Cerita Balik Kampung Raya

ASSALAMUALAIKUM...
Ya Allah… apa dah jadi dengan blog aku ni? Dah hampir sebulan tak update. Husein pun tak tahu apa yang Husein buat selama ni sampai blog ni pun ditinggalkan berhabuk takde cerita. Nasib la time raya ni tetiba rajin siket nak cerita kat korang pasal persiapan raya Husein tahun ni.

Sebelum tu, Husein nak ucapkan SALAM AIDILFITRI, Mohon Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog ni. Maafkan segala salah dan silap andai sepanjang penulisan Husein di blog ni atau di laman sosial Husein yang lain, mengguris hati dan perasaan korang semua.

Where do you celebrate Raya this year?
Bulan Syawal ni mesti semua nampak gembira je kan. Maklum la… semua dapat beraya dengan family atau balik kampung. Korang beraya kat mana tahun ni? Bagi Husein, memang secara lazimnya akan beraya di Terengganu, #teamrayaganu . Sebab kampung ayah dan emak Husein dua-dua kat sana. Sedara-mara pun ramai kat sini. Bila semua balik kampung, habis meriah hiruk-pikuk satu rumah.

List down your "balik kampung" essentials.
1. Baju Raya
Memandangkan travel plan untuk fly pun dah dekat, so persiapan raya kali ni ala kadar je. Baju raya pun sehelai je tahun ni. Baju raya ni la yang Husein bawak balik kampung. Husein beli kat Rantau Panjang, Kelantan jer.

2. Buah tangan
Kalau balik kampung takkan takde buah tangan untuk family kan!
Semestinya ada. Selalunya Husein akan bagi kuih raya atau baju raya untuk adik-beradik dan mak ayah sebagai buah tangan. Nasib la benda-benda tu semua boleh dapat murah kat sini. Cuma kena pandai cari siket je. Kalau beli dari bisness kawan-kawan punye lagi la jimat, sambil support bisness diorang kan.

What would you like to buy on Lazada’s platform to bring along for "balik kampung"?
Antara barang yang Husein teringin sangat nak bawak balik kampung adalah:

1. Karrimor Backpacker Bag 


Dah lama Husein mengidam nak beli beg ni. Kalau ada beg ni, boleh la Husein isi banyak baju dan barang-barang lain untuk balik kampung. Dengan kapasiti sebanyak 30L, memang takde hal la nak letak barang banyak mana sekalipun dalam ni. Lagipun, jenama Karrimor ni memang dipercayai oleh kebanyakkan backpacker kat luar sana. 

2. iPhone 6s
Smartphone lama Husein dah lama merajuk. Antara sebabnya adalah memori dalaman yang hanya 16gb je… mana la cukup untuk Husein yang kaki foto ni. Alangkah beruntungnya Husein kalau dapat iPhone macam ni. Kalau tak dapat yang ni, dapat iPhone 7 pun dah cukup. Boleh la nak ambik gambar banyak-banyak sampai lebam.

Untuk pengetahuan korang, Lazada ada buat sale sempena raya ni iaitu Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya) sehingga esok iaitu 30 Jun 2017. Cepat shopping kat Lazada sebab diskaun yang ditawarkan adalah sehingga 90%. Mak oii… Lazada ni tak rugi ke jual barang sampai boleh bagi diskaun tinggi macam tu… lagi rugi untuk korang yang tak shopping cepat-cepat sempena sale ni. 

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

6 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.