Tudung FAREED & FAREEDA

Segelas air susu di atas meja beserta sepaket biskut buat selera di pagi hari. Fareed yang sentiasa bangun awal sebelum azan subuh, selalu membangunkan ahli keluarganya. Kadang-kadang Fareed juga adalah yang terawal berada di masjid sebelum bilal dan imam sampai di masjid.

Hari ini cuti minggu dan Fareed berkelapangan berada di rumahnya dengan lebih lama. Pagi itu Fareed terasa untuk membuka paper hari ini. ''Mana tahu kot-kot muka aku tersalah masuk paper''. Ujarnya di dalam hati. Namun ternyata, paper hari ini adalah seperti paper-paper di hari yang lain..... wanita yang tak tutup aurat, hiburan yang berlebih-lebihan, segmen agama yang berkurangan... itu semua menjadi perkara asas dalam paper Kota Hairan.

''Kalau nak cari popular, tak perlu la kot nak tunjukkan badan yang seksi lagi menyeksakan tu''

Selepas membelek beberapa helai paper tersebut, dihempaskannya ke atas meja bersebelahan tanda marah dan tidak puas hati bercampur malu dengan saudara seagama. Namun, Fareed juga sedih dengan dirinya yang tak boleh berdakwah dengan profesional dan proaktif terhadap masyarakat di sekitar kampungnnya kerana masyarakat kampungnya sangat-sangat memerlukan golongan ustaz-ustaz untuk membimbing masyarakat di kampungnnya. Dia juga tahu bahawa berdakwah itu hukumnya wajib.

Terasa seperti mati akan mendekatinya tidak lama lagi dan hanya menunggu masa yang sesuai dan arahan daripada-Nya kepada malaikat mencabut roh. Namun apakah jasa dan pengorbanan yang ditinggalkan kepada masyarakat kampungnya??

Tiba-tiba angin bertiup agak kuat di kawasan rumahnya. Suasana yang tadinya sunyi bertukar gegak gempita. Burung-burung yang tadinya hinggap di pokok depan rumahnya berterbangan dengan laju. Lalu melambai-lambailah rambutnya yang sebelum ini seperti Aaron Aziz bertukar menjadi AlleyCats. Dilihatnya juga beberapa sampah kecil-kecilan di rumahnya ditiup angin.

Beberapa ketika selepas itu, angin yang tadinya kuat, beransur perlahan. Fareed masih lagi kekal dengan posisinya yang berada di anjung rumahnya. Tiba-tiba matanya tertumpu pada paper yang dibacanya tadi.

''Eh, ada ujibakat pereka tudung? Macam mana aku tak perasan tadi?''

Matanya yang tadi kuyu-kayap berubah bersinar apabila melihat iklan di paper tadi. Seolah-olah seperti terjumpa harta emas Qarun. Dek kerana angin yang bertiup tadilah yang menyebabkan beberapa helaian paper tersebut bergerak dengan sendiri sehinggalah paparan iklan tersebut berada di depan mata Fareed.

30 Februari 2014, tarikh yang ditunggu-tunggu oleh Fareed untuk menghadiri sesi ujibakat pereka tudung. Dikenakan pakaiannya pada hari itu iaitu baju Taxedo, berseluar hitam dan kasut yang berkilat..... dan yang paling penting sekali, menutup aurat.

Kehadirannya di sesi ujibakat itu menjadi tumpuan utama mata-mata pereka-pereka tudung yang lain yang turut mengambil peluang menghadiri sesi ujibakat tersebut. Mata-mata yang tadinya berkelairan melihat kawasan sekitar dan suasana yang riuh-rendah dengan suara-suara manusia disitu, bertukar menjadi diam seketika dengan kehadiran Fareed. ''Mungkin dengan bilangan lelaki sikit sangat kot yang join sama'', suara hatinya berbicara. Sambil beliau berjalan-jalan di sekitar kawasan ujibakat tersebut, ada sahaja senyuman dan gelak ketawa yang diterimanya.

Hampir dua jam kurang suku Fareed menunggu gilirannya. Tiba-tiba namanya dipanggil untuk sesi ujibakat.

''Nama u Abdullah Fareed eh?''
''Ya saya''
''Ok... u adalah peserta lelaki yang kelima yang join ujibakat hari ni. I nampak u ada semangat dan berbakat dengan penampilan u hari ni''
''Terima kasih datin''
''Ok,... u boleh perform u punye design tudung sekarang.''

Lalu dengan penuh semangat dan berkeyakinan tinggi, Fareed terus membentangkan design tudung yang beliau sendiri buatkan. Diulasnya dari setiap sudut dan jenis buatan agar design tudungnya diterima dan memuaskan hati para juri untuk dikomersialkan di peringkat antarabangsa. Kadang-kadang tersembul cebisan air liur keluar dari mulutnya tanda dia sangat petah bercakap dan sangat bersemangat untuk menghadiri ujibakat tersebut. Kebetulan juga, Fareed adalah bekas juara pidato di peringkat 'universiti kanak-kanak' dahulu.

Hampir sepuluh minit Fareed membentangkan design tudung beliau dan hatinya sangat puas sebaik sahaja beliau menamatkan perform beliau di depan juri dengan rekaan tudung beliau. Kelihatan muka para juri pada ketika itu agak gelisah bercampur terkejut dengan persembahan Fareed.

''Apa yang u perform ni?''
''Kenapa datin?''. Tanya Fareed.
''Kenapa u bawak tudung saji kat sini? Sini bukan ujibakat tudung saji. U tau tak yang satu dunia tengok u perform ujibakat hari ni... kamera sana sini.... apa yang u buat ni?''
''Tudung saji tu kan tudung jugak.'' Tambah Fareed.

Orang ramai termasuk cameraman yang merakam ujibakat tersebut ketawa melihat gelagat aksi Fareed pada ketika itu. Suasana yang tadinya seperti serius bertukar ceria dengan bunyi suara orang bergelak ketawa. Dan akhirnya pemenang ujibakat tersebut dimenangi oleh Fareeda, adik kembar Fareed yang tidak meminta izin abangnya untuk turut serta dalam ujibakat tersebut. Walaubagaimanapun, dengan kepetahannya bercakap dan design tudung sajinya yang unik, beliau diterima untuk membuka sebuah kilang dan seterusnya berkembang hingga ke peringkat antarabangsa dengan jenama tudung saji Fareed.

Tetapi berlainan pula dengan adik kembarnya. Selepas dinobatkan sebagai pemenang ujibakat tersebut, tiba-tiba idea untuk menghasilkan tudung-tudung yang unik dan lebih cantik serta memukau tidak lagi kelihatan. Ditambah pula dengan kebanyakkan designnya yang tidak menutup bahagian dada, mengurangkan lagi keberkatan dalam bisnesnya.

-END-
Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan langsung dengan mana-mana pihak.

8 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.