Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Gerenti & Waranti
Di dalam dunia yang serba maju ini, pastinya semua produk memerlukan
kuasa untuk meyakinkan pengguna untuk menilai dan memastikan produk itu sangat
berkualiti atau sebaliknya. Dalam penulisan saya kali ini, saya akan
menunjukkan kepada anda macam mana kuasa kita sebagai pengguna dapat mengatasi
pengeluar(kilang) atau pengedar(kedai) supaya kuasa pengguna tidak dipandang
rendah oleh mereka(pengeluar dan pengedar). Saya juga akan sertakan contoh
semasa yang berlaku sekarang untuk anda lebih memahami.
“Saya tahu mungkin anda kurang berminat untuk mengetahuinya dengan
lebih lanjut memandangkan perkongsian kali ini agak bosan dan membuatkan anda
mengantuk, tetapi ketahuilah bahawa apabila anda sudah tahu perkara ini, anda
akan tahu macam mana kuasa pengguna adalah lebih besar daripada kuasa
pengeluar/pengedar produk.”
Macam mana ya ??? |
Terdapat dua cara yang boleh digunapakai oleh pengguna(kita) untuk
memastikan nilai produk itu berkualiti, dijamin halal(bagi makanan), selamat,
dan mesra pengguna iaitu dengan adanya jaminan produk (guaranty &
warranty).
Apa itu gerenti(guaranty) ??
Gerenti merupakan janji pengeluar berkenaan kualiti sesuatu produk,
cuma ianya melibatkan terma yang lebih menyeluruh dan lebih bermakna di mata
pengguna. Walaupun gerenti juga boleh dimasukkan ke dalam kontrak waranti,
namun ia tidaklah diperincikan dengan lebih jelas seperti waranti.
Gerenti sering digunakan sebagai persetujuan bahawa sesuatu produk itu
berkesan atau boleh digunakan dengan baik dan menjadi jaminan bahawa ianya
tahan.
Apa kesannya jika tiada gerenti(guaranty) ??
Pengguna akan mula berasa sangsi berbanding produk yang mempunyai
gerenti. Pada zaman sekarang, kebanyakkan jaminan gerenti digunakan dalam
pembuatan produk kesihatan dan kecantikan. Ini kerana ada juga yang produk-produk
yang tidak dijamin selamat untuk digunakan dan mengundang mudarat. Jika jaminan
gerenti disertakan, maka pengguna akan berasa selamat dalam penggunaan. Ingat!!
Jika mana-mana produk kesihatan yang tiada kelulusan KKM, maka tiada jaminan
gerenti bahawa produk itu selamat digunakan oleh pihak kerajaan.
Apa itu waranti(warranty) ??
Waranti bermaksud jaminan secara bertulis yang diberikan oleh syarikat
kepada pembeli untuk membaiki atau menukar sesuatu barang jika barang itu rosak
atau tidak berfungsi dalam tempoh masa tertentu. Selalunya waranti memerlukan
kad atau borang yang telah dicop oleh pengedar.
Apa kesannya jika tiada waranti ??
Terbukti bahawa produk tersebut bukan asli, bahkan ianya adalah
tiruan. Produk tiruan bersifat tidak mempunyai waranti dan mudah rosak. Kita mudah
melihat produk tiruan ini di kebanyakkan smartphone, gadget, jam tangan, cermin
mata, pakaian dan sebagainya.
Jika sesuatu produk itu mempunyai waranti, ia bukan sahaja dapat
meyakinkan pengguna bahkan pengguna akan berasa selesa dan percaya dengan
kualiti produk yang dihasilkan. Contoh mudah adalah ketika syarikat Samsung
dahulunya telah mengeluarkan satu model telefon pintarnya yang mudah rosak. Kebanyakkan
pengguna merungut bahawa model tersebut cepat panas dan ada yang terbakar.
Solusinya, Samsung mengutip semula model telefon tersebut daripada
pengguna oleh kerana jaminan waranti yang ada. Ini merupakan satu langkah yang
bijak daripada Samsung untuk tidak merosakkan reputasi mereka dalam kepercayaan
pengguna terhadap mereka.
Kesimpulan
Anda sebagai kuasa pengguna sangat dihargai oleh syarikat, bahkan
negara. Di dalam negara kita juga terdapat undang-undang yang menjaga hak
pengguna. Pengguna yang bijak adalah pengguna yang prihatin dan memilih kualiti
produk yang disertakan dengan gerenti atau waranti bagi menjamin keselamatan
dan hak pengguna itu sendiri.
Kami yg buat servis pun siap sediakan waranti utk customer. :)
BalasPadamsemoga pelanggan anda akan sentiasa mempercayai servis anda sentiasa
PadamOh..itu lah beza dia rupanya..bagus2 share about this ✌🏻
BalasPadam