Bernafas Selagi Mampu, Berusaha Selagi Bernyawa

ASSALAMU'ALAIKUM...

Entah kenapa dah banyak kali Husein asyik tukar-tukar tajuk entri ni. Kepala otak dah berpusing 360 darjah nak fikirkan tajuk apa yang sesuai untuk entri kali..... tapi, akhirnya segala keringat dan tenaga(ceh.. macam kerja keras je) Husein usahakan untuk fikirkan tajuk yang sesuai untuk kali ini dan tajuk kali ni adalah seperti yang korang lihat kat atas.

Bila korang banyak berjalan atau merantau di tempat orang, mesti ada perkara yang sedih atau yang menyentuh hati korang kan? Tipu la kalau takde.... paling kurang pun mesti ade walau secebis kan? Dan sebenarnya.... benda-benda macam ni la yang..... kadang-kadang menguatkan lagi semangat kita untuk terus kan hidup... walaupun kita dah banyak masalah dan kemusykilan yang kita hadapi selama ni.. tapi, tak bermakna kita lah yang paling kuat untuk hadapi semua tu.

Susah-susah dulu, bersenang kemudian. Tu la kata-kata yang selalu kita dengar kalau ade masalah. Keadaan susah seseorang tu bergantung kepada masalah yang dia hadapi. Ada yang ada masalah rumah tangga, masalah penyakit, masalah belajar, masalah makan..... dan masalah yang selalu kita hadapi adalah masalah kewangan. Husein rasa... setiap individu kat dunia ni ada masalah kewangan. Selalu je merungut tak cukup duit.... nak bayar tu la ..ini la... PTPTN la... hutang sana sini bagai..

Selalunye, masalah kewangan akan mencacatkan kehidupan kita. Lalu kemiskinan yang hinggap akan berterusan sehinggalah kadang-kadang mendatangkan mudarat kepada diri kita. Contohnya, jika kita miskin .. akan berasa selalu berjimat-cermat dalam membeli makanan sehinggalah pada satu tahap kita sudah tak mampu untuk membeli makanan yang banyak lalu datanglah pelbagai penyakit yang menyerang tubuh.
Beza antara kereta dan kereta keldai... golongan kaya dan golongan miskin. Korang agak, ape yang lelaki ni fikir bila dia tengok kereta tu eh?

Akan tetapi, kadang-kadang dengan kemiskinan akan membawa seseorang itu lebih insaf dengan apa yang dia buat selama ni... lalu timbul rasa taqarrubnya dia dengan Sang Pencipta alam semesta. Lalu sifat bongkak dan sombong akan terhakis dek kerana ujian yang menimpa.

Selalu bersemangat kembali untuk mencari rezeki yang halal lagi berkat... selalu mengerah tenaga pagi petang siang dan malam.. tak kira waktu, tidak bergantung kepada simpati dan sumbangan orang lain sahaja, dan selalu memikirkan masa depan zuriat keturunan yang dibina supaya bahagia dan dilimpahkan dengan rezeki yang banyak.

Sebenarnya, apa yang Husein bebelkan kat atas tadi sikit-sikit menggambarkan keadaan sesetengah golongan miskin di negara Mesir ni.
Seperti yang Husein kate kat atas tadi,.. agak susah untuk Husein letakkan tajuk untuk entri kali ni. Bukan bermakna Husein dah giveup tak nak update blog ni sebab baru je masuk paper Utusan hari tu(kembang lobang hidung den kejap.. hehe),.... tapi,.. tak terucap dan tak tahu nak tulis camne dan bagaimana cekalnya hati sesetengah masyarakat kat sini untuk teruskan hidup.

Kalau kat Malaysia, Husein berani kata yang golongan miskin kat negara kita masih dalam keadaan yang 'selamat'... I mean boleh makan tiap-tiap hari, ada pakaian, ada tempat tinggal dan sebagainya. Tapi orang miskin kat sini......... sangat DHAIF. Tapi... miskin-miskin diorang pun, diorang tetap berusaha cari rezeki. Korang nak tahu diorang cari rezeki camne?
Kebanyakkan golongan miskin kat sini ada kereta keldai. Kereta keldai ok... not kereta.. jimat minyak gitu. hehe...Dengan kereta tu la diorang cari rezeki. Gambar kat atas ni mungkin sekali adalah antara ayah dan anak yang sama-sama cari rezeki menggunakan kereta keldai tu. Bila tengok lama-lama gambar ni, camne laa masa depan si anak tu ye bila dah besar nanti??
Ade jugak yang ambil upah lap kereta tiap-tiap hari. Setiap awal pagi diorang akan mulakan kerja lap kereta sebab nanti kereta-kereta ni semua akan lenyap sebab tuan kereta bawak pergi pejabat atau tempat kerja. Alaaa... sekadar upah lap kereta...boleh ke nak makan nasi lemak tiap-tiap hari???
Then, Husein ternampak sorang pak cik lain naik kereta keldainya. Then tetibe dia turun dari kereta keldai dia. Ingatkan terjumpa kawan or what ever la. Rupa-rupanya pergi kat sampah kat tepi jalan dan tengok ada bahan terbuang yang boleh kitar semula.
Dari sudut lain pulak, mata Husein ternampak dekat dua orang warga Mesir ni. Dalam hati Husein cakap, mungkin diorang tu pasangan suami isteri kot. Tapi jauh dalam hati ni cakap, betapa cekalnya hati diorang untuk hidup. Walaupun serba kekurangan tapi masih lagi berusaha untuk mencari rezeki yang halal. Korang tengok je la pakaian diorang.... habis kotor. Pulak tu lepak kat tepi tong sampah. Kat situ la mata pencarian diorang sehari-harian.
Lepas puas cari bahan-bahan yang boleh dikitar semula, pak cik ni letakkan dalam beg besar di belakang kereta keldai dia. Kalau orang kita... memang dah lama alergik dengan tong sampah. Tapi ni la mata pencarian diorang. Nak harapkan sumbangan masyarakat?? Entah bila la pulak akan dapat. 

Actually, gambar-gambar ni sume adalah dari DSLR Husein sendiri.. not copy from Google Image ok. Terpaksa pakai lens yang boleh zoom jauh.... 300 mm punye ok. Kalau pakai lens biasa memang tak boleh snap la jawabnye. Its means Husein sendiri tengok camne diorang cari rezeki. Kengkadang, Husein selalu je merungut kenapa la Allah bagi ujian yang kadang-kadang Husein tak boleh nak terima... padahal ada ramai lagi lebih teruk ujian diorang berbanding Husein. 

So... lepas ni Husein harap Husein dapat tempuhi ujian yang Allah bagi dengan redha dan tenang. Husein pun harap korang pun camtu jugak. Teringat kata-kata seorang cikgu Husein masa kat sekolah menengah dulu, cikgu Yati..... satu hari bila dia sakit sampai terpaksa bawak kat hospital, ada sorang kawan dia yang jaga dia. Then cikgu Yati bagitau yang, ''tak payah la susah-susah nak jaga aku. Aku bukannye sakit sangat pun...padahal ramai lagi yang lebih teruk dari aku''

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... 

13 ulasan:

  1. Sayu je rasa baca entry ni.. mmg kita kene sentiasa bersyukur coz ada org yg lebih susah di luar sana tapi masih lagi mensyukuri nikmat kurniaan Allah..

    p/s: kamera hang jenis ape, siap lens sume brapa erk pricenye

    Jom Terjah : Bunuh Filem Melayu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamera nikon d3100 je. Lens yang ni guna yang smpai blh zoom 300mm. Sume harga lbh kurg RM2000

      Padam
  2. Kita hanya perlu hidup sekali jika kita buat sebaiknya. Orang yg mahu hidup lagi ialah org yg x redah dgn qada qadar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emmm.. mcm pelik je bunyi ayat tu. mcm x betul je.. huhu

      Padam
    2. Maksud saya lebih kurang ayat ini tuan...

      Surat Al An'aam 25-31:Kelak orang-orang seperti ini akan menyesal di akhirat nanti. Di bawah adalah ayat-ayat Al-Quran yang menggambarkan penyesalan mereka. Saat siksa neraka yang pedih akan menimpa mereka, ingin rasanya mereka kembali ke dunia dan mengerjakan segala perintah Allah.

      Padam
  3. Andai rasa diri kita susah lihatlah kesusahan orang lain kerana itu akan membuatkan diri kita bersyukur...da follow anda..jakzakallah

    BalasPadam
  4. Sedih bila tengok Arab Mesir macam ni.

    Kalau kita tengok Pakcik Makcik yang duduk kat tong sampah tu, kalau dia kuat beribadah kepada Alalh & siang mencari rezeki.

    Allah Allah .. mulianya ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. kadang-kadang x sampai hati tgok diorang camtu

      Padam
  5. Kesiannya. Dah kotor sangat baju diorang tu :'(
    Kadang kita kena igt, kalau kita rasa diri kita dah susah sangat, fikirlah.
    Ada yang lagi susah dari diri kita sebenarnya :')
    Jadi bersyukur lah dengan semua pemberian yang Allah dah beri pada kita.
    Btw, lawa semua gambar yang awak ambil. Cantik. Berseni. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni kena byk bersyukur..

      tq.. alhamdulillah, berkat adanya DSLR.

      Padam
  6. Kesusahan mengajar kesabaran...

    BalasPadam
  7. Tak seperti di Malaysia..semuanya nak hidup senang jek..Otak cuma pikir cara nak dapat duit . Tapi belajar malas..but nak gaji tinggi.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.