Traveler Photo Contest 2012

Assalamualaikum...
Apa khabar semua.. hari ni Husein nak kongsi maklumat yang menarik kat korang especially bagi korang yang gemar bergambar tak kiralah gambar macam mana pun.

Firstly mesti korang kenal dengan National Geographic kan??? Mana tak kenalnya.. satu dunia kenal dengan syarikat yang selalu buat kajian dan eksperimen tentang apa sahaja di bumi ni. Dan kelmarin(5 May 2012), National Geographic buat satu kenyataan di laman webnya berkaitan dengan bulan. Bagi korang yang suka ambik gambar bulan,... kelmarinlah masa yang sesuai kerana bulan kelihatan begitu hampir dengan bumi sehinggakan nampak begitu besar. Lihat disini

Tapi kali ni, Husein bukan nak cerita pasal tu. ''Travel Photo Contest'' adalah salah satu acara tahunan National Geographic bagi menghargai para traveller mengembara ke destinasi mereka. Pada tahun lepas, hampir 13,000 gambar dari seluruh pelusuk dunia telah dihantar dalam contest ni. Gambar-gambar tu terdiri daripada gambar tempat, gambar binatang buas, gambar manusia, dan lain-lain lagi. Hadiah-hadiahnya pun menarik giler. Kalau dapat kat Husein kan sedap..... Boleh dapat hadir seminar photografer, expedisi dan banyak lagi la. Kalau korang nak masuk, tarikh tutupnya lambat lagi iaitu pada 11 Julai 2012. So, pakat join la ramai-ramai kalau korang yakin korang akan menang. For more information, click here.

And these are the winner for last year. Enjoy it.. :-)

Untuk lihat lebih banyak gambar, klik disini.
** Maaf, contest ni bukan Husein yang buat tau. Jangan salah faham plak..... Peace..

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.