Review: Laptop Acer Aspire E1-571G

Dulu berkeinginan nak memiliki laptop sendiri macam Apple atau Alien Ware. Tapi bila dah tahu yang harga laptop jenis tu macam anak dato' je yang layak pakai, terus batalkan hasrat tu. Nak tak nak, kena la berdiri atas kaki sendiri. Kewangan tak la banyak mana... ibarat cukup-cukup makan je.

The thing is, I must have my own laptop. Sebagai mahasiswa, laptop memang tak boleh pisah. Nak buat kerja/assigment apa-apa mesti kena ada laptop. In fact, nak berblog ni pon mesti ada laptop. Takkan la kena selalu pergi duduk di cyber cafe berjam-jam semata-mata nak update blog. Kalau ada laptop sendiri kan senang. Kalau bosan siket, boleh la layan game sekali-sekala.

Sehinggalah Husein menemui buah hati yang baru, Acer Aspire E1-571G. Ohhh selama ni engkau bersembunyi daripadaku, hari ini kita ketemu juga akhirnya. Biarpun tak terfikir langsung nak beli laptop macam ni. hehehe.. Kenapa Husein beli laptop ni? Emmmmm... kenapa yer? Jom baca kenapa Husein beli laptop ni:

Ciri Luaran:
Pertama kali jatuh cinta ibarat cinta pandang pertama dengan laptop ni adalah kerana skrin dia yang besar. Ohh memang sesuai sangat dengan taste Husein yang suka laptop yang berskrin besar. In fact, sekarang Husein pun dah tak suka dengan handphone berskrin kecik. Tak berapa syok sangat nak layan fb, instagram dan macam-macam lagi. Dengan skrin 15.6'' HD LED LCD, membuatkan Husein rasa takjub dengan laptop ni. Ibarat macam baru nampak batu permata yang bersinar-sinar gitu. Tinggggg... bercahaya mata melihatnya. Lagipun, laptop ni boleh tahan nipis jugak. Also ringan. So, mudah untuk Husein bawak ke hulu ke hilir.
Ciri Dalaman:
Of course benda yang penting sekali bila nak beli laptop adalah kite tengok ciri dalaman dia. Oleh kerana Husein jugak suka main game, maka ciri yang paling penting sekali adalah grafik card. Didatangkan dengan NVIDIA GeForce GT 1GB dedicated VRAM, sangat berpuas hati dengan grafik game yang terhasil. Memberikan anda pengalaman bermain game yang sangat menakjubkan. Setakat ni dah main game PES 2015 dan Call of Duty. Memang cantik grafik game sebagaimana yang Husein nakkan. Main game pun lancar je... takde sekat-sekat.

Husein jugak selalu simpan banyak file dalam laptop. Bukan apa, kadang-kadang malas nak copy dalam pendrive atau hard-disk. So, dengan 500 GB untuk internal hard-disk laptop ni Husein mampu letak banyak file. Pulak tu laptop ni dilengkapi dengan Intel CORE i5 with Turbo Boost. Maka tak la terkebelakang sangat berbanding CORE i7.

Soal RAM pulak mesti korang tertanya-tanya kan? Yup, RAM jugak memainkan peranan yang penting dalam memastikan tahap kelajuan sesebuah laptop. Laptop ni memang power bab-bab copy paste file sebab dilengkapi dengan 4GB RAM. Pulak tu kite boleh tambah RAM sehingga boleh jadi 8GB sebab ada 2 slot untuk tambah RAM. Mak aiii... banyak nyerr. Nanti kalau ada duit lebih boleh la tambah RAM siket kat laptop ni.

Batteri:
Kalau korang selalu tengok movie, dengar lagu atau menaip kat laptop ni, bateri laptop ni mampu bertahan sehingga empat jam sebab baterinya adalah 6-cell Li-ion battery. Bermakna korang mampu habiskan dulu movie korang atau buat kerja menaip yang bertimbun-timbun baru la bateri laptop ni habis. Bergantung kepada cara penggunaan. Kalau main game tak mampu tahan lama la.

Ciri-ciri tambahan:
Keyboard penuh. Oleh kerana laptop ni bersaiz besar berbanding laptop biasa, maka keyboard yang direka adalah penuh. Senang la korang nak menaip terutama bagi yang suka buat password ada nombor banyak-banyak. HD Webcam pulak menjanjikan anda kualiti gambar yang sangat tinggi dan korang mampu ambil selfie dengannya. Memory card slot pulak sangat penting bagi Husein sebab senang nak masukkan SD card dari DSLR ke dalam laptop.
Senang citer laptop ni memang sesuai dengan peredaran zaman sekarang dan sangat stylish dengan rekaan luarannya. Laptop ni bukan je sesuai untuk golongan mahasiswa/pelajar sahaja, tapi orang-orang profesional pun boleh pakai.

Terima kasih kerana membaca.

4 ulasan:

  1. singgah malam....

    BalasPadam
  2. acer emang keren performanya, cocok buat ngeblog :)

    BalasPadam
  3. Tak lama lagi mula tak cukup la tu ngan spec camtu...
    Beza ngan laptop saya yang dah berumur 3 tahun ni adalah processornye je, saya punya i3,

    hehehe...errr... harganya pulak berapa e?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.