Summer and Exam

ASSALAMUALAIKUM...

Husein pasti ramai student kat Mesir dan Malaysia sekarang ni tengah buat persediaan menghadapi exam yang tak lama lagi akan berlangsung. Bagi student-student kat Mesir, time ni adalah pecutan terakhir sebab most of them akan menjawab exam pada awal bulan ni dan berakhir pada bulan Jun nanti.

Exam kali ni jugak dinamakan sebagai summer exam sebab berlaku pada musim panas di Mesir. Bagi Husein, musim panas kali ni berbeza sikit dengan musim panas tahun sebelumnya sebab tahun ni Husein berpindah ke rumah baru.... so.. ada kelainan sikit dengan suasana kat sini. Alhamdulillah, rumah yang baru ni lebih dekat dengan universiti dan mampu urus diri dengan lebih selesa. Jiran-jiran sebelah pun tak buat hal mana. :-)

Citer tentang summer kali ni memang Husein akui.... ada sikit mengganggu fokus Husein untuk study. Ibarat macam nak duduk dekat peti ais je 24 jam. Kalau keluar jalan-jalan waktu petang memang konfem menitik air peluh. Husein tak boleh nak kata samaada suhu kat sini adalah lebih panas dari Malaysia atau lebih kurang sama je..  tapi bila nak pergi jalan-jalan, elok la kalau bawak bekalan air sejuk atau air masak. Dan bila musim panas ni, memang laku la sape-sape yang jual spek mata tu... Ray Ban ke.. Oakley ke... ape la bagai sume. bla.. bla.. bla....
Gambar kat atas adalah apabila berlaku hujan batu baru-baru ni. Lagi sekali... Hujan batu.. bukan hujan sebarangan. Korang bayangkan camne hujan batu boleh turun sedangkan ni adalah musim panas. Subhanallah....

Husein jugak mengesyorkan untuk korang yang nak bercuti di Mesir pada waktu macam ni supaya korang tangguhkan percutian korang tu... tangguh sampai la musim sejuk menjelang tiba. Bukan nak hasut korang sampai bergaduh dengan agen travel, tapi untuk kesoronokkan dan kepuasan korang jugak. Maklum la, kat Malaysia korang dah rasa bahang kepanasan suhunya, takkan la korang pergi negara orang nak rasa jugak bahang kepanasannya. Tak feel berada di negara orang sangat la bila korang buat camtu.
Apabila cuaca panas membahang, pilihan yang paling tepat adalah memakai topi. This is when Husein jalan-jalan di gedung kristal, Asfour. Semua barangan made in crystal. Will update about it soon.

Alhamdulillah, exam kali ni agak sikit je subjek. Rasanya paling sikit kot. Husein akan exam pada bulan Jun nanti... so... ada lebih kurang sebulan je lagi preparation untuk exam. Cuma apa yang Husein harapkan, bila korang baca entri ni.. at least doa la sikit untuk Husein supaya lulus semua subjek dan dipermudahkan segala urusan.

Lepas habis je exam nanti, Husein akan bercuti panjang. So, tahun ni Husein akan fly ke tanah air untuk bercuti bersama family. Bagi korang yang ada jemputan untuk program atau ape-ape sahaja, boleh la emailkan Husein di: husenmail@gmail.com.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

7 ulasan:

  1. Good luck for your exam Hussein :D
    Dan Moga selamat pulang ke tanah air dengan selamat amin --

    BalasPadam
  2. Cantiknyaaa gedung kristal tu. Huishhhh ena ni memang tak boleh tengok benda liplap liplap ni. Apapun, all the best for ur exam. Gambatte!!

    BalasPadam
  3. all the best ur exam.. good luck! :)

    BalasPadam
  4. best of luck utk exam nnt bro...

    BalasPadam
  5. good luck for you exam.
    semoga dipermudahkan segala urusan :)

    BalasPadam
  6. Good luck for your exam hussein..cayok2.. Hehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.