Adoiii.. Sakitnya.

ASSALAMU'ALAIKUM...

Ohhh... Berjaya jugak Husein update blog ni dengan penuh kegigihan. Lengah betol badan-badan semua. Sebab tu la blog tak diupdate. Asyik tertangguh je nak update. Bila dah lengah seluruh badan cam tak nak keluar jalan-jalan je. Nak duduk je rumah 24 jam. Then, ada orang hantar makanan dan minuman kat kita. Kita lenggang-lenggang kaki je duduk atas kerusi.... kononnya lengah la sangat. Padahal sifat malas bertingkat-tingkat.

Oh no, that's not my character. Kalau Husein sakit, terus akan cari ubat dan berdoa pada Allah. Macam tu jugak bila badan rasa cam tak sedap hati je. Selalu je kaki senang kebas... tak boleh duduk lame. Kalau duduk lame-lame mesti rase nak berlunjur je kaki ni biar darah berjalan lancar semula kat badan ni. Bila difikirkan banyak kali, kalau aku tak cari ubat secepat mungkin, nanti tak boleh duduk lama-lama dalam kelas atau majlis ilmu.

So, Husein decided untuk cuba try rawatan berbekam atau dalam bahasa arabnye disebut 'hijamah'. Berbekam ni macam suatu proses membuang darah kotor (toksik iaitu racun yang berbahaya dalam tubuh) melalui permukaan kulit. Toksik ni berada pada hampir setiap orang. Toksik-toksik  ni berasal dari pencemaran udara, makanan yang banyak mengandungi zat pewarna, zat pengembang, penyedap rasa, pemanis, racun sayuran dan lain-lain
Gambar: Ehsan dari Mr.Google
Tidak semua orang boleh berbekam sebab dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah:
 tekanan darah rendah, 
 pesakit kudis, 
✿ perempuan mengandung & ketika haid, 
 masalah kulit yang serius 

 dalam keadaan sangat letih, lapar & kenyang..

Kebaikan Berbekam:
 Membantu menghilangkan pening & migrain.
 Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan & sistem perkumuhan. 
 Membantu memecahkan lemak, peluh & melegakan demam. 
 Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang & urat sendi di kaki.
 Membantu mencegah kebas kaki & membantu meredakan serangan angin ahmar.
 Mengeluarkan darah toksik & melancarkan peredaran darah yg tersumbat.
 Membantu meringankan tubuh. (Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat & malas).
 Membantu menajamkan penglihatan. (Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur).

See?? Berbekam pun boleh ubati kebas kaki. Sebab tu la Husein nak try rawatan berbekam ni.
Emmm.... sakit la...
Seram la tengok darah.
Tak boleh tengok jarum la.

Laaa.. tu ke alasan dia? Kalau tu la alasan korang, jawabnya sampai bila-bila la korang takkan baik dari penyakit korang. Alaa... macam korang demam la. Ade tak korang tak nak makan ubat dengan alasan sebab ubat tu pahit sangat. Ade tak ?? ade tak?? Haaa.... macam tu la jugak kalau korang terkena penyakit lain. Emmm.... Husein tak nak cakap banyak la benda-benda ni semua tapi, satu je Husein nak bagitau.... bila korang nakkan sesuatu, korang kena korban kan sesuatu.

Berbekam ni jugak sunnah Nabi jugak tau. 
Anas R.A berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W: 

“Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diIsra`kan kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.”
Antara alatan moden untuk berbekam. Gambar: Ehsan dari Mr.Google.
This is my first time berbekam. Selama ni tengok orang lain je berbekam. Mula-mula tu memang la rasa takut kan bila tengok banyak darah keluar dari badan.... tapi yang sebenarnya tak sakit langsung. Its like nothing happen. Sedar-sedar yang banyak darah keluar. Dan bila dah habis rawatan, tukang rawat tu suruh duduk rileks kejap dan tak boleh mandi untuk dua tiga jam. And you know what,... bila empat lima minit habis rawatan tu, Husein dah tak rasa senang kebas kat kaki ni. Its like, 'eh, kejapnye hilang rasa kebas'. Alhamdulillah....

So, lepas ni senang la Husein nak duduk lama-lama dalam kelas atau majlis ilmu. Tak payah la nak menggelepar sangat dalam kelas sebab tahan kebas kat kaki.huhuhu... Korang pun kalau rasa senang kebas kat kaki or mana-mana anggota badan, Husein sarankan supaya pergi la rawat guna bekam ni. Lagipun, ni kan rawatan cara Nabi. :-)

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

4 ulasan:

  1. macam best bila tgok bekam nie.. tp takut.. belum cuba lagi

    BalasPadam
  2. bila tengok orang berbekam ni rasa teringgin je , tapi takut pulakk haha .
    Jom Singgah-singgah ke blog saya :)

    BalasPadam
  3. dan sy mahu tergelak bila membaca perkataan bekam tu. al-kisah last year, 1st time berbekam..konon2nya nak try..sekali kena dekat 500..dan sejak itu sy berfikir byk kali utk berbekam..hehehe..atau mngkin hrganya mmg semahal itu..almaklum ms tu stdnt lg..rs besarnya dilaburkan utk bekam tu..

    BalasPadam
  4. dah lamaa tak berbekam huhu terbaik berbekam ni

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.