Saya Nak Jadi Macam David Beckham

ASSALAMU'ALAIKUM...

Aku sebagai yang minat dalam sukan bola sepak tak terlepas dari ambik cakna pasal bola sepak seluruh dunia. Engko boleh main bola sepak tak Husein?? Of course la boleh main. Teringat masa zaman mula-mula berjinak dalam permainan bola sepak ni pulak. Buat pengetahuan korang, masa zaman kecik dulu-dulu, Husein tak suka main bola sepak ni sebab sukan yang Husein minat waktu zaman budak-budak dulu adalah badminton. So, agak benci siket bila kena main bola sebab kena lari sana-sini. Very very tired.

Dahh... full stop. Tak nak cerita dah pasal Husein. Husein nak cerita pasal pahit manis bola sepak pada tahun ni, 2013.

Actually, Husein agak terkejut dan tak tahu nak kata ape bila dengar ada dua tiga pemain yang hebat suatu ketika dahulu yang Husein respect yang akan bersara pada tahun ni. Antaranya ialah Sir Alex Ferguson, Paul Scholes, Ryan Giggs, Michael Owen, Carragher dan ramai lagi. Tak ketinggalan juga... David Beckham.

Waktu zaman Husein kecik-kecik dulu, antara pemain yang Husein kagum adalah beliau, iaitu Beckham. Dan Husein yakin yang satu dunia kenal dia. Dan paling Husein tak boleh lupa jugak adalah free kick dia. Memang awesome dan terbaik dari ladang. hahaha.. Ibarat omputeh kata, ''You need a free kick?? Just call me, then i will do the rest.'' Senang cerita, korang pergi buka You Tube dan search free kick dia. Konfem korang akan kagum dan tabik spring dengan kehebatan dia.

Tiba-tiba terjumpa ayat kat bawah ni dalam facebook:-

''David Beckham berusia 38 tahun pada tahun 2013 ini dan sudah menyatakan persaraannya daripada karier bolasepak. Semasa saya mula mengenali bintang ini di dalam media, beliau bermain untuk MU dan ketika itulah saya mula meminati MU (sejak dia keluar dari MU, dah lama saya tak ikuti MU, hehe).. Dari zaman muda, sampailah ke zaman hendak bersara, masa bergerak ke depan, tidak berundur ke belakang.. Usia juga semakin meningkat, bukannya semakin menjadi muda kita ini..

Bila melihat Beckham sudah mahu bersara dan sudahpun bersara, terfikir di hati saya bahawa dulu kita juga remaja, meningkat dewasa dan kini semakin dewasa.. Perasan tak yang kita akan menghampiri hari yang semakin tua.. Saya sendiri akan bersara lagi 24 tahun sekiranya saya bekerja dengan sektor kerajaan.. Jadi motivator tak mengapa, sampai tua pun boleh..

Apa persediaan kita untuk menghadapi masa depan? Kita ada tak terfikir mengenai hari tua kita?''
Lebih kurang macam tu la apa yang nak Husein katakan sebenarnya... tapi bila dah ada orang yang kata macam tu kat facebook... apa yang perlu dibuat?? Minum Kopi dan makan Pasta. haha.. Copy Paste je la.
''I'm thankful to PSG for giving me the opportunity to continue but I feel now is the right time to finish my career, playing at the highest level.'' Dipetik dari FB David Beckham.

I wonder, when the Malaysian football will be like him one day?? Or it wil become just a dream?? Hmmm.......Come on Malaysia. Even when I support foreign club, I also never forget my national club.

# Kalau lah ada pemain yang tutup aurat, hensem, dan pandai main macam Beckham.. mungkin Husein akan lebih RESPECT lagi.hehehe...

Korang dah join Blogger Contest Tanah Arab by AsyrofAsriStudio.com ?? Cepat-cepat join. Klik disini

Terima kasih kerana membaca. Komen siket...

2 ulasan:

  1. Yang paling tabik ialah pemain Bola yang Hensem + Kacak + Sasa + Macho + Kiut TAPI tutup aurat & jaga akhlak.

    Konfem ustazah-ustazah nak sangat. hahaha ..

    BalasPadam
  2. sape die nih?? hahaha.. k ain langsung tak minat bola..tapi nasib baik kenal david bekam.. haha

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.