Dekorasi Raya di Rumah Yang Sangat Penting

ASSALAMUALAIKUM...


Walaupun kebiasaannya orang perempuan yang mahir dalam mengubahsuai rumah, tetapi orang perempuan juga memerlukan lelaki untuk menemani atau mengangkat barang-barang yang dibeli atau yang sedia ada di rumah untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Malah, ada sesetengah lelaki yang lebih mahir daripada perempuan dalam pengubahsuaian rumah.

Semestinya untuk persediaan menjelang hari lebaran nanti, setiap rumah perlukan dekorasi yang cantik untuk menyambut tetamu yang datang  tak putus-putus. Dekorasi yang cantik sepertimana yang diidamkan selama ni merupakan impian setiap ahli rumah. Bukan sahaja menyejukkan mata-mata tetamu yang datang, bahkan menyenangkan hati ahli rumah apabila melihat dekorasi yang kemas, cantik dan bersih.

Cara Membuat Dekorasi Raya
  • Kad Raya

Penggunaan kad raya bukan sahaja untuk menghantar ucapan kepada orang lain, tetapi juga boleh dijadikan dekorasi raya untuk rumah anda. Hanya perlu gantungkan kad raya tersebut di dinding atau pintu rumah anda mengikut kreativiti masing-masing agar suasana raya yang dirasakan lebih meriah. Di dalam kad raya tersebut juga, anda boleh menulis ucapan penghargaan kepada tetamu yang hadir supaya setiap yang membacanya terasa amat dihargai. Dengan modal yang sedikit seperti ini, rumah anda pastinya lebih terasa aura hari raya dan lebih cantik lagi.
  • Hiasan Lampu Raya di dalam/luar rumah

Jikalau anda rajin, hiasan lampu raya ini sebenarnya amat mudah untuk dibuat seperti hanya menggunakan tin minuman atau buluh. Tetapi ianya akan mengambil masa untuk disiapkan. Namun, di kedai-kedai atau pasaraya sudah pun terjual. Pada kebiasaanya hiasan lampu raya ini akan diletakkan di luar rumah. Selain hiasan lampu, kebanyakkan rakyat Malaysia memilih untuk memasang tanglong untuk menyerikan lagi suasana hari raya.


Tips Dekorasi Hari Raya
  • Sususan Perabot Yang Kemas

Perkara pertama sekali apabila tetamu datang ke rumah adalah melihat keadaan dan susunan perabot. Oleh itu, perkara tersebut amatlah penting bagi memastikan keselesaan dan kekemasan para tetamu yang datang. Cuba alihkan mana-mana perabot yang kurang digunakan seperti kerusi budak-budak untuk menjimatkan ruang. Selain itu, kebersihan perabot rumah juga perlu diambil kira. Hapuskan debu-debu dan kotoran yang melekat serta mopkan lantai dengan perkakas yang bersesuaian.

  • Susun dan asingkan juadah raya

Pastikan anda susun juadah raya dengan rapi. Asingkan bekas kuih raya dengan makanan lain seperti ikan bilis goreng,keropok keping, atau sayuran supaya nampak lebih kemas dan tersusun. Jangan campur adukkan kuih raya bersama makanan ringan yang lain. Jika anda menjangkakan ramai yang datang, pastikan senduk kuah/lauk-pauk disediakan lebih dari satu agar para tetamu tidak perlu menunggu atau beratur. Jangan lupa asingkan tempat juadah lelaki dan wanita supaya tidak bercampur ketika mengambil makanan.

Dekorasi Perabot Pilihan sempena Raya di LAZADA

Bagi anda yang sukakan perabot elegan dan kreatif, meja ini sangat sesuai kerana mempunyai ciri-ciri perabot masa kini yang tidak mempunyai corak/ukiran yang banyak tetapi kelihatan kemas dan cantik. Selain itu, meja ini boleh dilipat jika anda ingin simpan atau dipusing kiri dan kanan mengikut kreativiti anda. Anda boleh melihat sendiri pada: http://www.lazada.com.my/forever-3-in-1-swivel-coffee-table-whiteyellowgreen-31343786.html?spm=a2o4k.060302030100.0.0.kK4jgq&sc=Ee8B


Bagi anda yang mencari-cari kerusi tambahan, kerusi ini adalah sangat berbaloi. Walaupun kelihatan ringkas tetapi berbaloi dengan harga. Dengan rekaan daripada PVC yang cantik, kerusi ini menjamin kalis air daripada meresap ke dalam span. Anda boleh melihat sendiri pada: http://www.lazada.com.my/mf-design-dami-bench-stool-chair-sofa-redampblack-28044511.html

Kesemua perabot yang dinyatakan adalah dibawah harga RM100. Berbaloi kan?? Jadinya, anda tidak perlu berbelanja lebih, cukup dengan bajet anda sahaja. Sempena bulan puasa dan raya nanti, LAZADA juga sedang menjalankan promosi  Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang berlangsung dari 19 Mei- 30 Jun (anda boleh dapatkan diskaun istimewa sehingga 90%)Ada banyak lagi perabot yang berkualiti dengan harga yang berbaloi di LAZADA. Anda hanya perlu mengambil sedikit masa dan teliti barang-barang yang dibeli serta bandingkan dengan harga yang lain.

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.