From T'ganu to Kedah in First Time
ASSALAMUALAIKUM...
Di negara kita, masih banyak lagi tempat-tempat yang best
yang setara dengan tempat pelancongan di negara lain. Misalnya di Kedah
terdapat Muzium Padi, air terjun, taman burung, shopping mall yang besar-besar
dan banyak lagi. Semuanya di tangan anda antara mahu atau tidak mahu untuk
travel ke tempat-tempat tersebut asalkan tidak menjadi seperti katak di bawah
tempurung. Jangan hanya berpijak di tanah sendiri.. anda juga perlu melihat ke
dunia lain.
Kedah adalah negeri yang tak pernah Husein jelajah. Sebelum
ni hanya menjadi negeri persinggahan untuk ke negeri lain sahaja. So that, tak
ada masa sangat untuk jalan-jalan di negeri Kedah ni. Tapi bila Husein
berpeluang, Husein takkan sia-siakan kesempatan dan masa yang ada untuk travel
ke negeri jelapang padi yang penuh misteri ni.
Akan tetapi, perjalanan untuk sampai ke sana bukannya mudah
dari Terengganu. Husein perlu melalui perjalanan hampir tujuh jam
menaiki kereta melalui lebuhraya Gerik dalam keadaan cuaca yang jerebu
(masa tu jerebu teruk berlaku di Malaysia. Sakit mata oii…) dan lebuhraya yang
bahaya sebab banyak corner (pening kepala sikit dibuatnya), serta tanah runtuh
yang kadang-kadang berlaku disebabkan keadaan lebuhraya yang berbukit-bukau.
Sememangnya lebuhraya Gerik agak popular dengan kadar kemalangan yang tinggi,
akan tetapi disini juga terdapat tempat yang boleh anda relaks sekejap sambil
menikmati pemandangan yang indah dari puncak tertinggi lebuhraya
tersebut.
Sebaik sahaja Husein menjejak kaki ke negeri Kedah ni, Husein
ade la cuba untuk google tempat-tempat yang best berdekatan dengan hotel
Husein, tapi pada masa yang sama Husein
jugak cuba bertanya kepada pekerja kat hotel tersebut kat mana tempat yang best
yang berdekatan. Dia suggest kan Husein untuk pergi ke Taman Jubli Perak.
Taman ni jugak dikenali dengan taman burung sebab ada
sangkar burung yang besar yang boleh burung-burung jadikan sebagai tempat
tinggal mereka. Tapi taman kat sini bukan seperti yang korang gambarkan. Kat
sini memang ada burung yang banyak, tapi korang tak boleh tengok dengan lebih
dekat macam kat mana-mana zoo. Keadaan kat sini jugak sangat tidak memuaskan
pengunjung yang datang. Korang hanya mampu tengok burung dari jauh je. By the
way, kat sini korang boleh tengok rusa dan kura-kura dengan lebih
dekat. So, kenapa tak letak nama taman rusa atau taman kura-kura je? Kan lagi
baik buat macam tu. Just asking…
Lepas tu, Husein berpeluang untuk ke shopping compleks iaitu
AMAN MALL. Dengar citernya tempat shopping ni baru je buka. Untuk ke
sini korang tak perlu susah payah nak cari. Aman Mall ni terletak berhampiran
dengan Menara Alor Setar. So, bila nak pegi kat sini korang akan nampak
Menara Alor Setar dari jauh dulu. Aman Mall ni jugak tersangat la besar. Letih
jugak kaki nak jalan. Macam-macam kedai ada kat dalam mall ni. Entah berapa
tingkat la ada kat dalam ni Husein pun tak dapat kira. Untuk lelaki yang
berkeluarga, sila kawal setiap pergerakan isteri atau anak perempuan anda agar mereka
tidak berada jauh dari anda untuk mengelakkan mereka pergi ke sale-sale atau
diskaun yang banyak kat sini. Silap haribulan boleh kempis duit poket korang
biarpun perut korang sangatlah boroi. Hahaha…
Gambar: Ehsan Google
Last but not least, Husein sangat menggemari gaya travel
sambil tambah keimanan dalam diri. Mungkin dah selalu praktikkan masa time
belajar di Mesir kot. Pergi kat mana-mana je ada sahaja maqam/kubur alim
ulama’ dan sahabat nabi yang berdekatan. Alhamdulillah di kesempatan Husein
jalan-jalan di Kedah, Husein sempat menziarahi kubur Allahyarham Ustaz
Fadzil Mohd Nor dan bekas menteri besar Kedah di Pokok Sena, Alor
Setar. Sape tak kenal dengan allahyarham kan? Sampai sekarang, ceramah dan
kata-kata beliau masih lagi boleh didengari dan dihayati.
Semoga allahyarham ditempatkan bersama orang-orang soleh di
syurga yang indah.
Terima kasih kerana membaca. Komen siket…
aman mall?
BalasPadammacam first time je aku dengar nih.
nampak sangat dah lama tak pi kedah.
Titan:
BalasPadamtu la.. kite pun tak tahu sangat pasal aman mall ni tapi adik yang ajak shopping.