Coretan Bersama Etnik Rohingya di Indonesia - PART 2


Kembara sukarelawan Husein kali ni tertumpu di kem pelarian Rohingya di Kuala Langsa, Indonesia. Kata seorang petugas disini, cuaca disini agak panas berbandiing di kem-kem pelarian yang lain. Hujan dan angin sepoi-sepoi bahasa juga agak jarang datang menyinggah. Oleh kerana itu, Husein dan beberapa wakil NGO Malaysia, OurTouch sentiasa dihidangkan dengan air mineral sebagai penghilang dahaga dan panas. Walaubagaimanapun, cuaca yang panas terik tidak mengubah dan mencacatkan aktiviti kami. Segala keringat tenaga dan peluh harus diberikan bagi memenuhi dan merealisasikan harapan rakyat Malaysia yang menderma sekaligus membantu etnik Rohingya disini.

First time Husein sampai sini adalah bukan yang seperti Husein gambarkan. Kat sini sudahpun memiliki bangunan-bangunan kecil dan khemah-khemah besar untuk kemudahan etnik Rohingya dan para petugas yang bertanggungjawab menjaga kem disini.
Kawasan kem penempatan Rohingya di Kuala Langsa, Indonesia.

Khemah bulan sabit merah yang menyediakan khidmat rawatan kepada para pesakit. Lihat Instagram Husein (@husein_rider) untuk mengetahui cerita disebalik gambar diatas.

Lensa kamera DSLR Nikon Husein memang selalu berdamping dengan Husein. So that Husein boleh merakam segala aktiviti dan menjiwai kehidupan seharian mereka. Nak tahu apa yang diorang selalu buat dalam kehidupan seharian??......

Of course yang pertama sekali adalah solat. Alhamdulillah kat sini ada ditempatkan ruang yang cukup untuk jemaah lelaki solat berjemaah. Tiap-tiap kali waktu solat masuk, etnik Rohingya ini akan memenuhi ruangan tersebut untuk solat bersama-sama. Yang paling menyentuh hati Husein adalah cerita mereka tentang solat Jumaat. Di tanah air mereka sendiri mereka terpaksa solat Jumaat secara bersembunyi tetapi apabila sampai kesini, mereka berasa sangat gembira dapat solat Jumaat secara terbuka bersama-sama dengan penduduk disini di masjid berdekatan. Alhamdulillah...

Pada waktu pagi, ada sesetengah daripada mereka yang mengambil kesempatan untuk bersukan. Bukan main semangat lagi diorang main. Korang ingat orang Malaysia je tahu main takraw, orang Rohingya pun pandai main jugak tau.
Selain dari memberi sumbangan, Husein dan beberapa wakil NGO OurTouch juga melakukan beberapa aktiviti bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara kami dan kaum Rohingya disini. Antara aktiviti yang paling seronok sekali adalah aktiviti memandikan kanak-kanak Rohingya pada waktu pagi. Setahu Husein budaya kanak-kanak Rohingya adalah sangat susah untuk mandi, samada malas ataupun memang dah jadi budaya mereka. Kat sini kami sendiri paksa mereka untuk mandi. Bila diingat semula tentang aktiviti tersebut memang nakal dan seronok. Selesai mandi, kanak-kanak disini diberi pakaian dan diletakkan bedak serta diberi khidmat memotong kuku. Lepas selesai je barulah nampak yang budak-budak Rohingya ni comel jugak rupanya.
Kebetulan time Husein datang di kem tersebut, pemerintah Aceh ada melawat. So mestilah dibuat satu majlis untuk menyambut kedatangan pemerintah tersebut bersempena dengan lawatan beliau untuk meninjau kem disini. Alhamdulillah pemerintah Aceh sendiri menyambut kedatangan etnik Rohingya apatah lagi rakyatnya.
Yang paling menarik perhatian Husein sempena majlis tersebut adalah tentang iklan kat atas ni. Susun atur perkataan dalam iklan ni dibuat daripada bunga tiruan yang berwarna-warni. Bila difikirkan sejenak, rajin pulak diorang susun bunga-bunga yang banyak tu satu persatu. Nampak cantik dan kreatif. Kalau kat negara kita, guna kain rentang atau print banner iklan kat kedai je. Senang kerja. huhuhu...

Kem penempatan Rohingya di Kuala Langsa ni merupakan kem yang paling dekat dengan hotel Husein. Sekitar setengah je untuk pergi ke sana. Terasa senang dan gembira melihat keadaan kaum Rohingya disini yang hidup dengan aman dan bahagia. Terdapat dua lagi kem yang belum Husein ceritakan iaitu di Lhoksukon dan Birem, Bayeum, Indonesia. Masing-masing dengan cerita di kem masing-masing. Perjalanan ke kem tersebut juga memakan masa berjam-jam lamanya dari hotel Husein. Nanti Husein ceritakan pengalaman Husein berada di kem tersebut di entri yang akan datang.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK & SELAMAT BERPUASA buat semua pembaca blog Husein yang beragama Islam.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum
    Boleh saya tahu hotel apa yang berdekatan dengan Kem Langsa ni?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.