FamTrip 3 Hari 2 Malam ke Padang, Indonesia
ASSALAMUALAIKUM...
Musim perintah kawalan pergerakan (PKP) sempena mencegah rantaian
COVID-19 ni ada la masa sikit nak update blog.
Kali ni saya nak cerita pasal travel story lagi, kali ni di Indonesia.
Pada 28 November hingga 30 November 2018, saya berpeluang sekali lagi untuk
terbang ke Indonesia selama tiga hari. Cuma destinasi kali ni adalah di Padang,
Indonesia. Sebelum ni saya dah pernah sampai di Aceh dan Medan. So this is my
first time di Padang but second time di Indonesia.
Trip kali ini adalah lebih kepada alam semulajadi dan pulau. Memang sesuai dengan jiwa saya yang sukakan alam semulajadi. Ada banyak tempat dan aktiviti yang korang boleh lakukan sepanjang berada di Kota Padang ini. Tak lupa juga bahawa Kota Padang juga merupakan tempat yang meliurkan untuk korang food hunter kerana disini memang banyak restoran seafood yang enak.
Trip kali ni saya dapat berkenalan dengan rakan blogger yang lain
iaitu Faraa Musa, dan Kak Halimah. Masa ni kitorang baru first time berjumpa
dan berkenalan di airport. Blogger Zayani pulak saya kenal bila dah sampai di
Indonesia. Turut sama dalam trip kali ini adalah dari beberapa travel agent Malaysia
dan vlogger Hazim. Sape tak kenal kan dengan bro Hazim ni.
1.
Rumah Makan Muaro
Baru
Kat sini menyajikan makanan
seafood yang luar biasa. Tapi jangan terlepas peluang pulak untuk rasa sendiri
masakan padang kat sini. Memandangkan dah sampai kat Padang, kena la rasa nasi
padang kan. Rasa dia memang terbaik, sedap sampai nak telan semuanya. Saya tak
ingat dah nama apa juadah yang dia bagi sebab terlampau banyak sangat juadah
makanan dia.. lauk ayam ada, ikan, sayur dan macam-macam lagi tapi yang penting
perut ni kenyang. Hahahha…
Restoran ni
berdekatan dengan pantai. Antara pantai yang terdekat adalah Pantai Pasir
Jambak. So sambil makan, korang akan dilayani dengan view yang mengasyikkan dan
angin yang sepoi-sepoi bahasa dari pantai.
2.
Masjid Raya Sumatera
Barat
Setibanya saya kesini, saya sangat
teruja dengan keunikan senibina masjid ini. Kawasan sekitarnya juga cantik
dengan rumput yang rapi tumbuh menghijau. Pada hari saya kesini, masjid ini
masih lagi dalam proses pembinaan namun sudah hampir siap dan sudah pun boleh
untuk menunaikan solat di dalam masjid ini. Saya juga tidak melepaskan peluang
untuk menunaikan solat disini.
Saya yakin masjid ini sudah pun siap sepenuhnya pada hari ini dan andai diberikan rezeki untuk datang semula kesini, saya sangat teringin untuk menjejakkan kaki kesini lagi.
Dari luar, masjid ini begitu cantik
dengan mengekalkan senibina warisan masyarakat Minagkabau. Dengan senibinanya
yang kelihatan muncung ke atas kiri dan kanan serta corak ukiran yang sangat
teliti, membuatkan mata-mata yang memandang sangat terpesona. Sejujurnya, saya
masih belum menjumpai masjid yang secantik ini sebelum ini.
3.
Kampung Budaya Limau
Manis
Aktiviti pada waktu malamnya, saya
dijemput untuk ke Kampung Budaya Limau Manis. Apabila mendengar tentang nama
kampung ini dalam benak fikiran saya sudah tentu ada pertunjukkan tarian atau
adat budaya masyarakat disini. Tanggapan saya itu betul.
Saya diperkenalkan dengan persembahan tradisi
masyarakat Minang Padang. Ada persembahan Tari Buai, Tari Sampan dan Gendang
Tambua Danau Malinjau dan alat muzik tradisi orang Minang. Setiap tarian
disertai dengan drama cerita masyarakat disini yang turut diselit dengan
persembahan silat. Hebatkan.
Mudah-mudahan Covid-19 cepat berlalu pergi. Rindu nak makan nasi Padang!
BalasPadamThanks for sharing your great experience.
BalasPadamCheck out my website if you're looking for food delivery in johor bahru.
Sepatutnya nak pergi bulan April tapi sebab PKP tak dapat pergi..
BalasPadam