Siapa Lebih Hebat??

ASSALAMU'ALAIKUM...

Dalam hidup ni mesti kengkadang kita terasa hebat kan?? Nak-nak masa time zaman sekolah dulu. Zaman jadi budak hingusan lagi. Tak kira la secondary school or primary school. Bila dapat no.1 dalam kelas mesti terasa,

''Bagusnya aku... dapat no.1 dalam kelas''
''Cikgu selalu puji aku sebab aku paling pandai dalam kelas''

Mak aihh.. kembang lobang hidung den tujuh inci. hahaha... Tapi korang boleh tentukan tak mana yang lebih hebat antara dua individu ni? :-

1) Mak vs Ayah
2) Ronaldo vs Messi
3) Batman vs Superman
4) Samsung vs Apple
5) Nikon vs Canon

Korang boleh beza tak? Haaa...mesti susah nak bezakan sebab masing-masing ada keupayaan dan keistimewaan tersendiri. Tapi yang kali ni, Husein boleh bezakan antara mana yang lebih hebat. Mana yang lebih hebat antara:

1) Manusia vs malaikat
Jawapan: Firman Allah dalam Al-Quran: ''Sesungguhnya Aku telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian/penciptaan''. Sebab itulah Allah telah mengutuskan para nabi dan rasul dikalangan manusia sendiri dan bukannya dikalangan malaikat. Dan pada peristiwa isra' dan mi'raj juga malaikat tak mampu untuk bertemu dengan Allah secara langsung tetapi Nabi Muhammad mampu. Tetapi jangan kita berasa bangga sangat kerana dalam ayat Al-Quran yang lain ada menyebut: ''bahkan mereka ini lebih teruk daripada binatang'' yang menunjukkan apabila kita melakukan maksiat kepada Allah, kita tidak ubah seperti binatang bahkan lebih teruk dari itu. Oleh itu, bertaubatlah dengan taubat yang nasuha.
2) Orang alim vs orang yang selalu beribadah:
Jawapan: Orang yang alim lebih baik dari seribu orang yang selalu beribadah kerana tak semestinya semua orang yang selalu beribadah adalah orang yang alim. Tetapi orang yang alim, semestinya adalah orang yang selalu beribadah kerana pengetahuannya yang banyak dan tinggi dan sentiasa takut dengan Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud: '' Sesungguhnya orang-orang yang takut dikalangan hambaNya adalah dikalangan ulama'.''

3) Orang yang meninggalkan maksiat vs orang yang selalu buat amal kebajikan:
Jawapan: Kata Imam Ghazali : Meninggalkan maksiat (kemurkaan ALLAH) lebih berat daripada melakukan kebaikan (ketaatan kepada ALLAH). Kerana itu, ganjarannya lebih besar disisi ALLAH, bagi siapa yang mampu meninggalkan keburukan dan mengekang syahwatnya dari meronta.

4) Orang yang selalu ingat mati vs orang yang cerdik
Jawapan: Dalam hadis Nabi ada menyebut bahawa orang yang selalu mengingati kematian adalah orang yang paling cerdik. Kerana orang yang selalu ingat mati akan sentiasa berzikir kepada Allah lalu menyebabkan otaknya sentiasa tenang dan mudah mengingati sesuatu.

5) Orang menangis vs orang yang gembira
Jawapan: Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ''Maka ketawalah dengan sedikit dan menangislah dengan banyak''. Menunjukkan bahawa orang yang menangis adalah lebih hebat dari orang yang selalu gembira kerana besar kemungkinan kegembiraanya menghumbankan dia kepada kemewahan dunia sedangkan kemewahan dunia itu bersifat sementara. Manakala orang yang sentiasa bersedih adalah orang yang hebat kerana sentiasa menginsafi akan kelemahan diri dan membuatkan diri seseorang itu lebih matang dalam mengawal emosi.
6) Orang yang memberi vs orang yang mengambil
Jawapan: Kata Nabi S.A.W. yang bermaksud: ''Tangan yang diatas(memberi) lebih baik dari tangan yang dibawah(menerima). Kerana kadang-kadang tangan yang mengambil memberi makna bahawa dirinya malas untuk berusaha mencapai sesuatu sehingga terpaksa meminta pertolongan daripada orang lain. 

7) Orang yang bodoh vs orang yang malas
Jawapan: Pada hakikatnya, tiada seorang pun diantara kita yang bodoh. Cuma kurang cerdik je. Ditambah pulak dengan sifat malas yang bertingkat-tingkat yang telah dihasut oleh syaitan menyebabkan diri kita lagilah kurang cerdik, bukannya bodoh. Akan tetapi apabila sifat malas sudah lenyap dalam diri, kita mampu membuat segala urusan dengan baik dan lancar. Kesimpulannya, orang yang malas lebih teruk dari orang yang bodoh.

8) Orang yang menulis vs orang yang membaca
Jawapan: Sememangnya sebagai penulis mestilah kena banyak membaca. Kalau tak banyak membaca, camne nak dapat idea untuk menulis hasil daripada pembacaan yang banyak. Tapi Husein tak kata yang Husein ni better dari korang. Ungkapan penulis kat sini mungkin lebih kepada penulis yang sebenar macam kat surat khabar,majalah, buku, dan lain-lain. Kalau setakat penulis blog, budak darjah satu pun boleh jadi penulis kan??

9) Orang yang baca blog ni vs orang yang tak baca
Jawapan: Emmmm... soalan ni cam tak payah jawab je.hahaha.... mesti la korang la yang better sebab baca blog ni kan. Pulak tu baca artikel ni pulak.. hahaha.. memang korang special la. Orang lain mana boleh baca blog ni.... nak singgah pun malas. huhu... 
(ape benda aku merepek nih?? )

Tapi, sehebat mana kita pun, kita tak boleh lawan dengan kehebatan pencipta kita dan pencipta alam semesta ni. Kehebatannya melebihi kehebatan seluruh alam ini. Mana-mana penguasa yang berkuasa di alam ni tak mampu nak halang kehebatan Allah S.W.T. Korang ingat ayat kursi kan?? Dalam ayat kursi pun ada menyatakan:

''Baginya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi''

So, tak perlulah nak sombong sangat nak hebat sana sini. Yang penting, kita sebagai hambanya kena sentiasa taat perintahNya dan jauhi segala laranganNya.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

2 ulasan:

  1. betul tu.... kehebatan dalam diri kita ni pun milik Allah sebenarnya... so bersyukurlah bukannya menjadi riak... sebab kalau bukan kerana takdir Allah, kita tak ada apa apa kat dunia ni

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.