Kembara Ilmu - Negeri Sembilan PART 2
ASSALAMUALAIKUM...
Lepas satu hari suntuk Husein round-round KL sampai boleh dengan
jayanya sesat jalan, akhirnya Husein terus menuju ke negeri seterusnya iaitu
Negeri Sembilan(baca dengan Nissemilan sebab malas nak taip panjang-panjang…
hahaha). Husein pun ingat-ingat lupa dah bila kali terakhir Husein sampai
Negeri ke-Sembilan ni dulu. Rasanya hampir tujuh tahun dulu kot.
Destinasi pertama yang Husein sampai di Nissemilan ni adalah di Nilai
Tiga. Ada beberapa tempat di Nilai Tiga ni yang masih Husein ingat dan masih
mengekalkan bentuk bangunan tersebut… tapi kebanyakkannya dah berubah banyak.
Ada la sikit nampak kemajuannya. Di Nilai Tiga ni, korang boleh dapatkan karpet, permaidani, tikar, baju, jubah dan lain-lain dengan harga murah dan banyak pilihan. Kalau korang nak shopping barang-barang tu semua, kat sini korang memang rambang mata la.
Ehsan Mr. Google
Tapi yang mengejutkan Husein kali ni adalah tak ramai sangat orang
yang datang shopping kat sini. Bila sampai je kat situ, terasa macam berada di padang
jarak padang terkukur. Kedai-kedai banyak yang buka, tapi pelanggan boleh kira
dengan jari je berapa ramai. Pekerja-pekerja kat sini pun ramai orang Pakistan.
Kedai orang melayu kita tak banyak pun.
Husein terasa macam… betul ke ni Nilai Tiga?? Atau kebetulan waktu
Husein pergi tu time hari bekerja, bukannya weekend. (Memang sengaja datang
hari Rabu sebab tak nak bersesak dengan orang ramai)
Perasaan lain yang datang adalah terasa macam duduk kat negara lain
pulak. Sana-sini semua Mat Bangla dan Pakistan. Kalau ada muka yang
hensem-hensem sikit tu, lain citer la. Tapi kalau ada muka yang gelap, lepas tu
badan gempal, perut terbonjol ke depan, muka bengis semacam je… segan jugak la
nak tegur dan beli. Last sekali tak terbeli jugak Husein kat sini. Boleh beli
air nyor (air kelapa) je buat hilang dahaga sambil layan mat Pakistan paksa
suruh kita beli barang dia…
“Harga murah…. harga murah…” tu la ayat yang diorang selalu sebut.
Husein tertanya-tanya, kenapa Nilai Tiga tak jadi semeriah macam dulu??
Lepas pergi shopping yang tak berapa nak sakan sangat tu, Husein
singgah ke satu lagi tempat menarik kat Nissembilan ni iaitu Muzium Negeri
Sembilan. Macam biasa, kat muzium ni terdapat banyak barang-barang lama yang
dijadikan khazanah untuk pameran termasuklah rumah orang melayu lama, perahu
lama, meriam dan macam-macam lagi.
Seni bina muzium yang seakan-akan rumah melayu dahulu kala.
Menggamit memori. Mana ada keretapi zaman sekarang yang model macam ni.
hi,saya datang follow sini
BalasPadam:)
rindu plak masa belajaq kat kmns dulu.
BalasPadamrindu nak makan cendol kat pilah.
nilai 3 mcm2 ada, best shopping situ
BalasPadam