Macam Mana Nak Jimat Guna Sabun Muka & Badan??
ASSALAMUALAIKUM...
Zaman sekarang semua benda nak kena jimat. Jimatkan amalan mulia. Bukan
setakat duit, elektrik pun kena jimat, air pun kena jimat, makanan pun kena
jimat… dan paling sensitif pasal jimat ni adalah minyak petrol. Ibarat dah
macam kena isi hari-hari. Minyak dah mengalir macam air dah. Huhu
Oleh kerana semua orang dah sedar
tentang pentingnya perkara yang berkaitan dengan jimat ni, maka mestilah semua
benda nakkan kelainan.
Termasuklah dalam bab penjagaan
badan dan muka. Yang paling Husein selesa pakai adalah DASHING Face and Body
Wash 2 in 1. Kenapa pilih yang ni? Sebab produk penjagaan DASHING kali ni
mempunyai dua formula iaitu untuk penjagaan badan dan muka dalam satu masa
sekali gus. Jimat kan!! Penjimatan yang macam ni la yang patut korang rebut.
Sebab edisi kali ni didatangkan
dengan 4 versi haruman pilihan korang. Korang pilih je mana haruman yang
memikat hati sama ada COOL, ACTIVE, ULTIMATE
KICK dan HATTRICK. Lepas tu terus dapat rasa macam mana haruman tu
melekat kat badan korang. Lepas mandi je badan terus rasa segar dan harum
berpanjangan.
Yang paling Husein suka adalah
haruman HATTRICK sebab bau dia lembut dan terpesona. First time guna
haruman ni terus jatuh cinta. Selain tu, untuk versi HATTRICK ni juga didatangkan
dengan formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan
berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan tona kulit rata untuk tampil
lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral
mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem
pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.
Untuk haruman ULTIMATE KICK, mempunyai haruman yang
menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta
disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.
Bagi haruman COOL dan ACTIVE, masing-masing mempunyai daya tarikan
maskulin lelaki. Haruman COOL ini dilengkapi dengan gabungan wangian
Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas.
Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan
maskulin. Untuk ACTIVE pula sesuai kepada lelaki yang tampil yakin dan
berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa kerana mempunyai gabungan
nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber.
DASHING 2 in 1 ni sesuai digunakan pada bila-bila masa sahaja. Pada waktu
siang amat sesuai untuk dapatkan haruman yang berpanjangan dan kulit muka yang
segar. Untuk waktu malam pulak, produk ini membersihkan wajah dan badan pada
waktu malam serta menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat
daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.
So jimat kan?? Husein dah cakap yang DASHING 2 in 1 kali ni memang
jimat. Tak percaya?? Kalau tak percaya, korang kena try sendiri guna produk
kali ni dan rasakan pengalaman menggunakan produk ni. Lepas tu komen siket kat
bawah ni macam mana pengalaman korang ok. Nanti husein akan balas setiap komen
kat bawah. Terima kasih kerana membaca. I am waiting for your comment. See yaaa…
bukan laki saja syok guna dashing ni, akak pun suka... mmg jmat 2 in 1
BalasPadambagus. jom berjimat
Padambestnya klau ada produk ni ada utk pmpuan jugak..hihi..
BalasPadampompuan mesti rebut kalau ada produk yg macam ni kan
PadamEncik suami pon selalu beli jenama dashing ni
BalasPadam