Meneroka Tiga Gua Dalam Satu Masa

Alam semulajadi adalah lukisan karya Yang Maha Pencipta. Tiada yang dapat menandingi lukisanNya, sebaliknya kita harus menghargai setiap apa yang tercipta di alam semesta ini. Baik haiwan, tumbuhan, mahupun pemandangan yang indah disebalik gua yang gelap gelita.

Misi Husein mendaki Gunung Stong baru-baru ini, didahulukan dengan merentasi tiga gua yang berada berdekatan. Rugilah rasanya jika tidak cuba merentasi gua kerana sebelum ini Husein belum pernah ada pengalaman masuk ke mana-mana gua di Malaysia. Pada awalnya, plan untuk jelajah gua ini tidak lah berada di dalam triplist kami, tetapi memandangkan guide kami mengesyorkan kami ke sana, maka apa salahnya jika kami cuba sekali kan??

Gua Ikan. Itu lah nama gua yang telah kami terokai. Tak pasti kenapa dinamakan Gua Ikan, padahal kat sini tak nampak sekor pun ikan yang ada. Dalam gua ni, terdapat tiga gua kecil yang dibahagikan iaitu Gua Keris, Gua Gelap, dan Gua Pagar. Ketiga-tiga gua tersebut mempunyai keistimewaan dan tarikan yang tersendiri. Sebelum nak pergi, pastikan anda membawa lampu suluh untuk membantu anda meneroka ketiga-tiga gua tersebut yang pastinya gelap gelita walaupun hari siang.
Tarikan utama di Gua Keris adalah anda akan nampak batu besar yang berbentuk seperti keris. Manakala salah satu dari gua yang lain, tidak dapat Husein terokai kerana kesuntukan masa. Tak pasti samada Gua Gelap atau Gua Pagar yang kitorang tak masuk. Yang pasti adalah hanya dua buah gua sahaja yang kitorang dapat masuk. Travel guide kitorang jugak ada menyatakan bahawa salah satu dari gua tersebut adalah sangat merbahaya.
Sambil meneroka misteri disebalik gua-gua tersebut, kitorang jugak dapat buat aktiviti lain. Antaranya mendengar titisan air di dalam gua. Tapi nasib kitorang tak baik haritu sebab takde langsung air yang menitik. Mungkin sebab cuaca panas sangat kot. Tapi abang guide kitorang cakap yang kalau kitorang dapat dengar, bunyi yang terhasil akan kedengaran dengan bunyi yang syok sekali. Alaa.. ruginya.
Team kitorang. Semuanya 12 orang dan seorang guide.

Selain tu jugak, kitorang boleh dengar bunyi gema hasil dari pukul dari batu. Ajaib kan?? Kat sini jugak terdapat beberapa tempat yang ajaib dan cantik yang korang hanya boleh tengok sahaja.

Aktiviti yang paling kitorang tak dapat lupakan adalah melihat sendiri batu Kristal semulajadi. Tak sangka dalam salah satu gua ni terdapat batu Kristal yang sangat besar. Cantik dan berkilat pulak tu. Teringin nak ambil sikit bawak balik rumah. Boleh kayo den. Bagi kat bakal isteri ke. Hahaha.. tapi perbuatan seperti itu adalah dilarang sama sekali. Kalau semua pakat ambil sikit sorang, habis la tarikan pelancong untuk ke gua tersebut. Bermakna, orang lain dah tak boleh tengok dah batu Kristal tu. Walaubagaimanapun, cukup sekadar melihat sendiri kecantikan batu Kristal tersebut dengan mata kepala sendiri sudah memadai. Lepas ni korang boleh la pulak tengok batu Kristal tu yer.
 View paling ohsem dan terpesona dalam salah satu gua ini. Macam kat dalam National Geographic pulak aku tengok.

Secara ringkasnya, aktiviti meneroka tiga buah gua kitorang tak sempat. Kitorang hanya mampu dua buah gua sahaja. Walaupun hanya dua buah gua, tapi kitorang tetap gembira dan terasa akan kecantikan tarikan yang ada. Terasa lebih adventure dan lebih banyak tempat lagi yang patut kitorang terokai samada di darat, laut, mahupun di dalam gua sekalipun. Jangan ingat dalam gua tiada tarikan. Anda silap. Untuk next trip, Husein akan ceritakan kepada anda pengalaman melihat sendiri keindahan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Tunggu k.

3 ulasan:

  1. syoknyaa masuk2 gua ni. hati ni teringin tapi belum kental lagi nak gi haha, xcukup lasak :(

    BalasPadam
  2. cantiknya gua-gua tu...mesti seronok kan boleh meneroka kedalam gua tu...

    BalasPadam
  3. takut masuk gua...heheh..tapi cantik batu2 dalam gua ..

    http://riverstonegirl.blogspot.my

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.