Trans Gunung CBL: Trip Mencabar Mental Tapi View Menakjubkan
ASSALAMUALAIKUM...
Gunung CBL adalah gunung kelima yang pernah Husein sampai. Kalau
sebelum ni dah sampai ke Gunung Sinai di Mesir, Gunung Stong, Gunung Tebu dan
Gunung Jerai.
Gunung CBL atau dikenali dengan Gunung Berembun merupakan gunung
kesukaan pencinta alam atau pendaki-pendaki Malaysia. CBL adalah singkatan daripada
Cemerong, Berembun, Langsir kerana ketiga-ketiga nama tersebut adalah check point
penting yang wajib korang lawati.
It's good to be back. Hello mountain.
Sebelum team Husein mendaki, kitorang tumpang tido di Masjid
Al-Mukhtafi Billah, Dungun. Bagi korang yang guna maps untuk ke sini, dinasihati
supaya tengok betul-betul maps tu… make sure menghala ke Dungun sebab ada satu
lagi masjid yang hampir sama namanya di Terengganu, tapi berlainan tempat.
Pernah terdengar pendaki lain yang sesat tak jumpa masjid ni sebab dia tak
pastikan betul-betul arah maps tu menghala ke Dungun.
Keesokkan paginya selepas sarapan, baru la kitorang start menuju ke
Hutan Lipor Cemerong, Dungun. Jarak antara masjid tu dan hutan lipor ni lebih
kurang setengah jam. Kat hutan lipor ni la kitorang start hiking lebih kurang
jam 10 pagi dengan dibantu oleh dua orang guide yang sporting habis iaitu Abg
Ejap dan Abg Lokman. Bila tengok beg yang diorang bawak besar gedabak tu,
tiba-tiba terasa… larat ke diorang nak sampai atas sana? Hahaha….Ternyata
andaian Husein tu salah sebab diorang jalan lebih cepat berdesup dari kitorang. Diorang
minum tongkat ali ke ni? Hahaha….
Team Spider Hiker, dari kiri: Hamzi, Husein, Fikri, Raziman, Kimiey, Baihaqi, Kero, Ain, Irfan, Alif Hazimi, Alif, Akif, Afiqi, Azim, Ley, Amir, Abg Lokman(guide)
Perjalanan hiking: Kaki gunung --> Air Terjun Cemerong --> Kem B --> Bukit Taubat --> Kem Y --> Sungai Bangan@ Balu --> Kem Langsir --> Jeram Lesung --> Sungai Bangan@Balu --> Puncak Gunung Berembun
Itu la perjalanan hiking kitorang. Sempat berhenti rehat kejap sambil
makan dan solat di kem B. Kat sini ada banyak ikan-ikan kecil yang mesra dengan
korang. Kalau rendam kaki seminit dua konfem ikan akan datang hinggap kat kaki
korang…terasa geli pun ada. Lepas tu team Husein ambil keputusan untuk teruskan
pendakian menuju check point last iaitu Kem Langsir. Kalau berkhemah di kem B
ni tak best sebab takde view atas gunung dan air terjun.
Dah macam-macam rintangan dan halangan yang kitorang terpaksa tempuhi.
Pacat tak usah cakap la… memang ada singgah kat kaki ni sekor. Part yang paling
susah nak lupa adalah tetiba hujan turun dengan lebat beserta petir yang
memecah langit. Time ni lebih kurang pukul enam lebih. Bila hujan turun dengan
lebat membuatkan team kitorang terpaksa berhenti kejap untuk masing-masing
pakai baju hujan dan betulkan apa yang patut.
Boleh pulak time ni petir berdentum berkali-kali…. Membuatkan kitorang
terasa macam petir tu ada dekat sebelah je. Berdebar weiii… memang kuat bunyi
dia. Dah la kitorang tengah duduk atas gunung… tempat yang tinggi. Memang
berisiko bahaya untuk disambar petir. Time ni la team Husein diuji dengan
tawakkal dengan tahap yang tinggi. Kalau nak berhenti, mana ada tempat
berteduh… kena la teruskan pendakian sampai ke last checkpoint walaupun baju,
seluar, beg dan kasut semua basah.
Guide kitorang pun ada pesan, jangan sentuh pokok yang tinggi time tu…
takot terkena aliran elektrik dari petir tadi. Masa ni jugak la Husein krem
kaki berkali-kali disebabkan sejuk dan letih. Dekat peha sekali, dekat jari
banyak kali. Perasaan bila sakit tu hanya Allah je yang tahu.
Akhirnya team Husein berjaya sampai ke last checkpoint tadi iaitu kem
Langsir pada pukul 9 malam. Dari 10.00 pagi sampai 9.00 malam…. Korang
bayangkan betapa lamanya kitorang hiking. Kadang-kadang Husein pun tak percaya.
Inilah jarak masa yang paling lama yang pernah Husein alami. Sebelum ni tak
pernah lagi hiking dalam tempoh yang lama macam ni.
View matahari terbit di Air Terjun Langsir
Kalau bertuah, korang boleh tengok view awan karpet kat sini. Tapi time Husein pergi hari tu takde. Tengok view macam ni pun dah cantik pe...
Selama 3 hari 2 malam kami berkhemah disana. Kalau ada masa terluang,
kami berkongsi cerita dan bergurau senda sambil melayan view di atas gunung dan
sungai yang sejuk berhampiran. Kem Langsir yang menjadi tempat kami berkhemah
kerana kem ni sangat strategik kerana dekat dengan air terjun Langsir, Jeram Lesung dan
Sungai Bangan, iaitu sungai yang ohsem dan cantik tak terkata.
This is my view everyday at Gunung Berembun. A cold river nearly and beautiful sunrise are always made my day amazing.
Tatkala hari terakhir, kami bertolak untuk turun ke bawah dari kem
Langsir selepas sarapan lebih kurang pukul 9.30 pagi. Sepanjang perjalanan
turun, kami sempat singgah di Taman Bonzai, iaitu satu tempat yang dipenuhi
dengan pokok bonzai… dan Pokok Meraga Berlubang.
Nampak tak pokok bonzai? Yang macam kayu mencanak naik tu la pokok bonzai. Pokok ni tak boleh hidup kat tempat lain kerana memerlukan suhu yang sederhana dan sejuk.
Pokok Meraga Berlubang. Korang dilarang untuk panjat pokok ni.
Sebelum sempat kami sampai ke kaki gunung, sekali lagi hujan turun
membasahi bumi. Sekali lagi segala baju, seluar, beg dan kasut semua basah.
Tapi mujur la tak lebat macam hari tu. 15 minit lepas tu baru la kami sampai ke
kaki gunung. Mujur la semua selamat dan hiking trip kami berjalan lancar walau
dah banyak cabaran dan segala macam benda dah kami lalui. Ada lagi cerita
tentang Gunung Berembun a.k.a Gunung CBL ni yang belum Husein ceritakan.
Nantikan entri akan datang yerr..
** Lepas ni boleh la bercuti dengan lebih bergaya lagi kalau menang Traveloka Blogger Contest. Kalau korang nak join, senang je... klik https://www.traveloka.com/en-my dan https://blog.traveloka.com/en/blogger-contest/ . Tarikh tamat contest ni adalah sebelum 15 Mei 2017.
#TravelokaMY #MYTravelAdventure
** Lepas ni boleh la bercuti dengan lebih bergaya lagi kalau menang Traveloka Blogger Contest. Kalau korang nak join, senang je... klik https://www.traveloka.com/en-my dan https://blog.traveloka.com/en/blogger-contest/ . Tarikh tamat contest ni adalah sebelum 15 Mei 2017.
#TravelokaMY #MYTravelAdventure
Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian husien rider yg banyak memberi info kepada pembaca2 blog ni...semoga pendakian yg seterus nya banyak kn lgi cerita yang lebih menarik dari husien rider...tak sabar untuk mendengar cerita yg seterusnya...
BalasPadamYa Allah bestnyaaaaa! Rindu nak hiking! Rindu nak feeling penat mendaki, sampai atas puncak happy tengok permandangan yang cantik...
BalasPadambestnye xtvt camni.. Dpt tgk jerk la kite ni.. hehe
BalasPadambaru lepas naik last 2 weeks..view memang ohsem..tp treknye memang menguji kesabaran jugaklah..haha..
BalasPadam