Kehangatan Konsert Lagenda Bersama Amy Search & Rakan-rakan

24 Disember 2016 yang lepas telah berlangsungnya DCODE KONSERT LAGENDA bersama Amy Search dan rakan-rakan di Hotel Rennaisance, Kota Bharu, Kelantan. Excited dan tak sabar punye pasal, Husein sanggup datang dari Terengganu (sebab ada kerja siket) dan terus datang sini sebab nak tengok Amy Search nyanyi live depan mata wehhh..

Sampai je kat sana, dah nampak kemeriahan konsert yang akan berlangsung dari luar hotel. Tempat parking pun susah nak dapat dan penuh. Nasib datang dengan moto je… senang nak cari parking. Masuk je dalam hotel, dah nampak peminat-peminat rock 90-an membanjiri segenap penjuru hotel. Macam-macam style pakaian dan rambut boleh tengok. Rambut macam AlleyCats pun ada. Alaa.. nama pun peminat rock 90-an kan. Tak kan nak pakai baju jubah pulak pergi konsert rock.

Konsert berlangsung dari jam 7.00 malam hingga 11.00 malam di tingkat enam, Hotel Rennaisance yang dibawakan khas oleh DCODE. Sampai je kat sana, dah dengar muzik rock dimainkan yang dinyanyikan oleh kumpulan Monoloque. Maka bermonolog lah dia dengan peminat-peminat dia. Husein ingatkan Amy Search dah start buat konsert dah tadi.

Lepas beberapa minit duk tunggu sambil round-round sekitar tempat konsert, terdengar sorakan yang gemuruh dari penonton. Rupanya Amy Search dah keluar munculkan diri. Patot la masing-masing terpekik terjerit macam nak keluar anak tekak.

“Pewwiiiitttt” tu la antara tagline Amy Search yang boleh Husein dengar pada malam konsert tu.
Selfie kejap dengan lagenda rock tanah air, Amy Search.

Memandangkan Husein bukannya hafal semua lagu Amy Search, masa mula-mula start konsert.. jiwa Husein agak standard sebab Amy Search menyanyikan dua buah lagu yang Husein sendiri tak tahu lirik dia, apetah lagi tajuk lagu tu. Then, Amy Search mainkan lagu Rozana. Time tu excited siket sebab ingat jugak la lirik tu. Orang sebelah Husein ni dari tadi dah nyanyi memekak pulak dengar. Kite nak dengar Amy Search yang nyanyi, dia pulak yang lebih-lebih. Well, macam tu la keadaan bila ada kat konsert. Sebab semua terlebih excited kan.

Then Amy Search mainkan lagu Isabella. Wahh.. lagu favourite Husein dalam banyak-banyak lagu dia ni. Teruja tahap dewa dah ni bila dapat dengar suara rock Amy Search. Dari dulu sampai sekarang, memang tak berubah langsung. Masih mantap walaupun dah berumur.

Tak lama lagi, DCODE Konsert Lagenda ini akan diadakan di Alor Setar, Kedah pula. Sabar ye orang Kedah. Dah tak lama lagi dah.

2 ulasan:

  1. percuma tu yang syok tu kan..pewwiittttt

    BalasPadam
  2. HUyyohhh peminat tegar search ni.. Tp bestla kan dpt tgk live..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.