Nasi Hadra Maut (Nasi Arab) Original

ASSALAMU'ALAIKUM...

Oh no... blog ni dah bersawang agak lama. Internet dah ade.. tapi kadang-kadang idea untuk update blog kosong. Kadang-kadang tu idea dah ade..tapi macam tak penting je nak share dengan korang. Haaiissshhhh....banyak betol masalah. Nak update blog pun dah pening. Hmmmmm......

Alhamdulillah, hari ni dapat idea nak updated blog. Kebetulan baru-baru ni Husein nak release tension study mengadap kitab je, mata dah jadi macam mata bukuan dah.. selama ni mata duitan.kikiki.... So Husein buat keputusan nak release tension dengan menzalimi diriku ini dengan menambah berat badan yang agak lama tak naik ni dengan makan makanan Middle East dengan sepuas nafsu makan yang boleh. hahaha....

Makanan yang Husein makan kali ni adalah yang paling favourite di kalangan golongan Malaysian yang menetap di Egypt ni iaitu NASI HADRA MAUT. Sebut baik-baik ye,... HADRA MAUT. Sekali lagi, HADRA MAUT.

Woiii, engko nak mati ke makan nasi tu?? Kenapa pulak?? Habis tu, yang maut-maut tu ape hal??
Bukan camtu la korang... Yang sebenarnya nasi ni adalah nasi arab Mesir yang hanya dibuat di restoran yang bernama Hadra Maut. Jangan tanya Husein kenapa dinamakan restoran tu dengan nama Hadra Maut. Nanti Husein sekeh kepala kang. Korang ingat restoran tu Husein punye ke..... So, Husein pun tak tahu kenapa dinamakan Restoran Hadra Maut. Tapi makanan kat sini memang superbbb terbaik dan amat berbaloi.

Ape yang specialnya tentang Nasi Hadra Maut ni adalah, beras yang digunakan adalah lebih besar berbanding beras yang biasa kita guna.
See ??? Nasi yang biasa kita makan adalah lebih kecik dari tu... tapi yang ni... kalau makan satu pinggan ni... memang jadi macam ulor sawa kekenyangan la jadinya. Jangan tanya kenapa nasi tu jadi warna kuning camtu sebab Husein tak tahu. Kerja Husein adalah melahap makanan ni dengan serakusnya. Hahaha....
Ni pulak ayam yang dibakar dengan special. Husein tak tahu dia bakar ayam ni camne sampai bila Husein makan kulit ayam ni, terasa lembut.... Selama ni memang terasa agak loya siket bila makan kulit ayam aje tapi yang ni... makan camtu je pun dah sedap... nyumm..nyumm..
Yang ni pulak adalah lada atau pun biasa orang kita sebut sambal.Tapi sambal orang arab punye tak sedap sebab diorang tak suka pedas. So sambal ni tak pedas mane berbanding sambal orang kite buat. Kalau korang tak suka pedas, hidangan ni sangat sesuai untuk korang.

Kalau korang singgah di Mesir, menu ni menjadi wajib untuk korang melahap dengan sepuasnya. Gerenti tak menyesal punyer... Eeeeerrrrrrkkkkkk.. opss, tak pasal-pasal sendawa dalam blog ni. Padam muka korang sebab terpaksa layan entri yang meleleh air liur ni. hehehe...

**Mood baru je habis exam. Doakan Husein lulus semua madah (subjek). Lepas ni cuti panjang pulak.. baru la ade mase siket nak berblog.

Jom pakat join Contest Blogger Tanah Arab by AsyrofAsriStudio.com. Ade banyak hadiah menarik khas dari Tanah Arab menanti anda.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket.....

9 ulasan:

  1. Pheww , sedapnyaa ! Terliur dah ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap.. rase nak tambah satu pinggan lagi .

      Padam
  2. mak aih terliur malam2 ni pulak, sedap uh esok kena tibai nasi iran lah kalau mcm ni

    BalasPadam
  3. penah mkn di hadramawt restaurant.. mkanan dlm spinggan 2 pnyela byknye .. x sangka 0rg timur tgh mkn byk mcm 2.. penat nak habiskan .. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. diorang makan byk. Sebb tu perut besar2 sorang2.. hahaha

      Padam
  4. baru makan semalam. prefer nasi yang campur warna merah sikit tu. pehhh memang sedappppppppppp! murah pulak! okay over kejap. HAHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. waahhhh... yg mesti lagi sedap kan?? nyumm.. lepas ni boleh belanja kite. :-)

      Padam
  5. perhhh..tetiber rasa lapar nai arab plak tyme mcm gini..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.