Rumah Ronald McDonald Kedua Akan Siap 2019

Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya yang berada di Pantai Timur, Rumah Ronald McDonald yang sudah sekian lama tidak dibina di Malaysia, akan siap dibina pada awal 2019. Ini menjadikan ia sebagai Rumah Ronald McDonald yang kedua selepas pembinaan pertamanya di PPUKM pada tahun 1999. Selepas 20 tahun, mereka kembali untuk wujudkan lebih banyak  Rumah Ronald McDonalds di Malaysia bagi membantu mereka yang amat memerlukan. terutamanya mereka yang golongan B40 dan menjaga anak yang sakit di HUSM.

Rumah ini dibina di kawasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan. projek Ronald McDonald House Charity yang ditandatangani memorandumnya pada Julai lalu telah dipersetujui dan mendapat sepakat bersama pihak Hospital USM Kubang Kerian. Kini sedang dalam permulaan kerja – kerja pembinaan rumah di tapak pembinaan yang terletak di dalam kawasan hospital. 


Pada awal Oktober 2018, telah berlangsungnya  Majlis Doa Selamat, Solat Hajat dan Bacaan Yasin sempena dengan pembinaan rumah McDonald ini. Majlis ini turut dihadiri oleh para pengarah dan timbalan pengarah HUSM, pengarah serta para pegawai daripada RMHC dan juga beberapa rakan media untuk sama-sama memohon keberkatan. Pada jam 10.00 pagi, Pengarah Kampus HUSM memulakan ucapan beliau sebelum solat hajat. Selesai ucapan tuan Pengarah Kampus HUSM, para jemputan muslimin mendirikan solat hajat yang diketuai oleh seorang ustaz.

Latar Belakang Rumah McDonald Kubang Kerian, Kelantan.
  • Rumah Ronald McDonald di Hospital USM merupakan Rumah Ronald McDonald yang kedua di Malaysia dan dijangka akan dibuka pada bulan Mac 2019.
  • Rumah ini merupakan kediaman berkelengkapan penuh yang menampilkan 18 buah bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik permainanan dan lain-lain kemudahan untuk penghuni.
  • Kewujudan rumah ini akan dapat membantu pesakit kanak-kanak dan keluarga dengan meringankan kos penginapan dan memudahkan mereka berurusan sewaktu menerima rawatan di Hospital USM.
  • Sehingga kini, RMHC telah berjaya mengumpul sebanyak RM 3.6 juta untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald – di mana jumlah ini diperoleh daripada sumbangan syarikat-syarikat korporat semenjak beberapa tahun yang lalu  dan orang ramai menerusi tabung derma di kaunter-kaunter restoran McDonald’s di seluruh negara.
  • RMHC masih memerlukan sejumlah RM 400,000 untuk menyempurnakan pembinaan Rumah ini.

Bagi anda yang masih ingin menyalurkan bantuan atau sumbangan untuk pembinaan rumah ini, boleh salurkan ke tabung merah McDonald yang terdapat di semua restorang Mcdonald di kaunter atau terus hulurkan sumbangan menerusi pindahan bank atau online ke akaun Maybank Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia: 5125-3014-1938. Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati di https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/

12 ulasan:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan gerak kerja Ronald McDonald’s Malaysia dan HUSM serta semua yang terlibat

    BalasPadam
  2. Semoga proses pembinaan rumah ronald berjalan lancar..aamiin..

    BalasPadam
  3. Bagus laa macam ni..mak murni pon kerja dekat HUSM..dia selalu ckp kat sana sesak dgn patient & pelawat dari dlm kelantan dan luar kelantan..dengan adanya rumah ronald ni memudahkan urusan pesakit dan keluarga nanti..Tahnish buat semua

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..dah tak lama dah ni. Tinggal lagi tak sampai sebulan

    BalasPadam
  5. semoga sukses terus gan buat usahanya

    BalasPadam
  6. Menarik sekali, perlu saya coba ini..
    kebetulan lagi cara tentang hal ini.

    BalasPadam
  7. ok mantap sob buat infonya dan salam kenal

    BalasPadam
  8. keren mas buat infonya dan salam sukses selalu

    BalasPadam
  9. makasih gan buat infonya dan semoga bermanfaat

    BalasPadam
  10. sengangat terus ngeblognya mazz..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.