Bagai di Sumpah, Anda Pasti Terpegun dengan Keindahan Air Terjun Tertinggi di Asia Tenggara

ASSALAMUALAIKUM...

Korang ingat entri pasal hiking Gunung Stong hari tu da habis ke? Tak habis lagi la. Sebab cerita pasal tempat yang paling cantik kat sana Husein tak cerita lagi. Mungkin tempat ni boleh di panggil tagline kat sana… kalau tak singgah kat sini, korang dianggap berdosa besar la sebab tak dapat tengok tempat paling cantik dan ohsem tu.

Pendakian kitorang terhenti sebentar di Kem Baha, tapak perkhemahan kitorang. Kat sini la kitorang tido selama dua malam dalam khemah. Kat sini takde sewa bilik apetah lagi chalet dan hotel. So, memang korang kena tido dalam khemah je. Khemah pulak bawak sendiri dari bawah sampai atas. Takde khidmat sewa khemah.

Alhamdulillah, berdekatan dengan tapak Kem Baha ni, korang boleh tengok pemandangan paling indah berdekatan dengan air terjun paling tinggi di Asia Tenggara, iaitu air terjun Jelawang, Gunung Stong.

Pendakian Gunung Stong terhenti seketika dengan keindahan air terjun ini.

Takde yang istimewa sangat tentang air terjun ni. Tapi korang boleh tengok pemandangan matahari terbit kat air terjun ni dan boleh bermandi-manda sambil main air kat sini. Air kat sini pun takde la bahaya sangat tapi kena berhati-hati jugak. Kat sini jugak korang boleh mancing ikan. Tapi ikan kat sini takde la besar sangat… setakat besar tapak tangan je… tapi banyak.  Silap hari bulan korang boleh dapat ikan penuh satu baldi kecik. Kawan Husein pun dah try mancing ikan kat sini.
Tiada yang lebih indah selain menikmati air teh panas sambil melihat matahari terbit di air terjun tertinggi di asia tenggara.

Keindahan waktu fajar menyinsing terbit. Subhanallah...

Yang bestnya adalah kat sini ada beberapa sudut yang sesuai untuk korang selfie atau ambik gambar sebagai kenangan. Gambar yang dihasilkan semestinya cantik dan nampak teruja dengan keindahan yang tercipta. Kamera Go Pro of kos kena bawak. Air kat sini pun sejuuuukkk sampai terketar-ketar weh…. tak kira pagi, tengahari atau petang… same jer.
Selfie dicelahan batu sambil air terjun berduyun-duyun jatuh dari atas dan tangan berpaut erat supaya tak jatuh. Ohhsemmm...

Ibarat badan terkena tendangan bola. Walaupun bola tu lembut, tapi bila tekanan yang pantas menghempap badan ia akan menjadi pedih. Begitu lah rasanya apabila bergelen-gelen air jatuh dari atas menerjah badan dalam masa beberapa saat. Terasa pedih sedikit tetapi amat berpuas hati sebab rasa macam ada orang urut kat belakang. hahaha....

Harapan Husein kali ni adalah supaya kita sama-sama memelihara alam sekitar yang Tuhan anugerahkan. Amat rugilah kalau kita tak jaga… air terjun yang cantik ni.. kalau boleh nak letak kat belakang rumah Husein je… biar Husein yang jaga…boleh mandi hari-hari dengan air yang sejuk dan segar. Hahaha… So, bila datang kat Kelantan ni jangan lupa singgah kat Air Terjun Jelawang, air terjun PALING TINGGI di Asia Tenggara.

4 ulasan:

  1. bestnya, kalau ada rezeki nak pergi panjat gunung stong juga, tapi dah berapa kali abang dayah tak kasi, katanya merbahaya..hurmm nak sangat pergi tengok keindahan dekat sana.

    BalasPadam
  2. fuh..memang cantek gile view dia..

    BalasPadam
  3. setuju2, jagalah alam yang dipinjamkan pada kita ni :) sedih jugak bila baca orang share di Facebook, betapa manusia ni suka buang sampah merata-rata kat setiap tempat yang baru famous. T_T

    hanisamanina.com

    BalasPadam
  4. Indahnya ciptaan Tuhan, malangnya ramai manusia yang tak menghargainya..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.