Dekorasi Raya di Rumah Yang Sangat Penting
ASSALAMUALAIKUM...
Walaupun kebiasaannya orang perempuan yang mahir dalam mengubahsuai
rumah, tetapi orang perempuan juga memerlukan lelaki untuk menemani atau
mengangkat barang-barang yang dibeli atau yang sedia ada di rumah untuk
kerja-kerja pengubahsuaian. Malah, ada sesetengah lelaki yang lebih mahir
daripada perempuan dalam pengubahsuaian rumah.
Semestinya untuk persediaan menjelang hari lebaran nanti, setiap rumah
perlukan dekorasi yang cantik untuk menyambut tetamu yang datang tak putus-putus. Dekorasi yang cantik
sepertimana yang diidamkan selama ni merupakan impian setiap ahli rumah. Bukan
sahaja menyejukkan mata-mata tetamu yang datang, bahkan menyenangkan hati ahli
rumah apabila melihat dekorasi yang kemas, cantik dan bersih.
Cara Membuat Dekorasi Raya
- Kad Raya
Penggunaan kad raya bukan sahaja untuk menghantar ucapan kepada orang
lain, tetapi juga boleh dijadikan dekorasi raya untuk rumah anda. Hanya perlu
gantungkan kad raya tersebut di dinding atau pintu rumah anda mengikut kreativiti
masing-masing agar suasana raya yang dirasakan lebih meriah. Di dalam kad raya
tersebut juga, anda boleh menulis ucapan penghargaan kepada tetamu yang hadir
supaya setiap yang membacanya terasa amat dihargai. Dengan modal yang sedikit
seperti ini, rumah anda pastinya lebih terasa aura hari raya dan lebih cantik
lagi.
- Hiasan Lampu Raya di dalam/luar rumah
Jikalau anda rajin, hiasan lampu raya ini sebenarnya amat mudah untuk
dibuat seperti hanya menggunakan tin minuman atau buluh. Tetapi ianya akan
mengambil masa untuk disiapkan. Namun, di kedai-kedai atau pasaraya sudah pun
terjual. Pada kebiasaanya hiasan lampu raya ini akan diletakkan di luar rumah.
Selain hiasan lampu, kebanyakkan rakyat Malaysia memilih untuk memasang
tanglong untuk menyerikan lagi suasana hari raya.
Tips Dekorasi Hari Raya
- Sususan Perabot Yang Kemas
Perkara pertama sekali apabila tetamu datang ke rumah adalah melihat
keadaan dan susunan perabot. Oleh itu, perkara tersebut amatlah penting bagi
memastikan keselesaan dan kekemasan para tetamu yang datang. Cuba alihkan
mana-mana perabot yang kurang digunakan seperti kerusi budak-budak untuk
menjimatkan ruang. Selain itu, kebersihan perabot rumah juga perlu diambil
kira. Hapuskan debu-debu dan kotoran yang melekat serta mopkan lantai dengan
perkakas yang bersesuaian.
- Susun dan asingkan juadah raya
Pastikan anda susun juadah raya dengan rapi. Asingkan bekas kuih raya
dengan makanan lain seperti ikan bilis goreng,keropok keping, atau sayuran
supaya nampak lebih kemas dan tersusun. Jangan campur adukkan kuih raya bersama makanan ringan yang lain. Jika anda menjangkakan ramai yang
datang, pastikan senduk kuah/lauk-pauk disediakan lebih dari satu agar para
tetamu tidak perlu menunggu atau beratur. Jangan lupa asingkan tempat juadah
lelaki dan wanita supaya tidak bercampur ketika mengambil makanan.
Dekorasi Perabot Pilihan sempena Raya di LAZADA
Bagi anda yang sukakan perabot elegan dan kreatif, meja ini sangat
sesuai kerana mempunyai ciri-ciri perabot masa kini yang tidak mempunyai
corak/ukiran yang banyak tetapi kelihatan kemas dan cantik. Selain itu, meja ini
boleh dilipat jika anda ingin simpan atau dipusing kiri dan kanan mengikut
kreativiti anda. Anda boleh melihat sendiri pada: http://www.lazada.com.my/forever-3-in-1-swivel-coffee-table-whiteyellowgreen-31343786.html?spm=a2o4k.060302030100.0.0.kK4jgq&sc=Ee8B
Bagi anda yang mencari-cari kerusi tambahan, kerusi ini adalah sangat
berbaloi. Walaupun kelihatan ringkas tetapi berbaloi dengan harga. Dengan
rekaan daripada PVC yang cantik, kerusi ini menjamin kalis air daripada meresap
ke dalam span. Anda boleh melihat sendiri pada: http://www.lazada.com.my/mf-design-dami-bench-stool-chair-sofa-redampblack-28044511.html
Kesemua perabot yang dinyatakan adalah dibawah harga RM100. Berbaloi kan?? Jadinya, anda tidak perlu berbelanja lebih, cukup dengan bajet anda sahaja. Sempena bulan puasa dan raya nanti, LAZADA juga sedang menjalankan promosi Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang berlangsung dari 19 Mei- 30 Jun (anda boleh dapatkan diskaun istimewa sehingga 90%). Ada banyak lagi perabot yang berkualiti dengan harga yang berbaloi di LAZADA. Anda hanya perlu mengambil sedikit masa dan teliti barang-barang yang dibeli serta bandingkan dengan harga yang lain.
Gut luck husein.. :)
BalasPadamAhaaa nice lah.. tapi saya jarang dok deco deco camtu. Raya tak raya camtu jelah umah. Adoi. Haha
BalasPadamJemputsinggah blog saya.
Https://itsmirmira.blogspot.my