Tukar Lagi Ke??

ASSALAMUALAIKUM...

Setiap manusia melakukan kesilapan. Tak semua manusia itu adalah sempurna. Jika semua manusia itu sempurna, nescaya hancurlah bumi ini. Ibarat seperti hanya ada orang kaya sahaja yang ada diatas muka bumi ni, Yang miskin tiada. Masing-masing bersaing dan menunjukkan kekayaan masing-masing. Akhirnya hancurlah bumi ini jika semua manusia itu sempurna.

Walaubagaimanapun, apabila kita berbuat kesilapan... itu tandanya kita sedang berubah ke arah kebaikan. Step by step. Slowwwwwwly. Tak semua mampu berubah secara mendadak. Sedangkan Nabi dulu pun berdakwah dengan cara tersembunyi dulu, selepas beberapa tahun barulah berdakwah secara terang-terangan.

Apabila seseorang itu menukarkan diri mereka kearah yang lebih baik, maka ketahuilah bahawa itu tandanya Allah telah memberi petunjuk kepadanya. Jika Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya, maka orang itu tidak akan sesat. Kalau tengok kepada cerita si amoi Felixia Yeap tu, memang tersentap apabila orang lain menghayatinya. Daripada penampilan yang seksi habis, terus diberikan hidayah kepadanya untuk menukarkan dirinya kepada penampilan yang muslimah.(Rasanya yang dah lama muslimah pun kalah dengan imej dia kot). Boleh mencairkan mana-mana hati jejaka muslim lain yang melihatnya.

Jika orang lain mampu menukar diri mereka kearah yang lebih baik, mengapa kita tidak?

So kali ni, blog Husein Rider tampil dengan penampilan yang lain lagi. Baru je bulan lepas menukar template blog, kali ni tukar lagi.
Template yang lepas
Oleh kerana Husein menerima kritikan yang membina tentang template yang lepas, maka Husein ambil keputusan untuk menukar lagi template blog ni. Terasa boring dan terlalu simple dengan template yang lepas. Mood nak berblog pun macam malas sangat. So, diharap dengan template yang baru ni dapat menaikkan semangat Husein untuk terus berblog dan berkongsi pengalaman lebih banyak lagi dengan korang.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket.. :-)

8 ulasan:

  1. @ieta mat saad:
    Yup buat sendiri je.

    BalasPadam
  2. template yang terbaru ni ok cantik dan simple. cumanya adjust kat header sebab perkataan macam terkeluar dari landasan.

    BalasPadam
  3. This is simple yet so nice =)
    nicer dari yg sebelumnya, apa2 pun yg penting adalah content yg di share ^^

    BalasPadam
  4. @pinku no sakura: yup betul tu. Story kita yang membuatkan pembaca lbh tertarik.
    @syamimi: terima kaseh :-)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.