Mat Du si Landak Comel

ASSALAMU'ALAIKUM...

Kalau hidup sorang-sorang mesti bosan kan? Tak de tempat nak sembang... nak gurau senda.. nak gaduh-gaduh.. nak luah perasaan. Bila seseorang nak temankan kita, baru la sedap siket hidup kan?? Alaa.. macam nak pergi jalan-jalan.. Korang rasa seronok ke jalan sorang-sorang?? Of course la rasa sunyi kan. Nak-nak bila jalan jauh. Kalau naik kereta sorang-sorang, ibarat macam naik dengan hantu la jawabnya. hahaha...

Teringat pulak kata-kata sang murabbi Husein: ''Afdhalnya bila nak jalan-jalan, mesti lebih daripada tiga orang. Kalau kurang dari tu, maka ada orang ketiga yang mengacau(syaitan).''

Buat masa sekarang ni, Husein ada teman baru yang cute mute gitu. haha.. Dah lama dah Husein geram sangat dengan dia ni sampai rasa nak penyet-penyet je dia ni. Pulak tu... sangatlah susah nak cari dia ni kat Malaysia. Kiranya macam limited edition la ni.haha.. Adanya si dia bertambah ceria hidupku. Kalau korang nak tahu... dia lah Mat Du, si landak kecik.
Ade sesetangah tu panggil landak mini. Dalam bahasa Inggeris pulak tak silap Husein dipanggil The Hedgehog. Maaf, Husein bukan pandai sangat bab-bab istilah sains ni... kalau salah perbetulkan ye.

Mesti korang pelik kan... kenapa mesti panggil Mat Du? Macam nama mamat yang lepak kedai kopi je.hehe.. Actually, Mat Du ni bukanlah haiwan peliharaan Husein tapi kawan Husein yang bela. Tapi buat masa sekarang ni tuan dia ada kat Malaysia, so Husein dengan sukarela dan bangganya menawarkan diri untuk membela si cute ni. So, bila dah sedar yang tuan dia dah balik Malaysia, Husein tak ingat la pulak nak tanya kenapa diberi nama Mat Du. Emmmm.... mungkin sebab si cute ni suka makan madu yang ada jual kat pasar malam kot. haha...
Si cute ni dah la cute, kecik pulak tu. Ibarat macam korang tadah tangan air hujan, lebih kurang camtu la besar dia. Teringat masa Husein mula-mula tengok si cute ni, ''Eh, ni tikus ke landak ni?''. Nak kata tikus, ada duri pulak. Nak kata landak, tak pernah la pulak Husein tengok landak sebesar ni. Bila tengok punye tengok, rupenya si cute ni landak rupenye. Sumpah sebelum ni Husein ingat landak semuanya besar-besar. Sebab tu tak pernah tefikir nak bela landak. Tapi bila dah tengok depan mata, .....''Ya Allah.... comey nye''

Mula-mula nak pegang tu takot jugak. Ye laa... korang tengok la... satu badan penuh dengan duri. Silap haribulan tercocok duri dia kat tangan Husein ni. Tapi bila dah biasa main gosok-gosok kat badan dia ni, rasa cam takde pape. Tapi kena berhati-hati jugak sebab setakat ni tak pernah pun lagi sentuh tangan dia tu. Nampak macam kuku dia panjang sangat.


Ade ciri-ciri lelaki romantik tak?? wekk.. :-p

Bab makan pulak, si Mat Du ni tak lah memilih sangat. Biasanya Husein bagi makan makanan yang dah special untuk dia yang ada jual kat kedai haiwan. Tapi si Mat Du ni ade jugak makan makanan lain macam roti dan biskut kering. Emmm... bila bab-bab makanan ni kena la kadang-kadang tukar menu takot si Mat Du dah bosan makan makanan yang sama je.

Ade satu perkara yang buatkan Husein suka kat Mat Du ni. Bila Husein buat Mat Du terkejut, dia akan cepat tersentap. Tapi bukan sebarangan sentap tau. Sentap sampai bergerak semua badan-badan. Bila dia baring pulak, dia akan sentap sampai jadi bulat. Kalau nak tengok lebih lanjut lagi, korang boleh tengok video ni. Cute je nampak...
* I wonder, kalau lah dia ada superpower yang boleh serang guna duri dia, boleh terbunuh aku jawabnya.hahaha....

Terima kasih kerana membaca. Komen siket...

4 ulasan:

  1. alolo comelnye hedgedog tu... sebenarnya semua haiwan comel !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. termasuklah dinasour.. kiki

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.