Cara Mengatasi & Masalah Rambut Yang Dihadapi Lelaki Masa Kini
ASSALAMUALAIKUM...
Gaya rambut yang menarik
sangat penting kepada golongan lelaki bagi menyerlahkan personaliti. Kebiasaannya menjadi tarikan pertama yang menangkap perhatian perempuan! Bagi
mendapatkan gaya rambut yang diidamkan, kebanyakan lelaki memilih untuk
menggunakan produk-produk penggayaan rambut seperti gel rambut, penyembur rambut,
atau yang sedang popular masa kini wax
rambut, yang sememangnya sukar untuk dicuci sehingga menjadi antara masalah
besar yang dihadapi sebahagian besar lelaki hari ini!
Justeru, bagi memastikan
rambut benar-benar bersih daripada produk penggayaan, kebanyakan lelaki memilih
untuk menambah amaun penggunaan syampu dalam setiap cucian. Ada juga yang
menambah bilangan cucian rambut secara harian semata-mata untuk menyingkirkan
produk penggayaan rambut yang masih melekat di rambut. Ia berpunca daripada formulasi
syampu-syampu di dalam pasaran yang tidak dihasilkan secara spesifik bagi
membersihkan produk-produk penggayaan rambut lelaki.
Ramai juga tidak menyedari
bahawa meskipun penggunaan syampu secara kerap dengan amaun berlebihan mampu
membersihkan rambut, dalam tempoh jangka panjang, ia akan melemahkan kekuatan rambut
serta menyumbang kepada kemunculan masalah rambut dan kulit kepala yang lebih
serius seperti rambut gugur, kulit kepala gatal, rambut rosak dan kusam.
Apabila rambut tidak
dibersihkan dengan betul, penggunaan produk penggayaan rambut secara harian
akan mengumpulkan kekotoran yang seterusnya menyebabkan masalah rambut kering,
rapuh dan kusam. Ia juga akan membuatkan anda sukar untuk menggayakan rambut.
Sebagai solusi kepada
permasalahan ini, ELITE, rakan jenama pendahulu produk penggayaan rambut lelaki
telah melancarkan Syampu ELITE Men yang
diperhebatkan dengan Wax Out System,
yang direka khusus dan terbukti mampu menyingkirkan produk-produk penggayaan
rambut, minyak dan kekotoran pada rambut dan kulit kepala secara menyeluruh dengan satu cucian sahaja!
Berdasarkan
keputusan yang diperoleh daripada ujian penggunaan melibatkan 150 lelaki, 85%
bersetuju bahawa Syampu ELITE Men sememangnya direka khusus bagi menyingkirkan
produk-produk penggayaan rambut secara efektif dengan hanya satu cucian.
Terdapat dua pilihan SYAMPU ELITE MEN iaitu – Antikelemumur dan Anti Rambut Gugur.
Dengan adanya SYAMPU ELITE MEN Antikelemumur, anda
kini boleh ucapkan selamat tinggal kepada kelemumur dan kulit kepala yang
gatal. Syampu ini sesuai untuk lelaki yang peka terhadap perkembangan fesyen
semasa dan menitikberatkan aspek penampilan serta kebersihan diri. Ia
mengandungi agen antikelemumur dan dengan penggunaan secara tetap, ia dapat
merawat kulit kepala dan membuatkan rambut sihat dan kuat serta dalam masa yang
sama, mencegah pembentukan kelemumur dan pengelupasan kulit kepala. Dengan
menggunakan syampu ini, anda tidak perlu lagi bimbang tentang masalah kelemumur
dan bebas untuk menyerlahkan ketinggian cita rasa fesyen anda. Ia juga
mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian.
Hapuskan kegusaran rambut
gugur anda dengan SYAMPU ELITE MEN Anti
Rambut Gugur. Serlahkan gaya rambut menarik anda tanpa perlu berkompromi
dengan masalah keguguran rambut. Ia mengandungi Advanced Micro-Protein
yang menguatkan rambut dan mengurangkan kerapuhan, memberikan anda rambut yang
lebih sihat dan kuat. Ia juga mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang
menyegarkan dalam setiap mandian. Keyakinan akan menjadi milik anda apabila
menggunakan syampu ini.
SYAMPU ELITE MEN dijual pada harga RM11.90 dan boleh didapati di semua
farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.
Kunjungi
laman Facebook Elite by Dashing https://www.facebook.com/EliteEdgyEFX
untuk mengetahui lebih
banyak maklumat menarik.
Uisss makin bergaya la lepas ni nmpk nye.. hehehe
BalasPadamMenarik!!!!!
BalasPadamKilla pun ada tips untuk penjagaan rambut tak kira laki ke perempuan heee
Jemput singgah ke blog syakilla ye kawan kawan.
Nak cantik nak sihat ingat Syakilla 😘😘😘
http://www.syakillaazam.my