Misi Sukarelawan Yang Paling OHSEMM!!

Mengembara tak semestinya korang pergi ke tempat-tempat yang menarik, tempat perhatian pelancong, atau tempat yang jarang dikunjungi orang… tetapi istilah mengembara dapat ditafsirkan dengan lebih tepat dengan bagaimana korang menghargai setiap detik dan waktu yang korang lalui tak kira tempat tu cantik atau tak. Yang penting korang dapat ingat setiap memori yang berlaku sampai korang dapat ceritakan pulak kat anak cucu korang suatu hari nanti.

Ya… itu lah berlaku pada Husein pada akhir bulan Ogos yang lepas, dimana Husein telah berpeluang menjadi sukarelawan dalam misi bantuan pasca banjir di Kelantan yang berlaku pada 2014 yang mencatatkan antara banjir paling teruk berlaku dalam sejarah. Rata-rata penduduk Kelantan masih merasai trauma dengan banjir yang berlaku walaupun tragedi itu sudah berlalu dua tahun yang lepas.

Misi kami tidak berjalan dengan mudah. Perjalanan ke Kampung Lulut dan Kampung Melor di Gua Musang, Kelantan iaitu antara kawasan yang teruk terjejas waktu bah banjir melanda dulu penuh dengan halangan dan cabaran. Pada mulanya konvoi bermotor kami terpaksa berhenti beberapa kali disebabkan hujan yang lebat. Selain itu, keadaan jalan disana yang tidak rata, berlubang, berbatu,licin dan berbukit-bukau menyukarkan kami untuk sampai ke sana. Akhirnya kami selamat sampai pada waktu malam.

Kami berlima menggunakan 4x4 untuk misi kali ini. Yang belakang sekali tu pemandu, yang lain tido je memanjang. hahaha...

Setibanya disana, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menetap disana beberapa hari bersama keluarga angkat, iaitu beberapa keluarga penduduk kampung tersebut. Alhamdulillah, keluarga angkat Husein semuanya sporting dan mesra. Penduduk kampung pun meraikan kehadiran kami dengan tangan yang terbuka. Sampai je Husein kat sana, ada sorang pak cik ni ajak pegi minum kat kedai kopi siap belanja lagi. So, dari situ Husein kenal sikit sebanyak pasal kampung ni.

Aktiviti kami sebagai sukarelawan adalah membersihkan kawasan belakang masjid, mengadakan klinik fatihah, membuat aktiviti dewan dan padang, menyediakan bungkusan buah tangan kepada keluarga angkat dan jamuan ringkas kepada penduduk kampung. Selain tu, ada banyak benda yang Husein dapat bila sertai program macam ni.

Keadaan sekitar kawasan rumah keluarga angkat Husein.
Round-round satu kampung dengan senior tapi umur muda lagi, Salam dan Din.

Perkara yang utama mestilah suasana kat sini sangat berbeza dengan di bandar. Di kampung Lulut dan Kampung Melor ni, banyak bukit-bukau dan sungai yang cantik. Kebanyakkan orang kampung sini bekerja sebagai penoreh getah. So, boleh la Husein round-round sekitar ladang getah diorang. SERONOK..… sebab dipenuhi dengan pemandangan yang cantik dan pohon-pohon getah yang menghijau. Lagipun sebelum ni Husein tak pernah tengok lagi pokok getah dari dekat. Bila dah tengok, baru la tahu serba sedikit macam mana diorang bertungkus-lumus nak dapatkan getah yang baik dan berkualiti.

 Katanya kawan Husein, getah dalam gambar ni adalah Gred A sebab nampak sangat putih. Kalau getah Gred B akan nampak bertukar warna siket. Husein pun tak pasti bab-bab ni sebab takde langsung pengalaman menoreh getah.

Another thing is, kebanyakkan masyarakat kat sini memang hidup miskin dan bekalan makanan pun ala-ala kadar je. Oleh kerana kampung ni sangat jauh dari bandar, memang nampak kemudahan awam yang ada sangat mendukacitakan. Even klinik kat sini pun tak cukup bekalan ubat. Kalau terjadi apa-apa contoh kalau ada ibu mengandung nak bersalin, apa la yang terjadi kat diorang ni kan. Keluarga angkat Husein kat sini pun bagitau yang kebiasaannya diorang hanya makan sekali sehari. Bila dengar dari mulut mereka sendiri macam tu, terasa simpati dan terkejut dengan cara hidup mereka yang sebegitu rupa.

Walaupun mereka miskin tapi masyarakat di sana yang sangat mesra dan melayan kami macam orang kampung mereka sendiri. Baik orang tua, remaja dan budak-budak sekalipun. Pernah sekali terjadi kepada Husein sendiri, tetiba datang seorang budak kampung tu dan bagi kat Husein buah cerry/buah kekuk. Budak tu siap tolong ambek kan dari pokok dan bagi kat Husein. Lepas tu dia tolong ajarkan Husein macam mana nak makan buah tersebut  dengan betul.
 Meet this cute little boy, Abdullah who gave me cerry fruit or some people call it buah kekuk.

I was like… begitu baik dan jujurnya hati diorang. Even walau hidup dalam kemiskinan, tapi hati mereka tak pernah miskin. Walau makan pun tak cukup, tapi adik ni masih boleh berkongsi makanan dengan Husein dan rasa buah ni pun sedap. Rasanya dah susah nak jumpa orang jual buah ni. So, Husein mesti tak lepaskan peluang ni untuk merasa buah ni pior segar dari ladang. BESSTTT...
Budak yang bertanggungjawab menghuru-harakan keluarga angkat Husein, adik Aiman dan kakaknya, Kak Ina beserta rakan-rakannya

Akhir sekali, Husein harap akan ada lebih banyak lagi individu yang  datang membantu penduduk Kampung Lulut dan Kampung Melar di Gua Musang ini terutamanya dari segi makanan dan kemudahan awam, di samping akan ada lebih banyak lagi individu seperti penduduk kampung ini yang mesra dan qanaah (sifat selalu menerima dan merasa cukup atas hasil yang diusahakannya).

I miss so much to all my keluarga angkat in Kampung Melar, Gua Musang. Hope to see you all again. Thank so much adik Aiman yang selalu membuatkan hari-hari Husein kat sana tidak sunyi dan penuh ceria dengan telatah dan kenakalan adik Aiman. Berat hati Husein bila tetiba adik Aiman tanya soalan,

"Bila Abe Sein nak mari sini semula?". Soalan yang agak payah untuk Husein jawab mengalahkan soalan tahap PHD.
Wajah-wajah keceriaan dan kegembiraan. Menumpang di rumah ini selama hampir tiga hari.

Merungkai kehidupan mereka tatkala bah banjir besar melanda Kelantan dua tahun lalu. Walaupun kemudahan elektrik dan air agak terhad, line internet lagi la susah nak dapat.. jauh ke pedalaman dan pekerjaan yang tidak menentu namun tidak terukir di wajah mereka kepayahan dan kebimbangan yang menghantui kehidupan seharian mereka. 

Jutaan terima kasih kepada Mek sekeluarga beserta Abe Kadir, Adik Ina dan Adik Aiman dan penduduk Kg. Melar, Gua Musang atas layanan kalian kepada kami. Panjang umur kita ketemu lagi
SEE YOU AGAIN...

9 ulasan:

  1. pengalaman menarik.keep it up! pergi misi macam ni akan buat kita 'buka mata' dan lagi bersyukur

    BalasPadam
  2. kawasan mana tu erk? org klate tapi xpernah dgr kampung tu. buat malu org klate jer..haha

    usaha murni yang ptt di puji.. teruskan usaha untuk bebakti pd bangsa sendiri tanpa mengira pangkat, darjat...

    BalasPadam
  3. bagus macamni, dapat rasai pengalaman

    BalasPadam
  4. wahh seronok nyaa. tengok gmbr kat ig mcm best, akhirnya keluar jugak entry. hhehehe

    BalasPadam
  5. alhamdulillah, faith in humanity restored.

    harap ada peluang juga untuk join misi sukarelawan macam hussein ni

    BalasPadam
  6. ASSALAMUALAIKUM .. BINGUNG NAK BERCUTI KEMANA >?
    MUSIM BERCUTI TELAH TIBA
    JOM BERCUTI DENGAN CUTICUTIHOLIDAYS , DENGAN HARGA BERBALOI PELAYANAN TIPTOP SANGAT..
    INSYALLAH KAMI AKAN BERIKAN KEPUASAN YANG TERBAIK SELAMA TOUR ANDA..
    KAMI AGENT TRAVEL TERPECAYA DAN SUDAH BANYAK MELAYANI CUSTUMER DENGAN BAIK..
    JOM BERCUTI KEMEDAN-LAKE TOBA 4H3M
    HARGA RM450/PAX
    =============================================
    PAKEJ TERMASUK :
    ++TRANSPORT FULL AC
    ++HOTEL 3* AND 4*
    ++MAKAN 6X (BREAKFAST 3x ,LUNCH 3x,DINNER 3x)
    ++ENTRANCEFEE (SEMUA TIKET LAWATAN)
    ++FERRY KEPULAU SAMOSIR
    +AIR MINERAL
    =============================================
    PAKEJ TIDAK TERMASUK
    --TIKET FLIGHT
    ============================================
    SILA WHATSAPP +6281361906152 (SAIDINA UMAR)
    ============================================
    CHECK OUR BLOG : tourandtravelcuticutiholidays.blogspot.com
    email : medanhiphop@gmail.com
    Instagram : cuticutiholidays

    http://tourandtravelcuticutiholidays.blogspot.co.id/2016/02/melancong-murah-medan-laketoba-brastagi.html

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, semoga amal kebaikan tersebut diberikan ganjaran oleh Allah inshaaAllah.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah moga amalan menolong dan membantu ini akan di berkati lagi rezeki aminn

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.