15 Aktiviti Menarik Anda Boleh Cuba di Wilayah Persekutuan Februari Ini

ASSALAMUALAIKUM...
Bulan Februari ni memang istimewa. Ada banyak keistimewaan… special month. Nak tahu kenapa?? Salah satunya sebab bulan ni adalah bulan kelahiran Husein sendiri iaitu pada 8 Februari yang lepas. Husein ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi wish happy birthday hari tu.
 
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ma dan ayah yang telah susah payah menjaga dan mendidik anak mu ini sehingga sekarang. Tak lupa juga kepada semua adik beradik.


Makin meningkat umur, makin banyak cabaran yang akan kita hadapi. Tak kira seberat atau seringan mana sekalipun, semuanya bergantung kepada bagaimana kita selesaikan cabaran tu. Yang penting, jangan sesekali putus harapan dan putus asa dan jangan sesekali mengalah. Walau umur makin tua, tapi jangan biarkan semangat makin berumur dan lemah.

Tapi bukan tu yang nak Husein highlightkan kepada anda tentang keistimewaan bulan Februari ni, tapi pada bulan ini anda berpeluang untuk sertai aktiviti menarik yang best dan happening di sekitar Wilayah Persekutuan dan Wilayah Labuan sempena HARI WILAYAH 2017. Antara aktiviti yang disediakan adalah:
15 Aktiviti Menarik Anda Boleh Cuba di Wilayah Persekutuan Februari Ini

Kuala Lumpur

1.            Program Ilmiah SHWP Bersama Ustaz Kazim Elias & Ustaz Ebit Liew

•  Program ilmiah sambutan Hari Wilayah Persekutuan bersama dua ustaz terkemuka tanahair akan membincangkan isu-isu tempatan daripada perspektif agama serta memberikan pengisian kerohanian untuk segenap penduduk wilayah.

2.            Kenduri 1Wilayah Persekutuan

•  Kenduri 1 Wilayah Persekutuan akan menyajikan pelbagai makanan tempatan dan luar negara yang pastinya diminati dan ditunggu-tunggu oleh warga Wilayah Persekutan. Dan yang penting sekali, semua sajian sememangnya percuma!

3.            Karnival Sukan IPT Piala Menteri Wilayah Persekutuan

•  Pertandingan bola jaring, futsal, badminton, ping pong dan larian karnival sukan adalah terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi dengan hadiah yang lumayan. Program sampingan lain termasuk Muay Thai, Paintball, Zumba dan Tarian Singa.

4.            KL Fest Supercar & Autoshow

•  Penggemar kereta mewah seharusnya tidak melepaskan peluang menyaksikan pameran KL Fest Supercar & Autoshow ini yang pastinya memukau pengunjung! Kepada penduduk wilayah persekutuan yang ingin mengetahui tentang pembuatan kereta yang berkualiti pasti tidak akan lupa untuk menandakan tarikh pameran ini.

5.            Karnival Food Truck 101WP

•  Karnival food truck membariskan food truck tempatan yang terkenal dengan sajian yang ringkas tetapi lazat dengan harga yang berpatutan untuk setiap pengunjung.

6.            Wilayah International Motorfest

•  Penggemar motorbike di seluruh negara mahupun warganegara bukan Malaysia pasti tidak akan ketinggalan menyertai pertandingan motorbike anjuran bersama DBKL dan Kepala Kuasa MG ini.

7.            Kayuhan Ceria 2017

•  Aktiviti berbasikal beramai-ramai yang menyihatkan ini sesuai disertai oleh seluruh ahli keluarga dan rakan taulan. Kayuhan ceria ini adalah selari dengan tema sambutan hari wilayah persekutuan pada tahun ini.

8.            KL Rush

•  KL Rush Explorace adalah terbuka kepada semua warganegara tetapi terhad kepada 150 kumpulan sahaja. Aktiviti ini memerlukan kerja berkumpulan untuk memenangi hadiah yang bernilai hampir RM 10,000!

Putrajaya

1.            Robotic Space Challenge SHWP

•  Acara ini menguji ciptaan robot yang akan digunakan untuk kajian penerokaan di angkasa lepas. Ciptaan robot yang terbaik akan menyumbang kepada misi pencarian di angkasa lepas.

2.            Gen Y Kreatif

•  Acara ini mencungkil bakat-bakat terpendam generasi Y dalam pelbagai aspek seperti kesenian, kemahiran dan sebagainya. Bawa bersama anak-anak dan ahli keluarga untuk meluangkan masa berkualiti pada hujung minggu di acara yang menarik ini!

3.            Majlis Khatam Al-Quran Wilayah Persekutuan & Sambutan Maulidur Rasul & Haul Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani

•  Program keagamaan ini membolehkan penduduk wilayah persekutuan untuk sama-sama menyertai majlis khatam Al-Quran yang diadakan serentak dengan sambutan Maulidur Rasul. Majlis ini dapat mengeratkan silaturahim sesama penganut Islam pada sambutan hari yang mulai ini.

4.            Pertandingan Memancing Putrajaya 2017

•  Orang ramai boleh turut hadir memeriahkan pertandingan memancing yang akan diadakan di sepanjang persisiran tasik Presint 2, 3 dan 4 dan membawa pulang hadiah yang lumayan berserta ikan yang segar!

5.            Fiesta Walkabout WP 2017

•  Pelbagai acara menarik menanti orang ramai di Fiesta Walkabout sempena sambutan hari wilayah persekutuan pada tahun ini. Warga kota dijemput hadir beramai-ramai untuk menyertai acara fun walk di Monumen Alaf Baru dari 10 pagi hingga 12 malam.

6.            Kenduri 1 Wilayah Persekutuan & Hari Keluarga Putrajaya

•  Kenduri 1 Wilayah Persekutuan disambut sekali dengan Hari Keluarga Putrajaya untuk memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Putrajaya. Pelbagai makanan yang enak serta akitiviti yang menghiburkan disediakan untuk warga kota Putrajaya.

Boleh rujuk link:

7.            Festival Catur Putrajaya

•  Festival ini terbuka kepada warga tempatan dan juga luar negara untuk menunjukkan bakat dan kemahiran bermain catur. Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi pada festival catur ini termasuk wang tunai dan piala.

Labuan

1.            Malam Sambutan SHWP

•  Penduduk daripada segenap lapisan masyarakat pelbagai etnik berkumpul bagi sama-sama menyertai sambutan yang melambangkan perpaduan dan keharmonian yang utuh dalam kalangan warga pulau bebas cukai ini.

2.            Kejohanan Motorcross

•  Kejohanan ini memberi peluang kepada peminat, penyokong dan pelumba tempatan untuk bersaing dan membuat susulan dalam kejohanan yang lebih tinggi dan mencungkil bakat-bakat pelumba baru untuk diketengahkan. Menariknya sukan ini ialah motor bukan ditunggang di atas jalan bertar, sebaliknya ditunggang di atas tanah.

3.            Kejohanan Pacuan 4 Roda

•  Golongan remaja yang berminat kepada sukan lasak dan semestinya penggemar kereta pacuan 4 roda tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai sukan lasak yang menyihatkan ini.

4.            Konvoi Prihatin

•  Konvoi Prihatin ini dijayakan dengan kerjasama sukarelawan komuniti 1Malaysia. Program ini adalah suatu usaha untuk mendekati masyarakat wilayah khususnya yang kurang berkemampuan dengan menghulurkan sedikit bantuan untuk meringankan beban sara hidup.

5.            Labuan Go-Green

•  Acara ini adalah suatu usaha mulia dalam memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang. Sokongan orang ramai dalam program ini pasti memberi impak yang positif kepada semua lapisan masyarakat ke arah menjadi komuniti yang “lebih hijau”.

6.            Pertandingan Memancing

•  Pertandingan ini memberi platform kepada kaki joran memenangi hadiah yang lumayan untuk dibawa pulang berserta ikan yang berjaya dipancing!

7.            Liga Bola Sepak Labuan

•  Liga bola sepak Labuan membuka peluang kepada bakat-bakat muda untuk bermain mewakili Sabah dalam liga bola sepak yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Wilayah.

8.            Kenduri 1Wilayah Persekutuan

•  Kenduri 1 Wilayah Persekutuan menyajikan makanan tempatan daripada masyarakat Melayu, Cina dan India untuk santapan orang ramai. Boleh membawa ahli keluarga menghadiri kenduri yang percuma ini!

Boleh rujuk link: 

So, apa tunggu lagi. Cepat save the date untuk anda memeriahkan aktiviti di bulan Februari ni dengan aktiviti sempena HARI WILAYAH ini. Cepat ajak abang, kakak, ayah, mak, adik, dan kawan-kawan lain untuk sama-sama memeriahkan HARI WILAYAH 2017.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://www.facebook.com/pg/festivalmalaysia/events/ 

3 ulasan:

  1. Good info.. Bila anak masih kecil ni, g KL pun atas urusan kerja je.. Jalan2 mmg tak lagi..


    www.erazfadli.com

    BalasPadam
  2. bw pagi....menarik acaranya.. kalau dekat dah join..hehe

    www.norminieza.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Memang istimewa sungguh bulan februari di wilayah ye. Banyak sangat programnya. Baguslah juga. Tidaklah masa terbuang kepada aktiviti2 yang tidak sihat dan tidak mendatangkan faedah.

    Setiap tahun ke acara-acara begini diadakan?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.