Ramadhan & Piala Dunia

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah... pada tahun ini kita masih lagi sempat bertemu dengan bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Hari ini dah masuk hari ketiga kita berpuasa dan tinggal 27 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Husein rasa, masih tak lewat lagi kalau Husein nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan semoga semua ibadah kita di bulan ini diterima dan diberkati oleh Allah. Moga-moga kita tergolong di kalangan orang-orang yang bertaqwa.

Husein juga bersyukur sangat dapat merasai Ramadhan di tanah air pada tahun ini sebab tahun lepas Husein berpuasa di negara orang. Ramadhan adalah bulan tarbiyah. Tanpa tarbiyah nescaya akan rebah. Bulan Ramadhan mengajar kita untuk lebih menggandakan ibadah, mendekatkan diri kepada Allah, lebih bersabar, dan lebih menghargai apa yang Allah kurniakan kepada kita.
Tapi bulan Ramadhan tahun ni jugak dikaitkan dengan demam Piala Dunia yang berlangsung di Brazil. Husein tahu yang hampir seluruh penduduk dunia suka kan bola sepak tak kira lelaki atau perempuan. Pada tahun ini, hampir kesemua perlawanan game berlangsung pada lewat malam..... paling awal pun pukul 12 tengah malam sampai la matahari muncul.

Bagi umat Islam yang betul-betul beriman, puasa bukanlah penghalang untuk lebih maju dan bekerja keras. Bahkan puasa lah yang menjadi kayu ukur sekuat mana kekuatan kita dan sejauh mana kita boleh pergi jauh. Peristiwa terbesar di bulan Ramadhan yang berlaku di zaman Nabi iaitu peristiwa Perang Badar menjadi pengajaran buat kita. Pada masa itu, umat Islam bukan sahaja diuji untuk menentang musuh yang bilangannya yang besar, malah diuji dengan fatrah puasa. Tetapi Allah S.W.T memberi kemenangan yang bersejarah buat umat Islam ketika itu meskipun mempunyai bilangan tentera seramai 313 orang yang berdepan dengan musuh yang berlipat kali ganda.
Ramadhan tahun ini menguji pemain profesional bola sepak untuk lebih berjaya. Samada di dalam negara atau di luar negara. Di luar negara pula, Piala Dunia menjadi impian mereka. Namun, ibadah wajib juga tidak dilupa. Namun, ada diantara segelintir penduduk dunia menjadikan pemain bola sepak sebagai idola mereka terutamanya pemain yang beragama Islam. Bahkan ada yang sanggup membuat latihan yang kerap hanya semata-mata untuk beraksi seperti idola mereka. Ini menunjukkan bahawa mereka mungkin juga sanggup untuk mengikut apa sahaja yang idola mereka lakukan, hatta dalam perbuatan maksiat sekali pun.

Bagi pemain bola sepak yang beragama Islam yang tidak berpuasa, impak mereka sangat besar untuk penyokong mereka yang beragama Islam. Mungkin penyokong mereka yang jahil dalam bab agama akan turut ikut sama untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ini sekalipun ibadah puasa ini wajib dilakukan. Jika umat Islam zaman dulu mampu berperang dalam keadaan puasa, takkan zaman sekarang berlari di tengah padang pun tak mampu.

Satu lagi situasi Ramadhan kita pada tahun ini adalah sanggup bangun malam semata-mata untuk tengok bola. Bagi Husein, ini adalah satu tiket untuk mereka menggandakan ibadah dan lebih rajin untuk bangun tahajjud walaupun mungkin ada sedikit mengganggu ibadah kita ketika bangun malam. Tapi tak salahkan kalau bangun beribadah dahulu barulah tengok bola. Kalau tak sempat pun, mungkin time half-time tu boleh ambil masa sikit untuk solat dua rakaat dan meminta doa kepada Allah. Takkan la tak tahu yang doa di sepertiga malam adalah waktu yang mustajab doanya.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.
Tulus ikhlas dari HuseinRider.blogspot.com

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

9 ulasan:

  1. Bestkan bila dapat puasa kat tanah air sendiri. Cuma tak best sebab bahana fifa world cup. Ramai yang tak tido malam, sampai time sahur pun terlepas. Selamat berpuasa & Salam Ramadhan Al Mubarak. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau terlepas sahur takpe, jangan tak puasa terus sudah.

      Padam
  2. Selamat berpuasa, sokong team mana husein?

    BalasPadam
  3. Salam ramadhan, bro :)


    **SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
    http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html

    BalasPadam
  4. Nice sharing bro, tetibe teringat Ozil yg x pose haha

    Jom berombak di Buffet Ramadhan Casa Ombak (^___^)


    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. selamat berpuasa too~ seriously, even FIFA tengah berlangsung! family kitorang tak tengok pun bola~ hehe... #gambate... puasa penuh tau~~

    BalasPadam
  7. salam ramadhan almubarak... InshaAllah sama2 kita tingktkan ibdah dan ke arah lbh baik.. bola ttp bola.. bolh je nak lyn...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.