Harapan Untuk MH370

ASSALAMUALAIKUM...

Husein rasa hampir semua rakyat Malaysia tahu tentang apa yang berlaku di tanah air baru-baru ni. Kejadian yang tak diingini berlaku dengan sekelip mata. Sebuah pesawat Malaysia Airlines dari KLIA ke Beijing telah terputus hubungan dengan menara kawalan lalu hilang dan lesap tanpa meninggalkan sebarang kesan sehingga ke hari ni.

Bagi Husein, mungkin ini adalah minggu yang sedih buat semua rakyat Malaysia.... minggu yang memerlukan usaha yang keras bagi anggota-anggota penyelamat, dan minggu yang memerlukan doa dan harapan yang kuat dari semua rakyat jelata untuk kebaikan dan keselamatan kesemua penumpang yang berada di dalam kapal terbang tersebut. Husein yang sedang berada di perantauan ni pon turut rasa sedih dan terkejut dengan berita tersebut.

Husein juga berharap sangat kepada waris-waris penumpang tersebut agar baca apa yang Husein tuliskan ini sebagai salah satu simbol yang Husein sangat sayangkan mereka semua. Husein yakin anda pun begitu.

Bila Husein terdengar je berita ni berlaku, Husein teringat kat dokumentari yang pernah Husein minat suatu ketika dulu, Air Crash Investigation dalam NatGeo Channel. Dokumentari yang menceritakan sejarah kemalangan kapal terbang yang berlaku bertahun-tahun dulu dan episod yang paling Husein minat sekali adalah yang berlaku kepada pesawat Egypt Air yang terhempas menjunam kedalam laut dan menyebabkan kesemua anak kapal dan penumpang maut. Haissshhhh.. tak nak cerita panjang-panjang la tentang tu.
Korang pernah tengok gambar kat atas? Gambar kat atas ni Husein pernah tengok kat Instagram. Ntah sape la yang upload Husein tak ingat dah. Tapi Husein agak kurang bersetuju dengan ayat pertama tu. Suruh bertenang?? What ?? Bagi Husein, nak suruh bertenang ada masa tertentu but for this time is not the time. Untuk masa ni, kita semua mesti berusaha keras dan bukannya bertenang. Husein harap lepas ni takde la korang sebarkan gambar macam ni kat mana-mana. Kalau nak sebar pun, mungkin perlu ubah ayat pertama tu. :-)

Akhir sekali, harapan Husein untuk musibah yang melanda ini supaya Allah tunjukkan jalan kepada anggota-anggota penyelamat, diberikan keselamatan kepada semua penumpang dan anak kapal serta dijauhkan daripada segala musibah, malapetaka dan anasir-anasir jahat yang menghalang mereka untuk sampai dengan selamat.

From Husein with love to MH370. Keep Pray For MH370.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket...:-)

3 ulasan:

  1. Semoga Allah Taala mempermudahkan segala urusan pencarian MH 370..

    BalasPadam
  2. Moga dimakbulkan doa dan harapan kita semua.. amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. aminnn.. dan doakan juga para pejuang Ikhwanul Muslimin di Mesir.. Moga semua nya ada jalan penyelesaian..

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.