DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif
ASSALAMUALAIKUM...
2 Koleksi Yang Mesti Anda Cuba
Husein dah memiliki dua-dua haruman DASHING ni. Korang pun kena try jugak tau. Boleh dapatkan di pasaraya, shopping mall, atau farmasi berhampiran.
Bahang Piala Dunia 2018 kian terasa. Tahun ni Piala Dunia akan berlangsung
di negara Rusia. Lelaki dan bola memang tidak boleh dipisahkan lagi. Semenjak dari
sesi kelayakkan Piala Dunia lagi, temasya empat tahun sekali ini sudah pun meriah
dengan pelbagai sejarah dan peristiwa yang tercatat. Antaranya, buat julung
kalinya, negara Mesir layak ke Piala Dunia dan negara Itali tidak dapat menyinari
warna-warni Piala Dunia kali ini.
Walau
negara mana pun yang anda sukai, DASHING tetap teguh dalam menyinari Piala
Dunia kali ni. Bukan setakat Piala Dunia, tetapi anda juga. Kali ni Dashing
tampil dengan lebih garang dan bertenaga. Walau anda berpeluh, samada berjalan, menghadiri mesyuarat, bersenam
di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak
daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan
merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang
aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat
terhadap kepentingan menjaga bau badan.
DASHING mempunyai aura yang
menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan
kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette
DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty”
dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran
dan kekal aktif pada masa lapang.
Rangkain produk DASHING Sport boleh didapati dalam 2 koleksi; Hitman dan
Golden Boot.
DASHING Hitman adalah lebih Husein suka sebab
haruman dia sangat menyegarkan. Dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa
bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice
Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan
Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian
daya tarikan yang semestinya
meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.
Variasi DASHING Golden Boot
pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb
dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala
kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau
dan tidak dapat dilupakan.
So, kalau anda selalu bermain bola dalam posisi bertahan dan tidak
membiarkan pertahanan anda diceroboh, anda pasti memilih DASHING Hitman. Tapi kalau
anda selalu menyerang dan ingin mendapatkan anugerah Golden Boot, pastinya
DASHING Golden Boot sesuai untuk anda. So, bila nak tengok Piala Dunia tu jangan lupa pakai mana-mana koleksi dari DASHING ni yer.
Dulu suka jugak pakai bedak dashing sbb bedak dia wangi giler. Cuma bila pkai bedak tu je mesti budak laki akan cop kita pkai bedak lelaki sebab haruman dashing sinonim dgn lelaki. Nasib leee
BalasPadampower gila hidung diorang boleh detect pakai dashing. hahaha
Padam