Kisah Rayaku di Mesir

ASSALAMU'ALAIKUM...

Terlebih dahulu Husein ucapkan salam Aidilfitri buat semua pembaca blog Husein. Alhamdulillah, raya kali ni Husein beraya di Mesir. Ni adalah kali kedua Husein beraya kat sini. First time beraya adalah pada dua tahun lepas. Alaa... tipu la kalau Husein kata yang beraya kat sini lagi best berbanding raya kat kampung sendiri. Kat kampung boleh jumpa sedara-mara, adik-beradik, tok dan boleh pergi pusara sedara-mara yang meninggal dunia. Tu semua adalah aktiviti basic Husein bila tiba hari raya kat kampung.

Tapi kat perantauan ni, kitorang sambut hari raya ala kadar je. Ada kawan-kawan yang jemput ke rumah terbuka... kitorang pergi.

Aktiviti pada raya pertama adalah of course pergi solat hari raya aidilfitri. Bila tengok ramai-ramai pergi sembahyang raya rase seronok je. Then, bila dah selesai solat raya.. sesi bergambar memang selalu ade.... masing-masing saling maaf bermaafan antara satu sama lain. Walaupun kitorang duduk di negara orang, tapi adat-adat melayu kitorang tak lupa.
Di samping buat rumah terbuka aidilfitri ni, ade jugak yang ambil kesempatan buat kenduri kawen. Alaa... kat Malaysia pun camtu jugak kan?? Memang patut la... kan biasanya cuti raya ni panjang, so ramai jugak la yang ambil kesempatan cuti ni nak buat kenduri kawen.

Husein ucapkan Selamat Pengantin Baru buat kawan Husein, Muhaimin. Barakallahu lakuma. Semoga bahagia hingga ke syurga dan jugak kepada kawan-kawan Husein yang lain yang telah menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agama di tanah air.
Walaupun duduk di negara orang, tapi juadah satay tetap menjadi menu utama untuk dilahap. Dah tak tengok menu lain dah... satay dulu yang ku ambik. Nyum.. nyum.. tapi tak boleh lawan dengan satay yang biasa tok Husein buat sempena raya. Tiap-tiap malam raya, selalu je Husein tolong tok bakar satay untuk jadi menu utama juadah hari raya. Sampai ke tengah malam bakar satay.... mata dah layu-layu nak tido tapi tetap nak tolong tok bakar satay. Orang lain sibuk dengan persediaan perhiasan rumah untuk hari raya keesokkannya.
Di kesempatan yang ada ni, Husein ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada mak dan ayah, adik-beradik, sedara-mara, sahabat handai serta semua pembaca blog Husein serta mereka yang mengenali diri ini.
Sempena aidilfitri ni jugak, Husein ada buat satu video. Bukan video biasa-biasa je tau. Ni adalah DSLR VideoGraphy. Ni la first time buat video. Selama ni memang tak pernah buat dan sangat malas nak belajar buat video. Tapi..... mase bulan pose hari tu, tetiba je rajin nak belajar buat video. Sorry la kalau video ni membuatkan anda semua berasa luga dan menyampah. Memang kekurangan idea nak buat video ni. Alaa.. first time buat video.... memang la banyak lagi yang kena belajar.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket.... :-)

10 ulasan:

  1. Handsomenyerrrr Ustaz Husein....!

    BalasPadam
  2. salam bro.....mcm mane keadaan mesir skrg nie....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam.. keadaan kat sini masih terkawal.. banyakkan berdoa utk sedara-mara kita di Mesir

      Padam
  3. assalamualaikum..singgah sini..salam eid mubarak taqaballahu minna wa minkum.. :)

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum...selamat menyambut raya di perantauan..

    BalasPadam
  5. salam...

    sedap nampak satay tu...hehe...

    BalasPadam
  6. Salam.
    Terima kasih folo..
    Jejak balas kembali disini..
    Selamat hari raya. Moga semuanye selamat disini :)

    BalasPadam
  7. Assalam, salam lebaran dari bunda untuk semua disana..

    BalasPadam
  8. Salam 16 syawal k..nway you tak involve dalam operasi piramid ke....

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.