Tips Membeli Buku di BigBad Wolf
Sejenis makhluk yang degil yang tak putus asa untuk menambah koleksi
buku-buku peribadi. Itu lah perangai saya sejak bermula di alam universiti
lagi. Pada mulanya saya berminat untuk membaca komik sehingga lah saya mula
minat untuk membaca alat bacaan yang lain iaitu buku ilmiah, buku sejarah dan
lain-lain lain. Jadi, kalau ada sahaja karnival/pameran buku yang berdekatan,
selalu sahaja saya singgah. So kali ni .. agak-agak korang, berapa buah buku
yang berjaya saya borong ??
Buat julung kalinya BigBad Wolf datang ke negeri Terengganu
bertempat di MydinMall Gong Badak. Saya rasa semua orang tahu pasal
BigBad Wolf ni. Ada sahaja jualan buku yang bertimbun-timbun banyaknya. Antara keistimewaan
BigBad Wolf kali ni adalah korang dapat beli buku dengan harga yang tak masuk
akal. Korang bayangkan dengan buku yang setebal macam kamus tu korang dapat
beli dengan berbelas-belas ringgit je.
Yang paling istimewa sekali adalah, kali ni BigBad Wolf menyediakan diskaun
sehingga 95%. WOWW.. pernah ke korang percaya dengan tawaran yang hebat
macam ni? Amat rugi bagi golongan yang ‘ulat buku’ kalau tak dapat datang ke
sini.
Disamping jualan buku, kat sini juga disediakan tempat untuk korang santai bersama keluarga dengan menjamu selera di food truck yang disediakan berhampiran. Ada macam-macam jualan makanan dan minuman. Yang penting sekali, semua menu yang disediakan memang sedap dan berpatutan.
So, berbalik kepada cerita asal tadi. Berapa banyak buku yang dapat
saya borong kali ni?
Jawapannya adalahhhh…………….
Ini dia… sebanyak empat buah buku yang saya dapat borong kali ni. Mostly
buku agama la. But another things is tips untuk membeli buku yang sesuai
untuk bahan bacaan adalah buku yang susah nak dapat isinya di internet. Sebab kebanyakkan
daripada kita sekarang akan merujuk internet untuk mencari rujukan atau bahan
bacaan. So, bila isi penceritaan buku tu dah ada kat internet, buat apa korang
beli lagi kan.
Tips Membeli Buku yang Sesuai di Karnival/Pameran Buku
Contohnya: kalau korang nak beli buku pasal tips menjadi
pelajar cemerlang. Padahal cerita ni korang boleh cari di internet je. Kat youtube
lagi belambak siap macam-macam praktikal lagi. So rugi la kalau korang beli
lagi buku yang berkaitan dengan tajuk yang macam tu kan.
So carilah buku-buku yang tiada atau hanya sedikit sahaja dapat dijumpai
di internet. NOT EVERYTHING FOUND ON INTERNET, EVEN HAPPY TOO.
So basically, antara genre buku yang sesuai dibeli adalah genre buku
yang berkaitan dengan sejarah, fakta, agama, biografi, Ensiklopedia, jurnal dan
banyak lagi. Tidak banyak isi kandungan di dalamnya yang banyak dikongsikan di
internet kerana menjaga ketulenan dan hak cipta. Bagi saya sendiri, saya lebih
berminat untuk mencari kitab-kitab terjemahan daripada Arab ke Melayu kerana
kitab-kitab seperti ini sangat susah untuk dicari dan tidak banyak dikongsi
dalam internet
bulan sebelum ni pun big bad wolf ada dekat mydin penang..hoho..tak sempat nak terjah pun,huhu..
BalasPadamSemua buku yg menarik
BalasPadamBanyak beli buku
BalasPadamBestnyaa. Mesti ralit kan pilih buku. 2-3 jam berlalu tak terasa bagi ulat buku.
BalasPadamthank you for the tips pakcikkk. 🌹
BalasPadamDa lama tak shopping buku dekat sini ^^
BalasPadamhttps://www.nurulsyahirah.com/2019/09/company-trip-kota-kinabalu-dan-kundasang-sabah.html