Cerita 2 Minggu di Tasik Buatan Terbesar di Asia Tenggara

This is how my friends and I celebrated our mid-sem break. Memandangkan cuti mid-sem hanyalah seminggu, so tak dapatlah nak buat aktiviti hiking atau pergi travel jauh-jauh. Lepas banyak kali berbincang, kami bercadang untuk ke Tasik Kenyir, Terengganu. Kami hanya mengambil masa 3 hari 2 malam untuk meneroka hampir keseluruhan tasik buatan terbesar di Asia Tenggara ni.

Semua orang bertolak dari Kelatan, kecuali saya sahaja yang dah memang anak jati Terengganu ni. Jarak rumah saya ke Jeti Pengkalan Gawi pula memakan masa sejam untuk sampai ke sana. Anda harus ke jeti ini dulu sebelum dapat round satu tasik yang besar ni untuk naik bot laju atau houseboat.

Mungkin ramai di kalangan kita fikir bahawa agak bosan bila pergi ke tasik sebab semata-mata tengok air dan mandi sahaja. Tapi disini berbeza. Selain mandi, korang boleh memancing, berkelah, masuk gua, berkayak dan round satu tasik kenyir ni. Untuk akan datang, akan ada waterpark disini, so boleh la ajak satu family datang sini.

Actually, trip escape plan ni adalah lebih kepada throwback kenangan saya sewaktu berada di sini selama dua minggu iaitu ketika saya belasan tahun di peringkat sekolah menengah. Waktu tu, saya temankan ayah dan tiga orang rakan ayah yang lain dalam menyelesaikan projek/misi department mereka disini. Selama dua minggu itu lah saya dah lali dan tahu banyak tempat di Tasik Kenyir ni. Di tasik ini bukan sebarangan tasik, tapi ianya mempunyai banyak pulau kecil yang masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.
This is how our houseboat looks like. Simple but comfortable.



Terlalu banyak experience yang saya dapat sewaktu tinggal disini selama dua minggu dulu. Kat sini la saya banyak berdikari hidup tanpa keperluan asas yang cukup seperti elektrik, bekalan makanan dan minuman dan hidup berkhemah  di tepi hutan. Internet tak payah cakap la.. ZERO. Terputus hubungan dengan dunia luar. Start pada waktu malam, saya dah takde pape aktiviti yang nak dibuat. Nasib la dah siap-siap bawak tiga buah novel untuk isi masa lapang. Buat julung kalinya, selama dua minggu tu la saya sempat habiskan kesemua novel tersebut. Selama ni memang tak pernah langsung habiskan secepat tu. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan buat diri saya. Hahahaha….

Walaupun hidup jauh dari dunia luar, namun saya tetap tidak pernah bosan dengan keindahan alam semulajadi di Tasik Kenyir ni. Pemandangan disini tidak pernah mengecewakan saya. Setiap pagi saya dihidangkan dengan udara yang segar, bunyi deseran air dan view matahari terbit sehinggalah terbenam semula. Semestinya pengalaman macam tu dah susah nak dapat bila dah kembali ke dunia asal. Kat sini juga ada air terjun yang jernih dan kawasan ternakan ikan kelah.
Bila korang suruh orang lain ambek gambar looks like, tapi bila korang yang ambek gambar elok pulak. Nampak jari pun takpe la asalkan view cantik.

Cuaca kat sini pun sangat sejuk pada waktu pagi dan malam. Dah macam ada kat Cameron Highland dah. So jangan lupa bawak baju sejuk bila nak datang sini.

So, saya manfaatkan masa dan peluang seperti itu dengan sebaiknya untuk saya menikmati setiap saat dan nafas yang ada. Malangnya pada waktu dulu saya takde lagi handset atau kamera yang canggih untuk merakam kesemua kenangan. Cukup dengan terukir di memori indah untuk dijadikan kenangan.
The Reflection of Magical in Kenyir Lake.

Alhamdulillah, Allah bagi saya peluang untuk menjejakkan kaki ke sini lagi. Tapi kali ni saya tak berkhemah tapi sewa houseboat besar. Trip kali ni pun lebih ramai iaitu seramai sembilan orang kawan saya yang lain. So lebih meriah la. Untuk houseboat kami ni hanya RM1300 (bekalan makanan asing) dan boleh muat 10 – 15 orang dalam satu masa. Kebanyakkan masa kami di atas houseboat ini dihabiskan dengan aktiviti memancing, mandi, dan memasak. Korang bayangkan la ikan yang fresh baru tangkap then terus siang ikan tu untuk memasak. Perghhh.. sedap gila. Ikan kat sini semuanya besar-besar belaka.
Kalau nak dibandingkan pengalaman saya disini waktu dulu dan sekarang banyak bezanya. Kalau dulu, saya tak ambil berat sangat pasal ambil gambar. Sekarang, dah tahu selok belok Tasik Kenyir ni siap tahu shooting gambar kat mana yang cantik. Kawasan jeti di Pengkalan Gawi pun dah semakin maju. View kat sini pun tak jauh bezanya dengan yang dulu. Mungkin kali ni lebih cantik kot.

4 ulasan:

  1. bestnya! dah lama teringin nak stay houseboat. adoi rancangan tak pernah nak jadi. btw, shoot gambar semua lawa! (kecuali jari tu :p)

    BalasPadam
  2. best nya tempat ni..cantik betull

    BalasPadam
  3. gambar cantikkkk. mesti kalau tengok depan2 lagi cantik kan view diaaaa. (okay jeles)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.