Bila Dah Lama Tak Jumpa Keropok

ASSALAMU'ALAIKUM...

Keropok?? Uuuuuuuuuuuiiisshh.. (sila baca dengan nada mengidam).

Sejak tak balik dari Malaysia ni, macam-macam Husein fikir tentang Malaysia..... Ade la sekali sekala fikir. Bukan selalu la. Alaa.... biasa la,.. hidup kat negara orang kan. Fikir tentang mak ayah, adik-beradik, kawan-kawan sekolah, anak sedara yang comel lagi cute, makanan....... Eh ?? Makanan ??

Haaa.... sebut pasal makanan kat Malaysia, ada satu makanan yang memang Husein rindu tahap dewa keramat. Kalau Husein sebut ni, memang korang pun rasa terliur jugak la. Maklum la, orang jati negeri Terengganu..... macam dah jadi makanan asasi untuk orang Terengganu iaitu la KEROPOK LEKOR.

Kebetulan ade sorang kawan Husein ni baru sampai kat sini dari Malaysia.... pastu tak sangka la pulak dia bawak keropok lekor. Rase pun macam fresh lagi tau. Dah tengok rezeki dapan mata, terus goreng dengan hati yang tak sabar nak melahap keropok tu. (Ape? Korang ingat aku tak reti goreng keropok ke?hehe...). Tiba-tiba tengok keropok tu macam tengok pizza yang paling sedap kat dunia pulak. Emmmmm.... nyam nyam..
Siap je babak menggoreng, tiba lah masanya untuk babak melahap keropok lekor idaman hati ini. hahaha... (sila baca dengan nada orang sombong). Tapi Husein bukan makan sorang-sorang je.. Husein kongsi dengan roomate. Bila kita kongsi nikmat Allah dengan orang lain, InsyaAllah lebih berkat rezeki kita. Tapi time Husein makan tu takde sos pulak nak cicah. Adoiiyya... So, agak kurang sedap siket bila takde sosnya tapi Husein syukur... sekurang-kurangnya Husein boleh makan keropok lekor yang dah lama Husein mengidam.

Teringat pulak kalam sang murabbi Husein, Ustaz Ahmad Fahmi Che Nordin:
''Orang ganu kalu tak bawak mari keropok, tak payah jadi orang ganu la''

Haha... Sorry la kalu entri ni buat korang terliur pulak. Tapi memang nak suruh korang terliur pun sebab Husein sendiri pun terliur. Huhu..

Terima kasih kerana membaca. Komen siket...

7 ulasan:

  1. alah..org yg duk kt malaysia nih pon kalau g terengganu mesti beli keropok lekor nih..nih kan pulak anak jati terengganu yg duk luar negara..memanglah mengidam abes..hehe

    BalasPadam
  2. Tengok keropok tu, terliur pula. Macam nak makan malam terus. hehe

    BalasPadam
  3. Tgk kerepok lekor meleleh siot air liur aku..hahaha lagi2x cicah sambal.

    BalasPadam
  4. fine! nak pegi beli jugaq kopok leko balik keje ni kang, hehehe!

    BalasPadam
  5. mesti rindu gila nak kg losong. meh nak pos kepok dengan telo penyu

    recent post : Blogger Jangan Benci Blogger

    BalasPadam
  6. bila tinggal jauh dari malaysia memang akan terasa nak makan macam2.even keropok super ring pun nampak sedap.akak dah rasa pengalaman jadi perantau dulu

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.