McDonald Antara Penyumbang Zakat Terbesar di Malaysia
Seiring dengan nilai teras McDonald’s Malaysia dalam memberi semula kepada
masyarakat, sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh syarikat khidmat segera
terkemuka ini demi meringankan beban golongan masyarakat kurang berkemampuan di
Terengganu. Program Komuniti merupakan usaha tahunan McDonald’s Malaysia
mendekati masyarakat, dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat
syarikat.
Antara
inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti
Peringkat Negeri Terengganu termasuklah, pembayaran zakat perniagaan
McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk
menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada
kanak-k anak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.
Agihan
zakat perniagaan McDonald’s Malaysia
McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan
zakatnya kepada negeri Terengganu untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat
berjumlah RM101,000.
McDonald's
Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan
entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di
Malaysia.
Inisiatif
pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s
Sistem
Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang
berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal
di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini
diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia –
salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan
modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.
Program ini adalah sebahagian daripada
Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan.
Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka
layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani
SLDN McDonald’s.
Setiap pelatih menerima
elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta
makanan percuma.
Program
“Kembali ke Sekolah”
Lebih
1,900 kanak-kanak dari 65 sekolah di seluruh negeri Terengganu menerima pek “Kembali
ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan
yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald
(RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program
“Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan
Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan
mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah
dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima
pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal
disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga
penghujung tahun ini.
Pek
"Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam
sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.
Pada
tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek
"Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah
rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000
pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.
RMHC
Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat
membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat
RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/
jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC
Malaysia.
alhamdulillah kalau ada perniagaan berzakat..dapat menampung pusat zakat mengumpul dana pad aorang muslim tidak mampu.
BalasPadam