My Best Four 2015

ASSALAMUALAIKUM...

Tahun 2015 sudah pun melabuhkan tirainya. Dengan bermulanya tahun baru, pelbagai cabaran dan kenangan yang bakal tercipta. Mungkin ada yang bakal berazam untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,(ketahui maksud azam disini), ada yang mahukan pekerjaan yang lebih mantap, ada yang bakal melangsungkan perkahwinan…… itu semua berdasarkan hasrat dan azam masing-masing. Lain orang, lain kehendaknya.

Bagi Husein, tahun 2015 merupakan tahun yang agak mencabar. Disebalik semua cabaran, terselit hikmah yang selama ini Husein belum pernah miliki. Sememangnya Husein akan rindukan semua pengalaman dan kenangan yang tercipta sepanjang 2015.

2015 Best Four:

1. New Travel Place was added
Of course when I start to travel, I always meet a new place. Alhamdulillah, untuk tahun 2015 ni dah banyak tempat menarik yang Husein kunjungi. Kebanyakkannya di negara Mesir, Indonesia dan Malaysia. Bila dah pergi sana memang selalu akan ambil gambar untuk dijadikan kenangan. Husein nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua individu yang terlibat dalam menjayakan travel plan Husein pada tahun 2015 yang lalu.

2. Wishlist 2015: Berjaya. Yeaahhh…
Antara wishlist yang Husein teringin sangat adalah pergi melawat Piramid, one of the seven incredible things in the world. Klik: Backpackers di Piramid, Mesir.
Jugak berjaya first time jejak kaki di negara jiran, Indonesia. Klik: 6 Rasa Lazat di Indonesia & Kembara Tempat Menarik di Medan, Indonesia.
Jugak berjaya hangout/cuti-cuti Malaysia di Pulau Perhentian, pulau yang paling cantik di Malaysia yang pernah Husein tengok selama ni. Klik Percutian Bajet ke Pulau Perhentian Part 1 & Part 2.

3. Continue My Study
Alhamdulillah, Husein berjaya melanjutkan pengajian di KIAS, Kelantan setelah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Dah hampir dua bulan pun kat sini. Mungkin ramai yang tak tahu perkara ni sebab Husein tak pernah mention pun nak sambung pengajian di mana-mana laman sosial milik Husein. Tapi ni bukan lah perkara yang best sangat bagi Husein sebab tak dapat sambung pengajian di universiti yang di idamkan, but I’m proud and happy to be here.

4. Along with My Great Best
Selama tahun 2015 ni jugak, Husein berjaya miliki personal kad sendiri, buat T-shirt design sendiri, berjinak-jinak dalam bisness, dapat anak sedara baru lagi cute, dan berjaya ambil perhatian korang untuk baca entri ni. Hahahaha…

Terima kasih kepada semua pembaca blog ni yang sudi komen, klik, dan support Husein dari belakang. Harap dengan bermulanya tahun baru ni, dapat memakbulkan segala wishlist dan azam korang untuk tahun 2016 ni.

My Instagram Best Nine 2015

Melawat Piramid - Jalan-jalan di Street Art,Tganu - Jumpa UAI - Holiday di Perhentian Island - First time makan kat A&W - Melawat Makam Nabi Harun A.S, Egypt- Travel ke Siwa Desert, Egypt - Abg Kawen - Ziarah Kubur Ust. Fadzil Mohd Nor.



HAPPY NEW YEAR 2016.

5 ulasan:

  1. wah bestnya jalan-jalan,memang seronokkalau dapat tunaikan impian dalam setahun tu. selamat berkenalan en. husein.

    BalasPadam
  2. best banget banyak jalan huhu.
    All the best for 2016 :D

    BalasPadam
  3. selamat tahun baru 2016 sein :)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.