Mesir Kini...

ASSALAMUALAIKUM...

Kali ni Husein tertarik untuk menulis sikit tentang cerita apa yang berlaku di Mesir memandangkan Husein sendiri sedang berada di bumi bertuah ni. Cerita apa yang berlaku pada entri yang lepas, [Klik disini]... Husein ambik sebagai pengajaran memandangkan sekarang musim study untuk exam akan datang. Tak perlu untuk stress dan tertekan... kalau tak, memang malas nak ngadap buku.

Sejak Presiden Mesir dahulu, Dr. Morsi dijatuhkan dengan cara mengambil alih kuasa dengan cara yang tidak sepatutnya, keadaan Mesir menjadi bertambah teruk. Dr.Morsi dipecat jawatannya dan ditangkap untuk dihadapkan ke mahkamah atas beberapa kes yang sehingga sekarang tiada penghujungnya. Sudah beberapa kali perbicaraan Dr. Morsi diadakan tetapi terpaksa ditangguh atas beberapa alasan. Pernah suatu ketika dahulu, pihak media ingin merakam perbicaraan Dr.Morsi secara live tetapi akhirnya perbicaraan tersebut terpaksa ditangguhkan.

Kini keadaan Dr.Morsi masih lagi di dalam penjara yang tidak diketahui oleh sesiapa pun hatta pihak media tempatan.

Antara kesan yang ketara yang dapat dilihat selepas kejatuhan Dr.Morsi adalah beberapa terowong untuk menyalurkan bantuan makanan ke Palestin terpaksa dibom. Seluruh rakyat Palestin berasa teramat sedih dengan peristiwa tersebut. Dengan peristiwa itu juga, rakyat Palestin terpaksa berlapar ekoran kekurangan makanan dan sekatan dari pihak Zionis, Israel.
Kini Mesir kembali bersedih selepas hakim Mahkamah Jenayah El-Miniya telah menjatuhkan hukuman mati terhadap 683 tahanan pada perbicaraan yang berlaku hari ini. Dan semua pertuduhan dan surat penjatuhan hukuman ini telah pun diserahkan kepada Mufti. Perbicaraan ini adalah perbicaraan untuk kumpulan yang ke-2 yang melibatkan 683 orang tahanan setelah kes perbicaraan untuk kumpulan yang pertama selesai yang melibatkan 529 orang.

Namun, perbicaraan kali ini ia melibatkan Dr Badie iaitu Mursyidul Am Ikhwan Muslimin yang tersenarai didalam 683 orang tahanan yang turut serta dijatuhkan hukuman mati. Perbicaraan ini diketuai oleh hakim yang sama yang telah menjatuhkan hukuman terhadap 529 tahanan sebelum ini iaitu Saed Yusoff Sabri. [Sumber: FB Mesir Kini]

Tangisan ibu bapa dan sanak saudara bagi mereka-mereka yang dijatuhi hukuman mati.
Ikhwanul Muslimin terus dijadikan suspek utama untuk beberapa siri jenayah yang berlaku di Mesir tetapi sehingga sekarang tiada bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa parti jemaah tersebut bersalah. Dan apa yang membuatkan Husein berasa sangat malu sekali adalah ulama'-ulama' besar Azhar telah menetapkan bahawa parti jemaah itu telah diharamkan di Mesir. Soalnya, apa yang membuatkan parti jemaah itu diharamkan sedangkan tiada bukti kukuh untuk mengaitkan parti jemaah itu dengan beberapa siri jenayah yang berlaku.

Soalan yang Husein kemukakan tadi bukanlah bermakna Husein tidak sokong dengan golongan ulama'. Akan tetapi apabila kekejaman dan kezaliman jelas kelihatan, manakah yang patut di sokong? Semestinya wajib untuk kita tidak menyokong kezaliman dan penindasan. Golongan ulama' bukanlah bererti mereka tiada dosa langsung sehinggakan setiap kelakuan dan tingkah laku mereka adalah betul dan benar, akan tetapi golongan ulama' juga boleh tersilap langkah dalam sesuatu perkara. Jika kezaliman jelas ketara, ia boleh menimbulkan pelbagai masalah dan kekejaman yang semestinya mengambil masa yang lama untuk dibaikpulih. Maka tindakan untuk tidak menyokong kezaliman adalah lebih afdhal berbanding menyokong golongan ulama' yang menyokong kezaliman.

Bulan Mei 2014 dijangka bakal diadakan pilihanraya untuk pemilihan siapakah yang menjadi presiden bagi menggantikan presiden Dr. Morsi yang dipenjara. Bagi Husein, pilihanraya kali ini dilihat tidak mendapat sokongan kebanyakkan rakyat memandangkan hanya 30% sahaja yang dilihat bakal keluar untuk mengundi. Soalnya dimanakah 70% lagi rakyat Mesir yang tidak mengundi? Semestinya mereka mahukan presiden Dr. Morsi kembali semula mengambil tampuk pemerintahan negara Mesir.

#KEEPPRAYFOR529  #RABAAH  #EGYPT  #MORSI

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

5 ulasan:

  1. kalau sikit je yg nk klua mengundi maknanya tiada sokongan rakyat di situ.....

    BalasPadam
  2. Sedih dengar cerita di Bumi Mesir nie.. tak cukup apa yang jadi di Syria.. kini Mesir kembali dibasahi darah syuhada.. mengenai golongan Ulama tu.. kita kene berbalik pada pada Hadis dan Quran yg mnjelaskan bahawa ada golongan yang sanggup menjadi pak turut demi duit dan harta maka tak mustahil title Ulama Azhar itu dipergunakan bagi membolehkan mereka berbuat sedemikian..

    Bagi mereka tak kisah berapa peratus yg keluar mengundi.. asalkan mereka menang.. zalim dan zalim moga Allah mmberi balasan pada mereka..wallahu 'alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uihh.. hebat jugak eh bro afif bagi respon. Macam dengar tazkirah pulak. hehehe...
      Ape ape pon... doakan yg terbaik utk rakyat Mesir.

      Padam
    2. Sekadar luahan hati.. tak sanggup melihat saudara di sana di zalimi.. Moh kita doakan yang terbaik untuk umat islam dibumi mesir..

      Padam
  3. Sedih melihat merek dalam kelaparan..sedih melihat mereka tidur tak len..sedih melihat knak2 sentiasa dalam ketkutan..Ya Allah selamatkan bumi mesir..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.