A Journey Begins

ASSALAMU'ALAIKUM...

November 2013, 9.46 p.m - Winter season in Cairo.

Ditengah kesibukkan Husein di kota raya Kaherah ni, dapat jugak Husein post kan satu entri kali ni. Entah kenapa lepas minum air pisang susu yang manis tahap orang kencing manis yang dibelanja oleh kawan Husein kat kedai minuman arab tadi tetiba terasa nak updatekan blog ni.

Bila direnungkan semula, rupa-rupanya kita dah masuk tahun baru dalam kalendar Islam. Awal Muharram bertemu kembali. Cuba teka tahun ni dah berapa tahun kita sambut awal Muharam? Haaa... mesti korang terpinga-pinga kan? Mesti korang check internet kan? Tu laa... oleh kerana kita selalu guna kalendar Hijrah dalam urusan harian kita, sampai kita terlupa kalendar Masihi yang selalu digunakan masa zaman kegemilangan Islam dulu. Bukan korang je yang hampir hilang ingatan tahun ke berapa dah kita sambut,.... Husein pun sama... hahaha..

Tengah sibuk melayan blog, kengkadang terlupa pulak yang Husein ni adalah student. Kalau sebut bulan November, mesti kepala otak dah fikir pasal exam untuk akhir Disember nanti. Selama ni, cuti hampir empat bulan sampai lupa dunia. Buat tu la... buat ni la... macam-macam. Tapi, bila dah sampai bulan November ni, kena la jadi ulat buku. Baca buku sampai berulat. hahaha...

Alhamdulillah, semester ni tak banyak subjek yang kena exam. Tiga subjek je. Tiga je?.... Kenapa?? Macam orang sekolah menengah nak exam je.... Ingat tiga subjek ni senang ke nak skor tinggi? Walaupun tiga subjek je.. tapi Husein tetap tak pandang rendah pada mana-mana subjek. Bagi Husein, semua subjek adalah penting... penting untuk dapat markah tinggi dan penting untuk dapat ilmu tinggi.
Kenangan tahun lepas di tepi sungai kat Putrajaya.
K la,.. setakat tu je untuk kali ni. Husein nak transform jadi ulat buku pulak sekarang macam citer Power Rangers... boleh tukar-tukar. Emmm....doakan kejayaan Husein untuk exam kali ni ye.. Walaupun Husein jugak selalu doakan kejayaan Husein sendiri...mane la tahu kot-kot dengan berkat doa korang sume, Allah lebih dengar doa korang berbanding doa Husein sendiri.

Good luck too to all SPM candidates yang bermula exam hari ni. Nasihat Husein cuma satu je,...kurang-kurangkan mengadap internet dan banyak-banyakkan mengadap buku. hehe...
Klik:  atau di Twitter untuk lebih update dari Husein.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Salam singgah.
    Semoga maju jaya :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..
    All the best, jgn lalai n wish u luck in everywhere u r.. :)


    p/s : I notice yr blog from UTUSAN MALAYSIA SABTU 9 NOVEMBER 2013 (BLOGGER PILIHAN.COM 9)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.