Peneman Waktu Memasak

Reviewed by Husein Rider

Bagi orang bujang macam Husein ni sudah tentulah nak ringkas aje masak di dapur tapi sedap. Kalau bukan nasi goreng...pastinya bihun goreng. Boleh jadi laksa goreng. Hehehe. Apa.. korang ingat Husein tak pandai memasak??

Tambahan pulak, waktu sekarang ni Husein masih bergelar student, so takde masa sangat nak menghadap dapur lama-lama. Kalau boleh, semua masakan nak buat secepat yang mungkin tapi sedap. Kalau tak sedap, nanti kena marah la dengan roomate kan. Korang pun mesti macam tu jugak kan? Mesti lah nak jadikan masakan korang tu sedap untuk memikat buah hati. Nanti boleh suap makanan sama-sama. Kalau dah tak sedap, pakat telan air kosong je la... hahaha    

Macam biasa, Husein akan selalu ajak Nureys sebagai peneman Husein waktu memasak. Dia ni la yang selalu ajarkan Husein cara memasak. Bila Husein tak tau nak masak camne, dia la yang selalu tolongkan. Tapi dia ni tak nak bercakap... sombong siket. Pandai tolong tunjukkan arahan je. Eeee....... benci betol.

Tapi bila dah siap masakan tu, perkara pertama sekali yang paling Husein respect tentang masakan dia adalah bau yang dihasilkan. Mesti la menusuk kalbu, wangi dan menaikkan nafsu nak makan. Kedua, memang semua masakan dia akan jadi sedap tahap tip-top. Peeeerrrrgghhhh... nanti boleh la tolong masakkan untuk mak Husein pulak yer.

Sape nak berkenalan dengan Nureys ni, korang memang dialukan. Dia ni memang rajin bebenor tunjuk arahan untuk memasak. Jangan risau, dia tak garang pun. Dia jugak selalu jadi peringkas dan penyedap masakan korang. Nak berkenalan?
Haaaa....ni la Nureys tu. Memang bertuah la kalau selalu ada Nureys ni time nak masak. Apa yang pasti...banyak lagi keluaran Nureys macam Sambal Pecal, Sambal Rojak, Serunding  dan Kerisik  yang sudah pun dibawa terbang ke luar negara. Apa tidaknya, keempat-empat produk Nureys ini sangat sedap hinggakan mereka yang nak pergi melancong ke luar negara pastinya tak tinggal bekalan yang mudah di bawa ini. Ada pula tu yang memasak rendang bila beraya di perantauan dengan menggunakan kerisik Nureys. Inilah dia kehebatan jenama Nureys..! Sentiasa disanubari pengguna! Sesuai sangat la dengan diri Husein ni yang sentiasa mengembara ke merata tempat.
















For me, it’s always about first impressions. I trust Nureys sebab barangan keluaran mereka semuanya tip-top! Walaupun, banyak cabaran yang datang namun Nuri Enterprises tetap berdiri kukuh sebaris dengan nama besar yang lain di Malaysia. Apatah lagi ianya dimiliki oleh syarikat muslim bumiputera yang mempunyai status Halal Jakim. Sebagai pengguna of course Husein mengutamakan kualiti barang yang dibeli. 
Jom! Bagi yang ingin mengenali Nureys dengan lebih dekat,
Sila layari:
Instagram : @nureysfood

Jangan Lupa Hashtag ye kengkawan.
#akupeminatno1nureys

1 ulasan:

  1. kena try dulu Nureys ni. Di masa akan datang diorang boleh maju macam Adabi.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.