan pengunjung terutamanya masakan kesukaan ramai iaitu Ayam Bakar Perapan tradisi Kelantan. So inilah kesempatan korang untuk melihat cara masakan chef di hotel. Bila balik rumah boleh la praktis untuk tiru gaya masakan chef yang sedap-sedap tu.
 Ayam Bakar Perapan Tradisi Kelantan
Colek & Sahur
Lepas balik dari tarawih, mesti korang letih dan dahaga atau nak lepak berbual dengan kawan-kawan lama kan. So kat hotel ni ada menyediakan menu ‘Singgah Colek Bazar’. Menu yang disediakan adalah colek buah, live pan-fried (hamlet sekaya, hamlet savory, kebab grill), live deep fried (bebola celup goring, rojak celup tepung, keropok, ikan celup tepung) dan free teh tarik. Untuk yang nak lepak sampai tunggu sahur pun boleh sebab santapan sahur pun disediakan iaitu dewasa(RM25), kanak-kanak(RM12).
Cendawan Celup Tepung. Pernah try rasa? Memang sedap rasanya. Untuk yang nak try pelbagai juadah yang ada kat sini, jangan lupa ajak Husein sekali ya. Hebat tak menu kat sini? Apa pandangan korang? Cer komen siket.

Info lanjut:
FB: Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu
Instagram: Holidayvillahotel Kota Bharu
Twitter: HolidayVillaHotelKB
Tel: 09-747 4004 / Fax: 09 747 3003

2 ulasan:

  1. wah masak live tu yang best tu

    BalasPadam
  2. Gituuu. Bleh ni adjust sep kito buka poso sini..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.