Trip Kashmir: Tips dan Aktiviti di Yousmarg
Basically kalau nak spend di Kashmir ni dalam 4-5 hari dah memadai. Selain
pekan Srinagar yang dekat,lain-lain attraction places di Kashmir agak jauh. Mungkin
makan masa 2-3 jam sehala perjalanan. So tempat-tempat macam Pahalgam, Sonamarg,
Gulmarg atau Yousmarg biasanya orang akan pergi secara berasingan hari. Means
sehari di Pahalgam, sehari di Sonamarg dan begitu la seterusnya.
Perjalanan bertemu Syurga di Dunia
Hari keempat saya di India bersamaan hari kedua saya di Kashmir, saya
berpeluang untuk pergi ke Yousmarg selepas bermalam di Lee Heritage, Srinagar.
Perjalanan memakan masa 4-5 jam untuk sampai di Yousmarg(bergantung kepada
keadaan traffic). Tiada transport dari airport New Delhi untuk sampai ke sini
melainkan korang kena turun di airport Srinagar jugak. Mungkin korang akan
fikir yang pelik benar nama Yousmarg ni tapi yang sebenarnya disini lah
bermulanya perjalanan untuk saya bertemu syurga dunia (Paradise On Earth)
sebagaimana nama jolokan untuk Kashmir yang diberikan oleh orang ramai.
Untuk kesini, saya dan kawan-kawan backpacker lain sewa van. Memang
selesa, nampak tinggi dan tak la berhimpit sangat sebab kitorang berlapan
campur dengan driver orang local kat sini lagi. Keselesaan merupakan factor yang
penting untuk korang jalan jauh. In fact, kadang-kadang driver kat sini bawak
macam haram jugak so kena la dapat seat sorang satu yang luas. Kalau seat
dekat-dekat je nanti korang akan langgar bahu kawan sebelah. Kan dah ganggu
ketenteraman dia nak tido tu.
Tips Ambil Horse Riding di Yousmarg
Sebelum sampai ke Yousmarg, saya sempat bersarapan dulu sebab dengar
cerita kat Yousmarg tak banyak kedai makan. So tak payah la bersusah payah cari
kedai kat sana kan. Setibanya saya disana, saya diserbu oleh orang local disana
yang menawarkan servis kuda untuk ambil angin kat sini. Pada mulanya saya agak
berkeras untuk tidak menunggang kuda disini kerana harga yang ditawarkan
melambung tinggi. Lagipun time tu terasa
nak berjalan kaki je sambil enjoy the view, tangkap gambar, selfie dan rekod
video. Mana tak nya, view kat sini cantik kot. Takkan nak lepas peluang gitu je
kan.
Tapi bila dah tawar-menawar barulah diorang setuju dengan harga yang kami deal kan. Better korang survey dulu harga horse riding kat sini di internet. Baru la puas hati. Nanti takde la rasa menyesal bila terkena tipu dengan diorang. Saya pun tak ingat dah harga yang saya tawarkan tu berapa sebab keliru dengan horse riding di Pahalgam jugak(nanti saya cerita pasal Pahalgam di entri akan datang). Alaaa... korang google je la ye harga dia berapa okay.
Best ke Horse Riding?
Pengalaman horse riding di Yousmarg memang best. Itu adalah first time
saya dapat naik kuda dengan begitu lama sekitar dua jam mengelilingi kawasan
Yousmarg. Serius korang takkan rugi kalau horse riding kat sini sebab ada
beberapa kawasan yang korang takkan sampai kalau sekadar berjalan kaki je.
Berbaloi habak hang. Kat Malaysia kalau naik berjam-jam macam ni entah berapa ratus
la kena bayar.
Lepas beberapa ketika menunggang kuda, saya baru perasan yang kuda
saya adalah yang tercantik berbanding kuda-kuda yang dinaiki oleh kawan-kawan
saya yang lain. Saya perasan sebab
diorang semua tegur, “Eh, kuda Husein comel la” sebab kaler brown cerah
dan nampak bersih je kuda ni. Kuda ni ada nama. Entah nama apa entah saya pun
tak ingat dah. Hahaha…. In other things, dari sini saya dah mula mahir
menunggang kuda. Come on la.. berjam-jam kot naik kuda.. takkan sikit pun tak
reti kan.
“Blurrrr… blurrr…” itu adalah bunyi arahan kepada kuda untuk jalan
sambil buat nada kasar siket bagi dia dengar.
Spent our nearly two hours adventure in Yousmarg and realized how
beautiful the connection between human and animal can be. Thanks to these
wonderful and strong souls for being the best travel buddy to us. Without them,
we definitely couldn’t finish our adventure here.
Actually, nasib la saya ambek khidmat horse riding ni. Sebab trek kat sini memang rabak la kalau korang jalan kaki. Jalan tak rata… lecah sana sini.. memang kotor la jawabnya kasut korang. Saya syukur sangat sebab tak jalan kaki tadi. Kalau tak, balik hotel terpaksa pulak basuhkan kasut. Kawan-kawan lain pun kata gitu. Lagipun dua jam kan naik kuda, kalau jalan kaki ni dah memang tercabut lutut dibuatnya.
Bila waktu paling sesuai datang sini?
Spring. Yang kedua adalah musim panas sebab time musim panas
kawasan ni tak la terlalu panas. Musim bunga adalah waktu paling sesuai kerana
ianya tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk. Lagi pun time ni kebanyakkan
pokok dan bunga hidup subur so korang boleh tengok banyak pokok yang tinggi dan
bunga yang menghiasi kawasan Yousmarg ni. Cantikkk…rugi kalau tak dapat tengok.
Sambil tu korang boleh minum air sungai sepanjang berada di sini yang sejuk, jernih
bak Kristal dan segar. Kalau pergi time winter ada ke yang sanggup sentuh air
sungai? Hahaha….
Itu saje cerita saya di Yousmarg. Kalau korang ada persoalan tentang
Yousmarg, boleh komen disini atau dm saya di Instagram @husein_rider. Saya akan
tolong sedaya upaya untuk bagi info. Doakan saya supaya dapat update pasal Pahalgam
pulak pasal kat situ ada rumah Munni a.k.a Shahida dalam filem Bhajrangi
Baijan. Saya tahu korang semua minat cerita tu kan? So nantikan entri tu akan
datang. Thank you semua.
Cantiknya pemandangan disana.
BalasPadamkashmir memang lawa. ada dalam wishlit utk ke sana
BalasPadamMemang lawa tempat. Sunnguh indah ciptaan Allah
BalasPadamwishlist tempat nak pergi huwaaa! harap ada rezeki nanti, waiting for the next entry hihi.
BalasPadamsaya baru sempat baca. cantik gambar kat tepi sungai tu. okay jeles! haha. update next entry pleaseee. nak tahu cerita lagi.
BalasPadamcantiknyaa!!! kashmir ni memang berada kemas dalam wishlist ni. moga kesampaian ke sana
BalasPadamcantik bumi Allah... semakin jauh perjalanan semakin dekat kita kenal Allah
BalasPadamwah bestnya..rasa nak pindah pi duk sini..hijau jer mata memandang
BalasPadam