First Time Sentuh Bola Bowling !!!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Firstly, Husein agak 'terkemudian' (atau dalam bahasa T'ganu nya, 'Darat Pok Cang') disitu kerana baru pertama kali main bowling sepanjang hidup Husein yang dah 21 years old. Well, Husein bukanlah orang bandar..... always stay in peace in my peaceful village at Terengganu.
Semalam,.. at Cairo International Bowling Centre, adalah pengalaman pertama Husein main bowling bersama rakan-rakan usrah yang lain.(Dont know what is Usrah?? Click here). Tak sangka... pengalaman pertama kali main bowling adalah di oversea dan di tempat yang besar plak tu. Kalau kat Malaysia, Husein memang tak pernah pergi main bowling coz kat tempat Husein tinggal tak de bowling centre. Lagi pon sukan bowling bukanlah sukan yang Husein minati....Tak pernah ambik cakna pun dengan sukan bowling ni. (My favourite sport is Football, Badminton and sometimes Basketball).
Bila pertama kali angkat bola bowling.... fuhhhh.. boleh tahan berat. Not bad. Memang lain dengan bola yang lain.(Memang lain pon). Rasa macam angkat buah kelapa pulak..hahaha.....Lepas beberapa kali try baling bola bowling,... maka berlakulah kejadian yang tidak 'diingini' yang memalukan. Orang lain baling bola bergolek ke depan,.. tapi tak tahulah kenapa bila ada time tu Husein baling bola bergolek ke belakang pulak. Aduhh.. malu btol. Bergegar satu dewan dengan hentakan bola Husein. Nampak sangat tak reti main bowling. Ye la... that is NOT my favourite sport. Habis geng-geng yang lain ketawa. :-).... malu wehh.
Tapi yang paling tak sangka, boleh pulak Husein strike sekali dalam game tu. Not bad la... orang baru belajar bro. Dan another thing is, Husein dapat markah yang tertinggi dalam team Husein iaitu 72. Yang lain down dari tu. Tapi hampir semua ahli-ahli team Husein adalah same macam Husein iaitu first time sentuh bola bowling. Tak pe.. lain kali main pulak. InsyaAllah...
Lepas semua penat lelah dan peluh dikeluarkan, tibalah masanya untuk kitorang menjamah selera masing-masing dengan masakan arab disini dan makanan yang Husein pilih kali ni adalah Spagetti Ahmar(Spagetti Merah) yang dicampur dengan daging ayam yang dibakar. Harga: LE 6= RM 3. Sekali makan memang kenyang.
Yang ni pulak adalah Nagresko(mee yang dicampur ayam dan cheese yang dibakar). Harga: LE 6=RM 3. Murah je.. dan memang sedap.
Mungkin entri ni adalah entri yang terakhir dari Husein sebelum Husein exam pada 26 May dan aktiviti main bowling ni adalah sebagai release tension dengan study week. (Kadang-kadang kena la relaks jugak kan). Harap korang semua mendoakan kejayaan Husein dalam menjawab exam nanti. Semoga Husein dapat jawab dengan lancar dan baik.
''Man jadda wa jada'' (Siapa yang berusaha dia akan berjaya). Bittaufiq wan najah(semoga berjaya). Aminn...
good luck eyh exam :D
BalasPadamok gak la first time pegang bola bowling.sis ni langsung tak penah pegang bola bowling..haha
BalasPadam