Rahsia Keindahan Alam di Lata Changkah,Setiu,Terengganu
ASSALAMUALAIKUM...
Adoii.. macam mana la pulak Husein boleh terlupa nak cerita pasal ni. Ni sume mesti excited sangat pasal nak cuti panjang... lepas habis sem dan plan nak pergi travel kat macam-macam tempat… tapi akhirnya hanya beberapa ketul tempat sahaja yang betul-betul pergi. Termasuklah pergi bermandi-manda di Lata Changkah, Setiu, Terengganu.
Cerita ni dah lama sebenarnya iaitu lepas start je cuti sem lepas. Ni dah nak masuk sem baru, baru engko nak cerita dalam blog ni Husein?? Hahaha… Husein pun tak tahu camne la boleh lupa, sampaikan kawan Husein tegur…”Woii sein, mu cerita dok lagi pasal gi mandi kat Lata Changkah aritu?” Tanpa rasa bersalah lalu Husein jawab, “dok lagi”. Hahaha… lepas tu cepat-cepat buat entri ni supaya nanti tak lupa apa-apa kenangan dan pengalaman yang berlaku kat sana. Kalau di biarkan tertangguh, lama-lama makin lupa pulak benda-benda tu sume.
Takde la dalam sangat air kat sini.
Meneroka membuatkan Husein terpukau dan mengajar kita betapa berharganya alam semulajadi. Kalau kita tak jaga, sape lagi yang nak jaga??
Bersama ahli jemaah yang tak boleh duduk diam. Ada je benda nak buat dan bersembang.
Cubaan untuk menjadi hidupan di dalam air hanya sekejap je sebab terketar-ketar sejuknya air.
Kat sini sesuai la untuk korang berkelah santai-santai, ajak semua family bermandi-manda kerana sungai yang jernih yang ada disini takde la dalam mana. So, kalau nak bawak anak-anak kecik pun boleh mandi bersama. Bagi yang suka terjun sambil buat gaya macam Pandalela Renong pun boleh jugak datang. Yang paling best sekali adalah air nya yang sejuk terketar-ketar. Nasib kitorang pergi dulu time Malaysia tengah dilanda musim panas El-Nino. So, dapat menyegarkan badan sekali dengan kepala otak yang ada. hahahaha....
Selain Lata Changkah, Terengganu juga ada Lata Tembakah dan Lata Tembatan. Masing-masing mempunyai keistimewaan dan tarikan masing-masing. Harapnya di masa akan datang boleh la ambil pengalaman di Lata Tembakah dan Lata Tembatan pulak.
Pergh.. Air jernihnya.. Boleh jadi port jalan-jalan lata changkah ni. huhu
BalasPadamCantik! Hutan dan pokok2 tu. Cik nurul pun mcm dah lama tak ke air terjun. Hehe.. Haa, sebelum lupa better story siap2 dlm blog. Jgn jd mcm kita ni, dah buat note pun still lupa. Hahaha..
BalasPadam