Sambutan Aidiladha di Mesir

ASSALAMU'ALAIKUM...

Pertama sekali, Husein rasa Husein tak terlambat lagi untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog ni.

Alhamdulillah, aidiladha kali ni Husein sempat raya di Mesir. Tapi kemeriahan aidiladha kali ni tak semeriah tahun-tahun yang dulu sebab ramai lagi kawan-kawan Husein yang lain yang tak sampai lagi kat sini disebabkan Ops Piramid 2 yang kerajaan Malaysia lancarkan dua tiga bulan dulu. Masing-masing nak raya kat Malaysia dulu. So, tahun ni beraya dengan kawan-kawan yang ada je la.

Tapi binatang korban yang nak dikorbankan tahun ni agak puas hati. Alhamdulillah, tahun ni dapat rasa lagi daging unta. Tahun ni dua ekor unta dikorbankan.
Bergambar dengan unta selepas sembahyang raya untuk dikorbankan.
Antara anak-anak Terengganu di Mesir.

Lepas selesai je sembahyang raya, kitorang terus je siap-siap tukar baju untuk sesi sembelih unta pulak. Korang pernah makan daging unta? Ohh.. tak ingat, kat Malaysia tak banyak orang buat korban unta... kebanyakkan buat korban lembu, kambing atau kerbau. 

Mengikut pengalaman Husein, saat nak menjatuhkan unta la saat yang paling susah bila nak korban unta. Unta sangat lain dengan lembu, kambing dan kerbau. Tengok saiz dah la... besor dari yang lain. Kadang-kadang kalau terkena unta yang liar nak disembelih... memang lama la nak tunggu unta tu jatuh. Lari sana-sini.. huh, bukan senang nak jatuhkan unta. Silap hari bulan terkena sepakan flying kick dari Mr.Camel.. Dah la kaki Mr.Camel tu panjang... 

Nak jatuhkan Mr.Camel yang satu ni pun memakan masa. Tengok la.. ramai bebenor yang tolong ikat kaki unta tu. Kalau lembu atau kerbau, mungkin dah ok kalau dua tiga orang pegang satu tali.

Selesai je sesi sembelih, kitorang ramai-ramai pergi tolong untuk sesi melapah daging. Seronok bila tengok ramai-ramai pakat tolong. Dapat tengok macam-macam kerenah orang melapah. Ada yang melapah guna pisau la, pisau rambo la, parang la, kapak la... huihh.. macam-macam. Jangan sampai terkena tangan dah la ye.

Anok sapo la yang rajin sangat ni. hihihi...
Ni la kaki unta. Mak aii.. kaki unta dah nak sama tinggi dengan Husein dah.

Sape nak beli kasut jenama Camel original yang kat atas ni boleh pm Husein ye. Kali ni Husein jual murah-murah. Saiz dah sama besar dengan tapak tangan Husein dah.

Walau dimana pun kita, jangan lupa kat sedara-mara kita kat luar sana. Palestin, Syria, Afghanistan, Burma dan lain-lain lagi. Alhamdulillah raya korban baru-baru ni, ada anak Syria yang mari singgah kat kawasan tempat kitorang buat korban. So, kitorang excited sangat sebab jarang-jarang budak Syria mari kat sini. Sebelum diorang balik rumah, kitorang snap dulu dan bagi buah tangan iaitu seplastik daging. Hope dengan sedikit buah tangan tu dapat mengikis sedikit perasaan sedih melanda mereka.

Tu la serba sikit suasana berhari raya di Mesir ni. Dengan kesempatan ni Husein ucapkan sekali lagi,
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1434 H buat semua pembaca-pembaca blog ni. 
Salam Aidiladha daripada Husein.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket.... :-)

7 ulasan:

  1. WAHHH SEINN .. MERIAHNYE RAYE AIDILADHA KAT SANE .. OPSS .. SELAMAT ARI RAYE SEIN

    BalasPadam
  2. nice blog... follow saya balik tau
    http://lucascorner1.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. salam, wah bestnyer dpat beraye kat saner, siap korban dging unta g....nice entry awk, seronok kami, baca...follow kami blik ya...nie link blog kami....http://ratnatengkubalqismunawwarah.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya sahabat.

    Ini post & pic tahun ni ya hari raya korban di Mesir?

    Bila balik Mesir?

    BalasPadam
  5. Seronoknya husain beraya kat mesir..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.