Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !!

ASSALAMU'ALAIKUM...

Ohh... Husein yang duduk oversea ni tak sedar yang tanah air ku sedang menyambut Hari Merdeka rupanya hari ni. Sila tampar diri sendiri ye wahai Husein. huhu... Al maklum la.. duduk kat oversea ni mana nak feel merdeka merdeka ni. Keluar je rumah... jumpa orang arab yang kengkadang ntah pape perangai. Kat sini pun mana ada orang kibar jalur gemilang. Bendera negara Mesir pun jarang sekali nak kibar.

Alaa... Husein tahu... kat Malaysia pun sama jugak kan?? haha.. Alaa.. mengaku jer... mengaku jer. Jalur Gemilang tak banyak nampak kat bangunan dan kereta kat jalan raya. Feeling raya masih tak hilang lagi. Open house pun masih ada lagi. Kan?? Kan ??

By the way, alhamdulillah negara kita telah merdeka selama 56 tahun sejak tahun 1957. Ya, merdeka ni pun salah satu nikmat yang tak mungkin negara lain dapat. Dengan merdeka, kita dapat negara kita sendiri, dapat hidup dengan aman, dapat pergi sana sini, shopping raya bagai sampai hutang sana sini, dapat bergaul dengan kaum lain dan banyak lagi la.

Tapi kengkadang, nikmat yang Allah bagi ni.... kita salahgunakan. Walaupun Husein masih lagi stay kat Mesir ni sebab malas nak balik Malaysia walaupun kerajaan suruh balik melalui Ops Piramid 2 hari tu, Husein tetap tahu keadaan semasa kat Malaysia melalui media massa kat Malaysia.

Sejak 2 3 bulan ni, Husein tengok kadar jenayah semakin menjadi-jadi (ceh... ayat tah pape). hehe... Tiap-tiap hari keluar kat paper tentang bunuh la, rogol la, anak haram la, tembak la, bom la... Haisshhh, bom pun ada?? Ade la.. kan Malaysia semakin maju kehadapan.

Even masa time bulan puasa hari tu pun masih ada lagi berita yang tak senang dengar. Kena rogol la, kena culik la, kat sana perempuan hilang, kat sini budak hilang... emmmm...

Errrkkk,... sorry la..entri kali ni macam nak bebel kat korang pulak. Lain la kalau korang la yang buat semua kerja yang tak senonoh tu.

Dan yang paling Husein pening sekali, kenapa kalau ade je Hari MERDEKA, mesti ada KONSERT. Kononnye Konsert di ambang merdeka la, ape la... Husein pun tak tahu ape sebenarnya kaitan konsert dengan merdeka. Kalau dengan tujuan nak dapat sambutan.... rasanya ada banyak lagi cara nak dapat sambutan kot. Pastu berjoget macam itik pulang petang. huhu...
Nah ambik gambar sebijik. Sorry la sebab takde gambar yang patriotik siket sebab jalur gemilang takde kat Mesir ni. Gambar ni mase tengah sibuk buat kerja nak hantar kawan-kawan lain ke Malaysia. haha.. Orang lain yang buat kerja, orang lain yang balik.... sampai bangunan sebelah rumah sunyi macam duduk dalam hutan Amazon. By the way, nothing to worry about sebab keadaan kat sini ok je setakat ni. Cuma berjaga-jaga la.

Keep Pray for Egypt, Palestine, Syria and other muslim country. Make them feel about MERDEKA as you. SELAMAT HARI MERDEKA.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

8 ulasan:

  1. salam kemerdekaan !! take care kat sana ~ :)

    BalasPadam
  2. ok. jatuh hati tengok header blog. seriuz kacak kebenor blog ni.


    Entri Baru Update : “Mini Giveaway Blogger Kacak HafizRahim“

    BalasPadam
  3. alhamdulillah lah kalau keadaan disana buat masa nih masih ok :) harap harap akan sentiasa ok lah lepas lepas nih..amin...oh yer..bercakap psal sambutan hari merdeka kat sini..hmm..entahlah..bila nak sambut merdeka mcm mcm benda yg jadi..contohnya merempit di ambang merdeka..itu bukan merdeka tp cari nahas namanya..betul tak..btw salam kenal dari saya,luqman,,owner blog www.arepnakbebel.com.. *Byk pulak bebel kt sini..huhu..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.