Trip ke Bur Said, Mesir - PART 2
ASSALAMUALAIKUM....
Entri kali ni adalah sambungan daripada entri yang lepas. Oleh itu, bagi korang yang terlepas Part 1, klik disini
Selepas kitorang pergi meninggalkan pak cik tadi, tiba-tiba perut ni berbunyi-bunyi plak. Macam ade bom Hiroshima plak kat dalam. Nasib baik kitorang bawa bekal dari kediaman sebelum bertolak pagi tadi. Berbekalkan nasi, lauk ayam kurma, sedikit ulam dan air kotak cukup membuatkan kitorang kembung perut macam ular sawa kekenyangan. Sambil makan, sambil melihat keindahan ukiran Masjid Bur Fuad kerana tempat kitorang makan adalah kawasan luar masjid tersebut. Ternyata kehebatan ukirannya membuatkan hati ini amat kagum dan sememangnya masyarakat arab disini sangat mahir dengan hasil seni ukiran.
Tapi, hati ini sedikit malu dan segan kerana sering menjadi tumpuan para pelancong asing dan masyarakat arab yang lalu-lalang disitu. Kerana tempat yang kami makan itu bukanlah tempat yang khas untuk menjamu selera. Jadi, agak sopan-santun sikit time Husein nak makan tapi laju biar makanan tu habis cepat.hehehe....
Husein bersama kawan-kawan di pintu utama Masjid Bur Fuad.
Selepas selesai kami solat fardhu dan solat jamak, terus kami bersiap untuk ke pasar menjual pakaian yang terletak beberapa kilometer sahaja dari masjid itu. Sekali lagi, kami terpaksa menaiki feri untuk menyeberangi Terusan Suez, terusan buatan manusia terbesar di dunia.
Keindahan pemandangan Masjid Bur Fuad dari atas feri semasa di Terusan Suez.
Background-ing Terusan Suez.
Maka inilah matlamat kami pergi ke Bur Said iaitu untuk membeli atau shopping baju dan seumpamanya sebagai persediaan kami untuk memasuki musim sejuk yang akan datang tak lama lagi di Mesir ini. Husein ade la sikit-sikit beli sebagai ole-ole apabila sampai di rumah nanti.
Sebelum kitorang bertolak ke rumah, sekali lagi perut ini terasa bom Hiroshima yang sering berbunyi-bunyi. Krrriiioookkk...krriiiooookkkk......krrruuukkk. Amboi ! teruknye bunyi. Maka untuk mengecaskan balik tenaga yang hilang akibat berjalan-jalan shopping tadi, maka kitorang pergi makan di restoran seafood. Opppsss, tak ingat nak bagitau bahawa di kawasan pasar ini, banyak juga restoran-restoran seafood disini. So, otak ini hanya memikirkan kat mana nak makan, and tak payah nak pergi jauh-jauh.
Hampir setengah jam kami mencari restoran yang terbaik untuk menjamu selera sebab masing-masing terdapat kekhilafan pendapat. Habis tunjuk yang ni ok, yang ni ok .... ohh, membuatkan Husein pening seketika melayan kerenah kawan-kawan Husein. Akhirnya, Husein jugak yang jumpa dan bawa diorang makan di sebuah restoran. Dan inilah yang kami makan.....
Ikan celup tepung, udang celup tepung dan sotong celup tepung versi arabic beserta nasi dan salatoh(sayur campur). Agak sedap dan rangup jugak. Tambahan plak, sangat murah dan berbaloi iaitu hanya LE 25 (RM 13). Tapi memang tak boleh lawan dengan celup tepung versi kita. Husein akui yang itu. :-)
Lepas selesai makan, kitorang terus bergegas ke masjid untuk solat maghrib dan terus bertolak ke rumah.
Terima kasih kerana membaca. Komen sket... :-)
wahhh.......bestnyer
BalasPadammcm sedap je makanan tu..:)
BalasPadam