Aktiviti Menarik dan Tarikan Terbaru di Melaka

Lepas makan angin sekali dengan udara-udara masuk dalam perut di Negeri Sembilan, Husein terus ke negeri pahlawan Hang Tuah, iaitu Melaka. Sekali lagi hajat Husein untuk ke Port Dickson tak tercapai. Teringin jugak nak tengok apa yang ada kat sana. Seumur hidup langsung tak pernah ke sana. Alahaii… rase macam tergolong dalam orang-orang yang rugi pulak. Old school.

Kalau sebut Melaka, memang semua orang kenal dan pernah pergi. Last sekali  Husein pernah singgah sini adalah mungkin sekitar 6-7 tahun lepas. Zaman digelar pelajar sekolah menengah. Blog ni pun tak wujud lagi. Ternyata, memang banyak perubahan yang ketara dari yang sebelum ni. Melaka juga sudah mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai tempat sejarah yang perlu dijaga dan dipelihara.

Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan di Melaka
Jika dulu, Husein agak bosan datang sini sebab hanya boleh snap gambar kat replika kapal dan Kota A’ Famosa. Lepas tu dah tak tahu buat apa dah selain shopping barang cenderahati. Tapi kali ni dah banyak aktiviti yang korang boleh buat. Antaranya…

1.       Naik Beca
Selain korang pergi shopping membeli barang cenderahati seperti baju, fridgemagnet, keychain dan sebagainya, korang mesti akan ambil gambar kat tempat-tempat menarik kat sini kan. Untuk pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain disini akan mengambil masa yang lama jika korang berjalan kaki.

Salah satu alternative yang mudah untuk korang jimatkan masa adalah dengan menaiki beca. Bukan selalu kan korang naik beca? Kat bandar, mana ada pengangkutan ni… lagi-lagi kat KL. Walaupun korang akan rasa panas sikit (sebab takde aircond) tapi boleh ke nak cari dan naik beca lagi kat bandar lain? Mungkin korang akan rasa menyesal takde pengalaman naik beca seumur hidup korang.

Waktu yang paling sesuai untuk korang naik beca adalah pada waktu malam kerana beca akan kelihatan berwarna-warni kerana dilengkapi dengan lampu-lampu yang cantik dan irama lagu yang akan merancakkan lagi perjalanan menaiki beca korang. Korang pun tak berpeluh naik beca malam-malam.

2.       River Cruise di Sungai Melaka
Ini adalah tarikan baru di Melaka. Korang akan dibawa untuk menaiki river cruise sambil meninjau kota Melaka di sepanjang Sungai Melaka. Perjalanan river cruise ini mengambil masa selama 45 minit pergi dan balik. Sambil korang menikmati pengalaman menaiki river cruise dan mengambil gambar, korang juga akan diberi pendedahan dan info berkenaan sejarah disepanjang perjalanan river cruise tersebut.
Kapten Husein bersedia untuk membawa kapal river cruise untuk anda.

Team NatGeo TRAVELER di Sungai Melaka. Sape nak T-shirt ni, boleh pm Husein di Instagram atau Fb.

Hanya satu nasihat Husein apabila menaiki river cruise ini. Jangan duduk seat kat depan sekali.

Kerana percikan-percikan manja dari air sungai Melaka ni memang gatal nak biar korang basah. Ditambah dengan keharuman bau air sungai Melaka yang dapat mengancam sistem pertumbuhan bulu hidung korang. Memang busuk oii…
Mungkin kerajaan Melaka patut mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membaik pulih sungai Melaka agar tidak terus tercemar dan berbau busuk. Kan dah dapat pengikitirafan UNESCO… takkan nak duduk diam je. Kalau pelancong luar datang mesti diorang akan mempertikai macam mana boleh dapat pengiktirafan macam ni.

3.       Skyview di Menara Taming Sari
Ini juga adalah tarikan baru di Melaka. Korang akan dibawa untuk menikmati keindahan bandar bersejarah Melaka di puncak menara ini selama 10 minit. Dari atas sana korang akan dapat melihat hampir keseluruhan tempat di sekitar bandar. Bagi yang betul-betul nak naik skyview ni, pastikan korang datang awal kerana mungkin ada beberapa ketika korang terpaksa beratur untuk naik skyview ni dan yang pasti perkhidmatan ini dikenakan bayaran. Bagi korang yang takut atau alergik pada ketinggian, mungkin ini bukan aktiviti yang sesuai untuk korang.
Husein mampu skyview kat replika kapal dagang Melaka je. Rasa macam kat dalam citer Titanic pun ada. Cewahhhh...
4.       Sewa Basikal
Aktiviti yang paling Husein teringin nak buat disana tapi tak berkesempatan kerana kekangan masa. Korang mampu pusing satu bandar Melaka ini dengan bajet yang ciput dan menjimatkan masa . Berbaloi. Yang penting tak letih sangat. Bila korang menggunakan perkhidmatan ini, korang mampu masuk dicelah mana sekalipun di sekitar bandar Melaka ni, hatta di tepi Sungai Melaka sekalipun. Dari situ korang akan terasa seperti berada di Itali yang mana terdapat satu sungai yang ditepinya mempunyai banyak kedai-kedai kopi.
Jangan ingat korang mampu masuk celah mana sekalipun, tak bermakna korang tidak akan kelihatan. Kami akan sentiasa memperhatikan gerak-geri anda dari puncak kapal dagang Melaka. hahahha....
5.       Sewa kereta elektrik
Satu lagi tarikan yang best kat sini. Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk berada di dalam kereta berkuasa elektrik ini kerana tiada seat belakang disediakan. Korang boleh cari perkhidmatan ini berdekatan dengan Menara Taming Sari. Terdapat tempoh masa yang dibenarkan untuk korang guna. Paling lama adalah sejam. Mungkin ini boleh dijadikan sebagai satu pengalaman yang  baru buat korang yang tak pernah bawak kereta berkuasa elektrik ini.
Kereta sewa elektrik milik Husein. Habis rosak angkara diorang ni. Tengok !! Siap panjat naik atas lagi. Sebab tu muka macam ayam berak kapor je tu.

2 ulasan:

  1. melaka memang best, lama dah kami tak datang Melaka, In Sha Allah tahun depan kami singgah meneroka Melaka. aamiin ya Allah

    BalasPadam
  2. Last week pergi melaka gak sempat naik sky tower kat the shore tu.. Panas lip lip hooiii

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.