Merdeka Day Special: Jalur Gemilang+Hijau+Hitam

ASSALAMUALAIKUM...

Bulan Ogos merupakan bulan yang tidak asing lagi buat negara kita apabila negara kita akan meraikan Hari Kemerdekaan setiap tahun iaitu pada tanggal 31 Ogos. Pada tahun-tahun yang sebelumnya, bermacam-macam program diadakan bagi meraikan hari yang bermakna ini. Pada tahun ini Husein difahamkan ada banyak acara dan program yang disusun oleh pelbagai pihak bagi memeriahkan hari kemerdekaan terutamanya bagi anda yang tinggal di sekitar ibu negara dan Selangor.

Kebetulan syeikh yang terkenal di Amerika Syarikat, Syeikh Hamzah akan membuat lawatan di Malaysia dan akan menghadiri beberapa program di sekitar Putrajaya pada akhir bulan Ogos dan berakhir pada awal bulan September. Husein terasa amat rugi bila tak berkesempatan untuk pergi ke program-program yang dibuat oleh Syeikh Hamzah memandangkan beliau merupakan antara individu yang Husein segani.

Bagi korang yang berkesempatan, ambil la masa yang terluang untuk menghadiri program beliau. Tak rugi punyer...

Biarpun banyak acara dan program bakal diadakan nanti, namun Husein merasakan bahawa kehangatan hari kemerdekaan tidak lah semeriah pada tahun-tahun yang lalu. Di negeri Husein, tak banyak kenderaan yang kibarkan bendera Malaysia. Bila difikirkan sejenak kenapa berlaku begitu, Husein dapat simpulkan beberapa faktor iaitu;

    1) Isu MH17
Pada bulan Ramadhan yang lalu, negara kita dikejutkan dengan terhempasnya kapal terbang milik MAS, MH17 yang terjatuh di sempadan Rusia-Ukraine. Oleh kerana itu, kesemua penumpang dan anak kapal yang terlibat maut. Dan beberapa hari yang lalu, negara kita telah diisytiharkan berkabung ekoran menerima beberapa mayat dan abu mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.

Husein fikir, oleh sebab itulah kehangatan hari kemerdekaan menjadi hambar ekoran rasa sayu dan sedih kita kepada ahli keluarga dan waris mangsa yang terlibat dalam nahas MH17 tersebut masih lagi terasa. Husein ucapkan ucapan takziah buat semua ahli keluarga dan waris mangsa MH17.

    2) Isu Palestin
Isu kemanusiaan di Palestin menjadi hangat sejak sebelum puasa yang lalu sehinggalah genjatan senjata telah dipersetujui oleh Israel beberapa hari yang lalu. Sememangnya isu Palestin menjadi isu sensitif buat rakyat kita. Sebab tu lah Husein namakan tajuk post kali ni dengan ''Jalur Gemilang tambah Hijau tambah Hitam''. Oleh kerana bendera kita tiada warna hijau dan hitam, dan bendera Palestin mempunyai dua warna tersebut, maka Husein gabungkan kedua-dua bendera tersebut tanda kebersamaan kita dengan rakyat Palestin.

Itu sahaja kesimpulan yang boleh Husein buat. Diharap semoga kita semua dapat menghargai nikmat kemerdekaan yang kita kecapi selama ni. SELAMAT HARI MERDEKA yang ke-57 buat semua pembaca blog Husein.
Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-D

8 ulasan:

  1. salam. dekat Sabah..macam sunyi ja sambutan kali ni tapi tak tau la pulak malam 31 ogos nanti macam mana sambutan..meriah atau tak..

    untung la yg tinggal Ibu Negara & Selangor..banyak program diadakan..kalau saja dekat nak jugak sy datang hoho

    BalasPadam
  2. yeahhhh Selamat hari kemerdekaan... dan hapi untuk kegemilangan untuk rakyat GAZA

    BalasPadam
  3. x sabar nak smbut merdeka!!haahahaa..

    BalasPadam
  4. Tahun tragedi ini dijadikan iktibar untuk semua rakyat Malaysia.Bersatu padu dalam masyarakat..

    BalasPadam
  5. Tahun yang mana rakyat Malaysia perlu fikir sedalamnya erti kemerdekaan

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.