Final World Cup 2014 - Germany VS Argentina

ASSALAMUALAIKUM...

Harapan untuk melihat pasukan kegemaran Husein merangkul Piala Dunia akhirnya tercapai. Untuk edisi kali ni Husein memilih Germany sebagai pasukan pilihan..... dari awal hari Piala Dunia tu sampai la final game hari ni. Untuk edisi-edisi sebelum ni, selalu team kegemaran Husein kalah awal dan tak dapat pergi final.... tapi untuk kali ni, Husein tumpang bangga dengan Germany kerana berjaya memenangi Piala Dunia kali ni.

Pada awalnya, bila Germany dah sahkan tempat ke final... Husein tak mengharapkan sangat untuk Germany menang memandangkan Argentina jugak sangat hebat. Dapat tengok Germany pergi final dah cukup bagi Husein. Tapi tu tak menghalang Husein dari duduk depan tv sebelum sahur hinggalah selepas sahur bersama keluarga..... sampai time nak sahur pun mak Husein tetiba ajak makan sahur depan tv. Selama ni makan sahur kat dapur je..... tapi kali ni, mak alih meja duduk depan tv sebab nak tengok bola punye pasal. Memang rata-rata keluarga Husein semalam semuanya sokong Germany.

Sememangnya game kali ini cukup mendebarkan. Argentina dah beberapa kali mendapat peluang keemasan melalui penyerang berbisa mereka, Higuain dan Messi, namun kecekapan pertahanan dan penjaga gol Germany berjaya menghalang percubaan mereka.

Selepas 90 minit waktu perlawanan habis dan keputusan masih lagi 0-0, Husein cam terasa yang game ni akan ditentukan menerusi tendangan penalti walaupun masih ada 30 minit masa game yang perlu dimainkan. Mak Husein yang dari tadi duduk atas kerusi masih tak berganjak dari tempat duduk dia. Haaaa... tengok!! Semangat betol mak Husein tengok bola kan??  hehehe...

Tapi,.... sebelum beberapa minit separuh masa kedua tambahan ditamatkan,... tetiba....

''GOOOOAAAAALLLLLL'',.... Ya, mungkin ini jugak yang korang sebut bila pemain Germany, Mario Gotze menjaringkan gol tunggal perlawanan. Kalau waktu tu Husein tengok bola bersama kawan Husein yang lain.. serius Husein cakap, memang bersorak habis la.... tapi semalam Husein tengok kat rumah je. Tak boleh emo-emo sangat. Kang ada jugak yang kena marah sebab buat bising kang. hehehe...
Piala Dunia buat kali yang terakhir buat pemain Germany, Miroslav Klose yang menjadi penjaring terbanyak sepanjang Piala Dunia dengan 16 gol. RESPECT.

Last sekali, Husein ucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan Germany kerana memenangi temasya Piala Dunia kali ni. Buat penyokong Argentina.... anda tak perlu sedih sebab team anda jugak berhak untuk jadi juara.... tapi mungkin untuk yang akan datang. So,... selamat tinggal Brazil, ... dan Rusia akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 akan datang. Moga kita berjumpa di Rusia nanti.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

5 ulasan:

  1. mario gotzie tu muda lagi baru 22 kan ... cerah masa depannya nanti .

    BalasPadam
  2. Tahniah!!!! Seonok germany menang.. ahaks XD tak sia sia tengok semalam

    BalasPadam
  3. dah rasa mcm germany nak menang.. hehe.. betul pulak tekaan. hehe :D

    BalasPadam
  4. salam. errr..sy x minat bola..jarang ambik tahu hehehhee

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.